Sunday, November 18, 2007

PROGRAM UNIT SAMBUTAN MAHASISWA BARU 07/08

Posted by UPP DPMZ On 10:10 PM No comments

Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig di bawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah 07/08 telah menganjurkan PROGRAM UNIT SAMBUTAN MAHASISWA BARU bagi menyambut mahasiswa-mahasiswa baru yang di tempatkan di bumi Syarqiyah ini. Pada tahun ni Badan Sambutan Dan Rehlah PMRAM telah membuat dua kali sesi penghantaran mahasiswa ke cawangan berikutan berikutan nama mahasiswa muadalah yang terlewat muqayyad di Universiti Al-Azhar.

Sesi pertama pentauziq'kan pelajar Stam dibuat pada 8 November 2007 bersamaan 27 Syawal 1428H. DPMZ kali ini telah menerima seramai 15 orang pelajar dari 3 jurusan kuliah yang berlainan. Manakala, sesi kedua pentauziq'kan pelajar Muadalah pula telah diadakan pada 13 November 2007 bersamaan 3 Zulkaedah 1428H. DPMZ telah menerima seramai 32 orang pelajar termasuk 5 orang pelajar yang akan tinggal di Tafahna Al-Asyraf. Secara keseluruhannya DPMZ telah menerima seramai 47 orang mahasiswa baru yang akan meneruskan pengajian di bumi Syarqiah ini.

Pada tarikh pentauziq’kan mereka, program dimulakan seawal 6 pagi dengan unit musyrif dan
pengangkutan bersama unit sambutan dan rehlah bertolak ke Kaherah bagi mengambil dan mengiringi pelajar yang akan tiba ke sini. Pada pukul 11.30 pagi mahasiswa telah selamat tiba ke bumi Syarqiah dan terus ke Dewan Darul Salam.

Majlis perasmian dimulakan selepas waktu Zohor dengan ucapan pengerusi majlis, seterusnya bacaan Al-Quran disusuli ucapan dari Pengarah USMB 07, Ust Muzaidi Bin Mustani. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi DPMZ 07/08, Ust Mumtaz Bin Harun. Majlis ini diserikan lagi dengan ucapan perasmian oleh pengiring dari PMRAM, Ust Khairul Anuar Bin Ismail yang mengiringi pelajar Stam pada sesi pertama dan Ust Firdaus Bin Madzlan yang mengiringi pelajar Muadalah ke bumi Syarqiah pada sesi kedua.

Selepas majlis perasmian selesai, mahasiswa-mahasiswa baru menjamu selera dan berehat seketika. Selepas itu majlis diserahkan kepada unit musyrif, Ust Najib bin Hanafiah, selaku Ketua Musyrif, untuk taklimat pembahagian musyrif dan penempatan. Setelah semuanya selesai pelajar terus mengikut musyrif untuk ke rumah baru mereka.

Pada hari kedua program masing-masing, mahasiswa akan dibawa oleh musyrif ke kuliah masing-masing bagi urusan pendaftaran dan bayaran kuliah serta pembelian kitab. Setelah semua nama mahasiswa naik dan borang ambil darah telah siap diisi, mahasiswa akan di bawa ke Hospital Hussein bagi urusan pengambilan darah.

Program seterusnya yang telah dirancangkan oleh pihak DPMZ ialah taklimat keselamatan dan ramah mesra bersama barisan AJKT 07/08. Program ini akan diadakan pada 17 November 07 di Dewan Darul Salam dengan gabungan mahasiswa baru Stam dan Muadalah. Majlis ini dijalankan bagi memberikan pendedahan tentang keselamatan terutamanya di bumi Zagazig ini untuk pelajar baru dan bagi mengenali dengan lebih rapat barisan AJKT baru pada tahun ini.

Pihak DPMZ amat berbangga dan mengalu-alukan kedatangan mahasiswa baru ke Zagazig ini. Jutaan terima kasih diucapkan buat semua Adhock Pelaksana USMB 07 dan semua ajk kecil yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan program ini berjalan lancar. Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung diucapkan Jazakumullahu Khairan Kathira. Semua ikatan ukhuwah sesama kita dan mahasiswa baru akan terus kuat bagi memajukan lagi DPMZ amnya dan bagi meneruskan perjuangan Islam ini khasnya.

0 comments:

Sahabat