Friday, March 7, 2008

Perasmian Markaz Saidina Abu Bakar & Ceramah Oleh Ust Hairul Nizam

Posted by UPP DPMZ On 2:38 PM No comments

6 Mac, Quamiyyah City- Satu majlis perasmian markaz baru DPMZ beserta ceramah "Kenapa Terlalu Mudah Membid'ahkan Amalan Seseorang" oleh Presiden PMRAM Ust Hairul Nizam Bin Mat Husain telah diadakan dan dijayakan bersama. Majlis tersebut dimulakan dengan solat maghrib & solat hajat berjemaah kemudian disusuli dengan bacaan Surah Yasin.

Majlis menyambut kedatangan Tuan Presiden tepat jam 8.30pm, meskipun berlaku kelewatan kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Majlis teruskan dengan ucapan Pengerusi DPMZ Ust Mumtaz Bin Harun. Seterusnya diikuti dengan ucapan perasmian Tuan Presiden. Dalam ucapan tersebut, beliau memperingatkan ahli berkenaan tugas "Attholibul 'Ilm" sempena kita berada di Mesir.

Kemudian diikuti gimik menggantung bingkai gambar sebagai tanda perasmian markaz baru tersebut. Majlis diteruskan dengan ceramah "Kenapa Terlalu Mudah Membid'ahkan Amalan Seseorang".

0 comments:

Sahabat