Friday, March 23, 2007

Meriah -Sempena Pelancaran Blog DPMZ dan Kolokium Ilmuan

Posted by UPP DPMZ On 5:49 PM



Baru-baru ini, pihak DPMZ telah melancarkan Blog DPMZ pada Program Kolokium Ilmuan bertempat di Dewan Dar Al-Aqwa, Salam. Pelancaran Blog DPMZ dan Kolokium Ilmuan ini dilancarkan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Muzaidi bin Mustani selaku Penasihat II DPMZ bersama-sama Al-Fadhil Ustaz Ahmad Zaidan bin Abu Samah selaku Pengerusi DPMZ 06/07.Mudah-mudahan pelancaran Blog dan Kolokium Ilmuan diberkati Allah s.w.t.Marilah kita sama-sama memeriahkan laman blog DPMZ ini.

Sunday, March 18, 2007

Terkini

Posted by UPP DPMZ On 1:55 AM

KOLOKIUM ILMUAN PMRAM SIRI PERTAMA & KEDUA
DAN PELANCARAN BLOG DPMZ

Tarikh : 18 dan 19 Mac 2007
Masa : 1.30 pm hingga 8.30 pm
Tempat : Dewan Dar Al-Aqwa (Rumah Us. Zarul),Salam Sidnawi Zaqaziq


Pembentangan Kertas Kerja/Diskusi Kitab Hari Pertama

1) Konsep Syahadah dan Tuntutannya oleh Us. Faizal Mizan
2) Tarbiyyah Ruhiyyah Dalam Membentuk Generasi Berwawasan oleh Us. Fairuz Tamjis
3) Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam (Diskusi Kitab) oleh Us. Hafiz Mansor

Pembentangan Kertas Kerja/Diskusi Kitab Hari Kedua

1) Konsep Ikhtilat oleh Us. Muhammad bin Arshad
2) Jahiliyyah pada Kurun ke-20 oleh Us Hafiz Mahmud
3) Thaqafah Daie'ah (Diskusi Kitab) oleh Us. Nazrul bin Abd Nasir

Dijemput kesemua ahli hadir bagi menjayakan program tersebut

Anjuran : AJK Kolokium Ilmuan,Unit Dakwah DPMZ 2006/2007

Thursday, March 15, 2007

Kalam Pengerusi DPMZ 07

Posted by UPP DPMZ On 11:12 AM


Assalamualaikum pada semua warga DPMZ..

Semoga Sihat Sejahtera, Saya mewakili seluruh AJKT DPMZ06/07 memohon kemaafan pada semua di atas ketidaklancarannya blog ini dan tak selalu di updatekan, buat masa sekarang blog ini dalam proses pengisian dan akan dilancarkan pada 18mac2007 nanti bersama program KOLOKIUM ILMUAN siri 1&2.

Sekarang ini kita melihat bumi Zagazig sudah berubah suasana, warganya makin ramai, kebanjiran pelajar-pelajar perubatan baru-baru ini menambahkan lagi warna-warni bumi Zagazig ini. Alhamdulillah syukur pada ALLAH yang tidak terhingga atas nikmat dan kurnianNya kepada kita semua. Saya melihat suasana yang sangat baik dan komitmen yang tinggi dikalangan semua ahli DPMZ. Semoga jalinan Ukhuwwah berkekalan.

Bermula pada Oktober 2006 kebanjiran pelajar perubatan dibumi Zagazig dalam anggaran 43 semuanya, Ikhwah 20 orang dan Akhawat 23 orang, sehinggalah sekarang semua Ahli baru dan lama yang memberi komitmen yang baik. Syabas ana ucapkan pada semua atas segala usaha antum semua dalam penyatuan yang baik demi Islam yang tercinta.

Kemungkinan warga Zagazig akan berkurangan disebabkan pelajar-pelajar perubatan masih lagi belum mendapat ketetapan belajar disini kemungkinan akan dipindahkan ketempat lain. Apa-apa pun kita doakan agar suasana ukhhuwah yang baik ini akan terus kekal selamanya.

Seluruh pejuang agama ALLAH yang ku kasihi :

Firman ALLAH dalam surah Ali imran ayat 103 yang bermaksud : Berpeganglah kamu pada tali ALLAH dan janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah akan nikmat ALLAH pada kamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyyah ) bermusuh musuhan, maka ALLAH mempersatukan hati kamu, lalu jadilah kamu kerana nikmat ALLAH orang-orang yang bersaudara, dan kamu telah berada ditepi jurang neraka, lalu ALLAH menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah ALLAH menerangkan ayat-ayat Nya kepada kamu agar kamu mendapat petunjuk.

Hendaklah kita semua fahami dan amalkan ayat diatas didalam kehidupan kita. Tidak ada penyatuan melainkan dengan hidayah ALLAH. Kita syukuri atas nikmat ALLAH yang telah menyatukan kita atas jalan yang benar, agama yang hak, kerja yang satu, amalan yang baik. Tidak semua ALLAH berikan petunjuk pada hambanya. Ada hambanya yang bersatu atas dasar kesesatan, kemaksiatan, kezaliman dan sebagainya. Penyatuan yang macam ini perlu kita elakan kerana ianya mendapat kemurkaan ALLAH.

Anak2 buahku yang ku kasihi:

Baru-baru ini DPMZ dibawah Unit Pengetahuan dan Pendidikan telah selesai menjalankan Minggu Thaqofah 07. Telah banyak ilmu yang dihidangkan pada kita, moga-moga ilmu yang kita perolehi dapat diamalkan. Semua kita boleh melihat dan menilai suasana yang baik selama 5 hari 4 malam kita berprogram. Banyak input yang boleh ambil dari ukhhuwahnya, thaqofah, tolong menolong dan sebagainya.

Insyaallah program-program begini kita akan teruskan dimasa-masa yang akan datang. Saya mengharapkan pada semua Ahli dapat beri kerjasama yang baik cadangan teguran dan sebagainya demi penyatuan yang baik ini.

Pihak DPMZ telah merancang dan merangka berbagai bagai XTVT yang akan datang untuk kita mengambil sebanyak mungkin ilmu yang manfaat selama kita berada dibumi anbiya' ini. Harapan dari kami AJKT DPMZ agar semua ahli dapat bersama kami tika senang dan susah. Kita seperti sebuah keluarga yang saling bantu menbantu, nasihat menasihati, tegur menegur & suka dan duka bersama. Firman ALLAH yang bermaksud : Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka.

Akhir kalam saya memohon ribuan kemaafan sekiranya banyak kesalahan yang dilakukan sebelum ini, marilah kita sentiasa memperbaiki diri kita dari yang baik kepada yang lebih baik.
Gunalah masa dengan sebaiknya. Siru ala barakatillah. bitaufik wannajah.

PENGERUSI DPMZ 06/07
AHMAD ZAIDAN ABU SAMAH.

Sahabat