Monday, September 17, 2007

Program Ihya Ramadhan 07'

Posted by UPP DPMZ On 1:03 PM


Untuk melihat dengan paparan yang lebih jelas, sila klik pada paparan diatas.

Thursday, September 13, 2007

Barisan Pimpinan AJKT DPMZ Sesi 2007/2008

Posted by UPP DPMZ On 3:24 PM


Untuk melihat dengan lebih jelas,sila klik pada gambar diatas.

Sunday, September 9, 2007

Penukaran Tampuk Pimpinan Baru DPMZ Sesi 07

Posted by UPP DPMZ On 4:11 PM

8 September 2007 :- Berakhirnya tugas serta tanggungjawab barisan kepimpinan DPMZ sesi 06/07 dengan penggantian tenaga penggerak yang baru mengambil alih tampuk kepimpinan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig. Majlis dimulakan dengan kehadiran ahli seramai lebih 40 orang dari kalangan mahasiswa perubatan,al-azhar zagazig dan al-azhar tafahna al-asyraf,semua ahli member komitmen yang tinggi semasa Mesyuarat Agung berlangsung.Turut hadir bersama adalah wakil Badan Pengurus PMRAM iaitu al-fadhil Ust Abdul Muiz Muhammad selaku perasmi mesyuarat bersama Ust Rafzan Razak. Mesyuarat Agung kali ini diakhiri dengan suasana syahdu apabila kedua-dua penasihat bersama setiausaha agung DPMZ 06/07 yang akan pulang ke Malaysia memberi ucapan serta kalam-kalam taujihad terakhir mereka,mereka juga tetap berjanji akan terus memberi sokongan kepada DPMZ walaupun berada di tanah air.Jutaan terima kasih kepada barisan ad-hoc perlaksana Mesyuarat Agung kali ke 14 ini dan semoga barisan kepimpinan yang baru dapat memberi idea serta perencanaan yang menarik bagi meribat ukhwah sesama ahli DPMZ dan PMRAM.Semoga kebersamaan pimpinan dan ahli bagi pentadbiran Zagazig berterusan.

Friday, September 7, 2007

ITIHAT 07'

Posted by UPP DPMZ On 3:06 AM


Antara program yang akan diadakan :

-Teknik Khutbah (merangkumi forum,seminar,pidato)
-Debat & Forum
-Pengurusan Jenazah
-Penulisan Ilmiah
-Penyembelihan
-Perubatan Islam
-Peluang Pekerjaan & Persediaan sebagai Da'ie
-Teknik Menguasai Kitab Turath & Muatharah
-Fiqh Waqi'e
-Talfiq Mazhab/Berpindah Mazhab
-Tahnik

Kebanyakkan slot mempunyai kertas kerja dan sebahagiannya berbentuk amali dan praktikal.
Yuran akan dimaklumkan kemudian.Sesiapa yang ingin menyertai progam tersebut,sila berbuat pendaftaran awal kepada Dr Mohd Syazwan Mohd Noor (016-1865381) atau Dr Mohd Hazwan Zulkifli (016-1865356).

*Digalakkan membuat pendaftaran awal bagi mengelak pembaziran kertas kerja & makanan

Thursday, September 6, 2007

Calon Ahlijawatankuasa Tadbir DPMZ sesi 07/08

Posted by UPP DPMZ On 11:24 PM


-Semua calon adalah menang tanpa bertanding

Disediakan oleh : Suruhanjaya Pilihan Raya PMRAM 2007 Cawangan Zagazig

Monday, September 3, 2007

Mesyuarat Agung Tahunan DPMZ Kali Ke-14

Posted by UPP DPMZ On 11:14 PM


Mari bersama-sama menghadirkan diri bagi menghayati serta membangkitkan keizzahan bakal ulama' menerajui kepimpinan DPMZ.Selamat bersidang.....

Sunday, September 2, 2007

Brotherhood Of DPMZ 07'

Posted by UPP DPMZ On 12:57 PM



Antara menarik:-

- Majlis kesyukuran peringkat DPMZ bagi mereka yang telah berjaya dalam peperiksaan yang lalu ataupun kenduri aqiqah
- Bersama kepimpinan PMRAM.
-Hari penamaan calon baru DPMZ 2007-200
-Majlis penyampaian sijil,anugerah penghargaan MAKSIS 2007
-Sijil graduan-graduan DPMZ,anugerah mahasiswa cemerlang,tokoh kepimpinan,tunas harapan,bait mithali,jasamu dikenang,guru-guru tafaqquh dan sebagainya.
-Membakar satey
-Nasyid,cabutan bertuah, dan lain-lain.

Sumbangan :-

Kepada sesiapa yang berminat untuk memberikan sumbangan sama ada sumber kewangan,material dan meyertai majlis kesyukuran.Sila hubungi Ustaz Faizal Hussein (0106581971) atau Ustaz hanif (0161879750)

Selain itu,antara harapan DPMZ untuk Majlis Kesyukuran kali ini dapat menumbangkan seekor lembu bagi merasakan tanda syukur kepada Allah s.w.t.Sehubungan dengan itu,pihak DPMZ memohon sesiapa sahaja yang sudi menghulurkan sumbangan dari sudut wang ataupun ingin menyertai majlis kesyukuran kali ini,bolehlah berbuat demikian kepada Us Faizal Hussein dan Us Hanif.

Sahabat