Wednesday, June 27, 2007

Piala Pengerusi 07'

Posted by UPP DPMZ On 1:34 PM


Assalamualaikum dan Salam Ceria buat warga Zaqazig,

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Kebudayaan dan Sukan akan menganjurkan Perlawanan Bola Sepak Piala Pengerusi 07'.

Perlawanan akan diadakan pada hari Sabtu ini bersamaan 30/6/2007 bermula 6.30 pagi hingga 3.30 petang.Bertempat di Stadium Universiti Zaqaziq.

Pendaftaran boleh dibuat segera melalui Ketua Kamsis masing-masing dan bayaran sebanyak LE 5 akan dikenakan pada setiap seorang pemain.

Antara yang menarik:-

-Perlawanan Persahabatan antara Pasukan Zaqazig dan Pasukan Perlis
-Perlawanan antara semua kamsis.

Pihak penganjur mengharapkan sokongan sahabat-sahabat sekelian agar dapat kita bersama-sama memeriahkan perlawanan tersebut sekaligus mengeratkan ukhwah di kalangan ahli DPMZ.

Harap Maklum.

Monday, June 25, 2007

Pengajian Matan Ajrumiah dan Qiraat

Posted by UPP DPMZ On 1:43 PM

Unit Kelas Tafaqquh di Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig akan mengadakan kelas tafaqquh fiddin pada 26,27 dan 28 Jun ini.Berikut adalah jadual pengajian:-

26/6:- Us Wan Khairul Aiman b. Wan Mokhtar (Kitab Matan Ajrumiah)
27,28/6:- Us Sanusi b. Abdul Majid (Kitab Qiraat)

Kitab-kitab akan disediakan semasa pengajian dan ia akan diadakan selepas solat maghrib bertempat di Dewan Ibnu Hijazi,Qaumiah (atas rumah beras)


Dijemput kepada semua sahabat dijemput hadir

Harap Maklum dan Tolong Sebarkan.....

Tuesday, June 19, 2007

Jadual Pengajian Tafaqquh Fiddin

Posted by UPP DPMZ On 1:23 AM

Assalamualaikum Warahmatullahitaalawabarakatuh...

Unit Kelas Tafaqquh di Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig kembali lagi dengan pengajian kitab turath iaitu Kitab Safinatu Naja yang akan disampaikan oleh tenaga pengajar yang tidak asing lagi buat kita iaitu Al-Fadhil Ustaz Hanif bin Zin.Berikut adalah jadual pengajian tafaqquh fiddin:-

Tarikh Bermula:- Esok (19-21/6/2007)

Hari/Masa:-

Selasa -8.00-10.00 pagi
Rabu -8.00-9.00 pagi
Khamis -Lepas Maghrib

Bertempat:-

Dewan Dar Al-Aqwa(Rumah Us Zarul)

Semua sahabat dijemput hadir...Tolong sebarkan kpd teman-teman lain

"Mari kita hidupkan semula perjuangan Islam dengan cintakan kitab turath"

-SATU FIKRAH SATU AMAL-


Sunday, June 10, 2007

SAF KEPIMPINAN BADAN PENGURUS DAN HEWI PMRAM SESI 07

Posted by UPP DPMZ On 2:10 AM

"Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan"

Rujukan : http://www.pmram.org

Saturday, June 9, 2007

KELAP Membuka Keahlian Terbaru

Posted by UPP DPMZ On 11:38 AM

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir di bawah Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM membuka kepada seluruh ahli PMRAM yang berminat dalam bidang penulisan untuk menyertai Kem Latihan Penulis (KELAP).

Antara objektif penubuhan KELAP adalah melatih dan mendedahkan ahli PMRAM dalam bidang penulisan, melahirkan ahli PMRAM yang mahir dalam bidang penulisan dan membantu PMRAM dalam penyampaian maklumat dan memberi penerangan kepada ahli PMRAM.

Kepada para ahli yang berminat, sila hantar dokumen-dokumen yang diperlukan ke kelap_pmram@yahoo.com sebelum 20 JUN 2007.

Untuk maklumat lanjut sila download.

Rujukan : http://www.pmram.org

Wednesday, June 6, 2007

Pakej Umrah Dan Ziarah PMRAM 2007

Posted by UPP DPMZ On 1:19 PM


Dimaklumkan bahawa Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) pada kali ini di bawah kelolaan Badan Sambutan & Rehlah menawarkan pakej Umrah dan Ziarah kepada semua ahli yang berminat.

Tarikh dijangka bertolak adalah 20 Julai 2007. Tarikh akhir penyerahan passport dan dokumen-dokumen yang diperlukan adalah pada 30 Jun 2007. Untuk maklumat lanjut sila download maklumat pakej Umrah dan Ziarah.

*Bagi keterangan lanjut sila layari laman web PMRAM - http://www.pmram.org


Sahabat