Tuesday, July 15, 2008

Posted by UPP DPMZ On 11:30 PM No comments

LAPORAN SUMMER FESTIVAL ZAGAZIG 2008

Tarikh : 11-14 Julai 2008
Tempat: Dewan dar salam,Istad Mustashfa
Tema : Menjana Fikrah Sedia Berjuang
Anjuran: UKAED,UD dan UKKS

Program Summer Festival yang diadakan selama 4 hari bertujuan untuk memantapkan fikrah ahli DPMZ , meningkatkan thaqafah ahli serta meribat ukhwah sesama ahli.Program ini juga merupakan kesinambungan daripada program Festival Zagazig yang diadakan pada bulan Mac yang lalu.
Summer Festival bermula pada hari Jumaat,11 Julai dengan majlis perasmian yang diadakan selepas solat maghrib berjemaah dan dirasmikan oleh Pengerusi DPMZ,Ustaz Mumtaz Bin Harun.Di dalam ucapannya beliau berharap para ahli DPMZ memberikan komitmen dan sambutan yang baik terhadap setiap agenda yang akan dilaksanakan dalam program ini nanti.Selepas itu,para ahli dihidangkan dengan jamuan makanan.
Pada hari kedua iaitu hari Sabtu,12 Julai acara pertama yang diadakan ialah Piala Pengerusi yang dimulakan dengan pendaftaran pasukan yang bertanding.Sebanyak 5 pasukan menyertai kejohanan ini iaitu Mawaf Mansurah FC,Sahah FC,
Si Tanggang FC,Keliru FC dan Tibbian FC.Kejohanan dijalankan secara pusingan round robin.Pasukan Mawaf Mansurah memenangi kejohanan ini setelah berjaya mengatasi Si Tanggang FC dengan perbezaan jaringan setelah kedua-dua pasukan mendapat mata yang sama.Sementara itu,Sahah FC mendapat tempat ketiga,Keliru FC keempat serta Tibbian FC untuk tempat kelima.Selepas solat Zohor pula acara sukan in-door dimulakan dengan acara ping pong serta sukaneka seperti makan buah zaitun,minum air paling cepat,bingo dan banyak lagi.Selepas solat Maghrib diadakan pula kursus dai'e"membentuk pendakwah berjaya" yang disampaikan oleh Ustaz Abd Rahim Omar.Bazaria bermula pada hari ini dan disetai oleh warga Malaysia dan Indonesia.Antara hidangan menarik ialah nasi lemak ayam,bakso,koktail,nasi goreng spesial,mee hailam dan banyak lagi.
Pada hari ketiga pula iaitu hari Ahad,13 Julai acara sukan in-door bermula pada jam 9pagi.Selepas solat Zohor berjemaah pula Badan Pengurus PMRAM mengadakan lawatan ke Dewan dar salam untuk bertemu warga Zagazig. Kursus dakwah non-muslim diadakan selepas solat Asar berjemaah yang disampaikan oleh Ustaz Noh Bin Daud, mahasiswa Al-azhar dari China dan pernah menuntut di Malaysia.Pada sebelah malamnya pula diadakan kursus jenazah yang disampaikan oleh Ustaz Nazri Bin Meli.
Pada hari terakhir iaitu hari Isnin,14 Julai dimulai dengan sukan in-door seperti ping pong pusingan akhir , Uno serta Pro Evolution Soccer.Selepas solat Asar pula diadakan kursus haji dan umrah yang disampaikan oleh Ustaz Rozlan Bin Hamil.Acara perasmian penutup diadakan pada sebelah malam dan dirasmikan oleh tetamu undangan iaitu Ustaz Khusaini Mohd Yusof yang merupakan BP PMRAM serta BP angkat Zagazig.Setelah itu,kumpulan nasyid Indonesia; Soutul Ukhwah Zagazig(SOUZ) menghiburkan para hadirin.Acara penyampaian hadiah pula diadakan selepas itu dengan Ustaz Hamidi Jamri berjaya mencipta hatrik dengan memenangi 3 acara sukaneka.Sementara itu,UK Corner dinobatkan sebagai gerai terbaik bazaria.
Festival ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama para ahli DPMZ.Diharapkan program ini akan terus diadakan dan menjadi perintis serta pencetus semangat ukhwah sesama ahli dan membentuk fikrah ahli dengan amal Islami.

Disediakan Oleh,
Muhammad Zuhaili Zanal Ali
Setiausaha Program
Summer Festival Zagazig 08

0 comments:

Sahabat