Saturday, October 27, 2007

Futsal Zagazig Championship 2007

Posted by UPP DPMZ On 11:45 PM

Zagazig, 27 Okt- Bertempat di Stadium Universiti Zagazig, Futsal Zagazig Championship 2007 telah berjaya dijayakan dengan cemerlang. Sebanyak 5 pasukan menyertai pertandingan di bawah anjuran Unit Kebudayaan,Kesenian & Sukan (UKKS DPMZ) ini. Pasukan terdiri daripada SALAM UNITED FC, ABC123 FC, NO NAME CF, SAAHAH FC dan MANJA FC bertanding bagi merebut hadiah lumayan berupa medal serta piala iringan.Setiap pasukan juga menerima sijil penyertaan beserta hamper.

Acara dimulakan dengan ucapan Pengarah Program, Ust Fahrurazi Ahmad Affandi, di mana antara harapan beliau adalah semoga Futsal Zagazig Championship 2007 ini dapat memberikan suatu kenangan terindah buat pelajar yang bakal kembali ke tanah air. Beliau juga menyeru agar program ini dapat merapatkan lagi ukhwah sesama pelajar yang masih menuntut di Bumi Zagazig.

Seterusnya perasmian oleh Pengerusi DPMZ sendiri, Ustaz Mumtaz Bin Harun dan Unit Padang dan Displin mengambil alih acara dengan menerangkan serba sedikit peraturan futsal bagi melancarkan lagi Futsal Zagazig Championship yang julung kalinya diadakan di Muhafazah Zagazig ini.

Perlawanan pertama dimulakan antara SALAM UNITED FC menentang NO NAME CF di mana perlawanan itu berkesudahan dengan NO NAME CF menang 2 gol berbalas 1. Perlawanan kedua dan seterusnya dalam peringkat liga telah berjalan dengan rancak sekali.Berbekalkan semangat kesukanan yang tinggi oleh semua pemain dapat menamatkan kesemua sepuluh perlawanan dalam peringkat liga.

Dua pasukan yang berjaya mendapat tempat teratas dalam peringkat liga beraksi perlawanan akhir, iaitu NO NAME CF (kedudukan teratas) menentang ABC123 FC (kedua teratas). Manakaladua pasukan yang berada di kedudukan ketiga (SALAM UNITED FC) dan keempat (MANJA FC) di dalam peringkat liga akan menentukan pengisi tempat ketiga.

Perlawanan penentu di antara NO NAME CF dan ABC123 FC berlangsung dengan sengit. Kedua-dua pasukan berbalas serangan dan keputusan penuh perlawanan pasukan ABC123 FC menjuarai dengan 3 gol berbalas 1. Dan bagi perebutan tempat ketiga pasukan SALAM UNITED FC telah membenam MANJA FC dengan jaringan 2-1.

Acara penutup diadakan selepas perlawanan tempat ketiga dan keempat berlangsung. Antara yang turut hadir pada upacara penutup itu ialah Mudir Am Stadium Universiti Zagazig sendiri di samping beliau memberikan kata-kata semangat kepada peserta. Ustaz Daud Bin Ismail dari pasukan SAAHAH FC telah dinobatkan sebagai pemain terbaik manakala Ustaz Fahmi Bin Odeni dari pasukan ABC123 FC telah dianugerahkan penjaring gol terbanyak dengan 8 jaringan gol. Penyampaian hadiah dan cenderahati telah disempurnakan oleh Mudir Am Stadium Universiti Zagazig.

Semoga pertandingan seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang, kerana ia sememangnya merapatkan lagi ukhwah islamiah dengan mengenali lebih mesra satu sama lain, selain menyihatkan tubuh badan dengan berfutsal.

MAJULAH SUKAN UNTUK DPMZ

Tuesday, October 23, 2007

Nantikan Zagazig Futsal Championship 2007

Posted by UPP DPMZ On 8:24 PM



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pihak DPMZ serta seluruh AJK Pelaksana Program berbesar hati menjemput ahli DPMZ untuk sama-sama kita memeriahkan acara Program Zagazig Futsal Championship 07' di Stadium Universiti Zagazig pada 27/Oktober/2007. Semoga dengan kehadiran sahabat-sahabat ke program tersebut dapat mengeratkan lagi ukhwah persahabatan yang sudah terjalin

.::Kehadiran amatlah dialu-alukan::.


Saturday, October 13, 2007

Gema Hari Raya AidilFitri 07 (GeHaRA 07)

Posted by UPP DPMZ On 11:47 PM

Tanggal 13 Oktober 2007 bersaman 1 Syawal 1428h Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig di bawah Unit Sambutan Dan Rehlah telah menganjurkan Majlis Sambutan Gema Aidilfitri (GeHaRA 07) dengan tema kali ini 'Tautan Muhibbah Di Aidilfitri'. Program mega tahunan ini dijalankan bagi merayakan Aidilfitri setelah sebulan menghadapi tarbiah Ramadhan di samping melepaskan rindu berjauhan dari keluarga di Aidilfitri ini.


Program tersebut berlangsung di Dewan Dar As-Salam Al-Aqwa Madinah Salam, Zagazig dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli-ahli dengan kehadiran seramai 90 orang antaranya adalah ahli DPMZ yang terdiri daripada Azhari & Tibbiyyin Ikhwah Akhawat serta kehadiran dari Muhafazah lain.


Majlis dimulakan sejak malam raya lagi dengan perutusan Aidilfitri oleh Pengerusi DPMZ disusuli dengan bertakbir di Markaz DPMZ dan di rumah-rumah ahli. Pada awal paginya dimulakan dengan Solat Raya di Stadium Zagazig dan kemudiannya, acara dewan bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Program GeHaRA 07 ini dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Al-Fadhil Ust Husni Genting. Majlis diteruskan dengan acara perasmian oleh Ust Zaidan selaku Penasihat 1 DPMZ.


Pada tahun ini bermacam-macam program yang telah diatur dan dijalankan, antara aturcara menarik yang dijalankan termasuklah persembahan dari setiap Kamsis, persembahan dari barisan AJKT, berzanji dan marhaban beramai-ramai. Selain itu, cabutan bertuah, permainan kotak beracun dan hadiah pakaian tercantik juga diselitkan bagi memeriahkan lagi majlis. Tidak ketinggalan aksi spontan dari dua orang pengacara sensasi; Ust Norerman & Ust Hanif, yang mencuit hati tetamu dengan aksi spontan mereka.


Kemeriahan majlis ini diserikan lagi dengan majlis ramah mesra bersama mempelai iaitu Ust Zaidan (mantan pengerusi) dan isterinya Ustzh Wan Azizun (mantan pengerusi Iskandariah) dan juga tayangan 'slide show' kenangan DPMZ sepanjang 06/07 di pertengahan majlis. Majlis disudahi dengan acara bersalam-salaman serta bermaaf-maafan sesama ahli dan kemudiannya menjamu selera jamuan yang telah disediakan. Antara menu menarik pada majlis kali ini termasuklah Nasi Impit, Kuah Kacang, Masak Lodeh, Kari Daging dan Ayam Percik.


Perlu diucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Program kali ini adalah antara yang berjaya dengan gabungan tenaga baru dan lama terutamanya AJKT, Adhoc Pelaksana di bawah program"GeHaRA 07" dan tidak lupa juga ahli-ahli yang membantu menjayakan program.

Semoga program seperti ini dapat dijalankan
lagi pada masa akan datang. Diharapkan agar ukhuwah yang telah terbina dan terjalin ini terus kukuh dan kekal selamanya. Semoga segala penat lelah dan susah payah kita menjadikan kita muslim yang bertaqwa dan mendapat keredaan dari Allah S.W.T.

Friday, October 12, 2007

Iklan Takbir & Gema Hari Raya AidilFitri 07 (GeHaRA07)

Posted by UPP DPMZ On 3:40 PM


Wednesday, October 10, 2007

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

Posted by UPP DPMZ On 1:14 PM


untuk melihat paparan lebih jelas boleh klikkan gambar di atas.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN &TAKBIR RAYA

Posted by UPP DPMZ On 1:09 PM


Saturday, October 6, 2007

Pakej LailatulQadar & Ifthar Jamaie

Posted by UPP DPMZ On 7:04 PM

9 Oktober,satu program telah dijalankan di bawah anjuran Jabatan Pengerusi iaitu Program Jama'ie bersama JPMK.program iftor tersebut mendapat sambutan baik dari ahli-ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig,dengan kehadiran yg memuaskan.wakil dari JPMK yang hadir pada majlis itu seramai 3 orang iaitu,Encik Mohd Puat b.yusof sebagai Pegawai ATASE Pendidikan Pentadbiran & kewangan,Encik Amri b. Abdullah sebagai Pegawai ATASE Pendidikan & Mohd Fauzi Haji Dahman sebagai Penasihat Kedutaan.
Kesimpulan dalam ucapan mereka ialah,memperingati mahasiswa-mahasiswa supaya "Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan" ketika berada di sini agar suatu hari nnti menjadi pendakwah yang sentiasa peka terhadap isu-isu dunia masa kini.Sekaligus mengajak seluruh mahasiswa menjadi seorang yang sentiasa beramal,beriman,bertaqwa & tidak ketinggalan dalam dunia teknologi.

Wednesday, October 3, 2007

Tunaikan Kewajipan Bersama

Posted by UPP DPMZ On 6:24 AM


Bagi ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig bolehlah berhubung dengan Bendahari DPMZ Ust Ahmad Naqiuddin B Mohd Noor(+2010-0369271) atau amil yang telah dilantik di setiap kamsis.

Sahabat