Wednesday, July 25, 2007

Muzakarah Berkelompok Gabungan

Posted by UPP DPMZ On 2:55 PM

Assalamualaikum & Salam Ceria

Untuk makluman,Jabatan Fasilitator dengan kerjasama Unit Dakwah akan mengadakan Muzakarah Berkelompok Gabungan pada :-

Tarikh : 27 Julai 2007 bersamaan 13 Rejab 1427
Hari : Jumaat
Masa : 4.30 petang
Tempat : Dewan Dar Al-Aqwa ( Rumah Us Zarul Salleh)

Tenaga Pengisi/Jemputan Khas : Al-Fadhil Ustaz Tuan Haron Tuan Cob (Mantan Presiden PMRAM & Sekarang Penasihat PMRAM)

Tajuk Pengisian : Usrah Pemangkin Dakwah

Kepada semua ahli DPMZ dijemput hadir bagi menjayakan program tersebut.Harap Maklum

Sunday, July 22, 2007

Konvensyen DPM III

Posted by UPP DPMZ On 3:47 PM


Rujukan : Laman Web PMRAM

Sunday, July 15, 2007

Kolokium Ilmuan Siri Ke-5

Posted by UPP DPMZ On 11:48 AM


Kolokium Ilmuan kembali lagi....

Kali ini,dengan siri yang ke-5 yang membentangkan 2 kertas kerja yang menarik iaitu yang bertajuk Nasionalisme dan Amar Makruf Nahi Mungkar.Keterangan Lanjut:-

Bertarikh : 22/7/2007 bersamaan 8 Rejab 1427 ( AHAD)

10 pagi (Kertas Kerja Amar Makruf Nahi Mungkar)
8 malam (Kertas Kerja Nasionalisme)

*Pembentangan Kertas Kerja Amar Makruf Nahi Mungkar oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Erfan Mohd Rosydi dan Kertas Kerja Nasionalisme oleh Al-Fadhil Ustaz Abd Rahim bin Kamaruzzaman.

*Kertas Kerja dan Jamuan akan disediakan..

Dijemput kepada semua ahli DPMZ khususnya pelajar baru Tahun 1 dan Muadalah dapat menghadirkan diri.Program ini sangat penting bagi mereka yang belum pernah mengikuti Kolokium Ilmuan.

Jazakumullah...

Pengajian Kitab (Riadus Solihin & Aqidah Awwam)

Posted by UPP DPMZ On 11:16 AM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM CERIA....

Untuk makluman,Unit Pengetahuan dan Pendidikan akan menganjurkan pengajian kitab Riayudus Solihin dan Aqidatu Awwam pada:

16/7/2007 - Isnin (Kitab Aqidah Awwam)
17/7/2007 - Selasa (Kitab Riayudus Solihin)

Masa : 8.00 pagi

Tempat: Dewan Dar As-Salam

Sekiranya,sesiapa yang belum masih ada kitab Riadus Solihin bolehlah menempah kitab tersebut dengan harga LE 23 kepada Us Aszri (0161249355). Manakala, kitab Aqidatu Awwam akan disediakan.

Harap Maklum.

Thursday, July 5, 2007

Rehlah Sae'dah Matruh & Siwa

Posted by UPP DPMZ On 11:32 PM


Unit Sambutan & Rehlah (USR) DPMZ akan menganjurkan rehlah sempena cuti musim panas, Diharapkan ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig tidak terlepas untuk mengikuti rehlah ini. Dengan harapan rehlah yang akan dijayakan mendapat sambutan semua ahli. Semoga ukhuwwah kita terus terjalin dengan kembara untuk mendapat pengalaman disamping melihat keindahan ciptaan Allah ini. Maklumat seperti berikut :

Hari : Selasa, Rabu & Khamis
Tarikh : 10, 11 & 12 Julai 2007 (3 hari 2 malam)
Tambang : LE 190 Seorang

Tarikh Tutup : 8 Julai 2007

Pendaftaran terhad 48 orang sahaja.

Tempat-tempat menarik yang akan dilawati :

Pantai Matruh
Pantai Cleopatra
Pantai Qubait
Pantai Agiba
Bazar Libya
Kolam Cleopatra
Hamam Cleopatra
Jabal Mayyit
Pantai Ghuram

Pendaftaran Kepada :

Mohd Najib Hanafiah 010-4164920
Syazwan Mohd Noh 016-1865381
Mohd Azhar Md Yusoff 010-3108843

Seminar Ilmu Falak

Posted by UPP DPMZ On 6:37 PM


Assalamualaikum...dan Salam Ceria...

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekelian,

Progaram Ta'akhi dengan kerjasama 4 Badan terbesar yang bernaung di bawah PMRAM iaitu BKPJM, DPMZ, DPMM, dan Keluarga Pelajar Perlis akan mengadakan satu program mega yang julung kalinya diadakan pada tahun ini, iaitu Seminar Ilmu Falak yang merangkumi pelbagai kertas kerja dan sesi soal jawab untuk permasalahan tentang Ilmu Falak.

Tarikh : 18 dan 19 Julai 2007
Tempat : ARMA
Yuran : 35 Genih Seorang

Pendaftaran boleh dibuat melalui:-

Saudara Mohd Faizzudin Ghazali - 0162637694
Saudara Hanif Jamaluddin - 0100732482

Tarikh Tutup Penyertaan :11 Julai 2007

Segala perubahan akan dimaklumkan kemudian....

Tuesday, July 3, 2007

Muzakarah Berkelompok Fasa II

Posted by UPP DPMZ On 1:31 AM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Untuk makluman, Unit Dakwah di bawah Jabatan Fasilitator DPMZ telah merombak kembali beberapa senarai muzakarah berkelompok.Dimana ada sedikit perubahan dari segi pertukaran fasilitator bagi beberapa kumpulan kecil.Tujuannya adalah untuk melancarkan perjalanan muzakarah berkelompok serta untuk merealisasikan wehdatul fikr dan wehdatul amal.

Dengan itu,Jabatan Fasilitator berharap agar semua ahli dapat menghadirkan diri pada setiap perjumpaan untuk memantapkan gerak kerja kita dari segi dakwah,amal ijtimaie ,thaqafah dan sebagainya.

Senarai muzakarah berkelompok yang terkini akan diedarkan ke rumah masing-masing dalam fatrah terdekat ini dan akan berkuat kuasa pada hari Jumaat ini bersamaan 6/7/2007.

Semoga kita dapat menyahut seruan tersebut. "Wehdatul Fikr & Wehdatul Amal"

Harap maklum.

Oleh: Jabatan Fasilitator DPMZ 2006/2007

Sahabat