Sunday, September 9, 2007

Penukaran Tampuk Pimpinan Baru DPMZ Sesi 07

Posted by UPP DPMZ On 4:11 PM No comments

8 September 2007 :- Berakhirnya tugas serta tanggungjawab barisan kepimpinan DPMZ sesi 06/07 dengan penggantian tenaga penggerak yang baru mengambil alih tampuk kepimpinan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig. Majlis dimulakan dengan kehadiran ahli seramai lebih 40 orang dari kalangan mahasiswa perubatan,al-azhar zagazig dan al-azhar tafahna al-asyraf,semua ahli member komitmen yang tinggi semasa Mesyuarat Agung berlangsung.Turut hadir bersama adalah wakil Badan Pengurus PMRAM iaitu al-fadhil Ust Abdul Muiz Muhammad selaku perasmi mesyuarat bersama Ust Rafzan Razak. Mesyuarat Agung kali ini diakhiri dengan suasana syahdu apabila kedua-dua penasihat bersama setiausaha agung DPMZ 06/07 yang akan pulang ke Malaysia memberi ucapan serta kalam-kalam taujihad terakhir mereka,mereka juga tetap berjanji akan terus memberi sokongan kepada DPMZ walaupun berada di tanah air.Jutaan terima kasih kepada barisan ad-hoc perlaksana Mesyuarat Agung kali ke 14 ini dan semoga barisan kepimpinan yang baru dapat memberi idea serta perencanaan yang menarik bagi meribat ukhwah sesama ahli DPMZ dan PMRAM.Semoga kebersamaan pimpinan dan ahli bagi pentadbiran Zagazig berterusan.

0 comments:

Sahabat