Friday, August 22, 2008

JADUAL TAFAQUH

Posted by UPP DPMZ On 10:48 PM

Tuesday, August 19, 2008

BROTHERHOOD OF ZAGAZIG STUDENTS 2008

Posted by UPP DPMZ On 4:46 PM

LAPORAN THE BROTHERHOOD OF ZAGAZIG STUDENTS 2008
ANJURAN UNIT KEBAJIKAN DAN TABUNG DERMA DPMZ

Program ini telah diadakan pada hari Khamis,14 Ogos 2008 di Dewan Dar Salam. Objektif program ini ialah sebagai penghargaan untuk para ahli DPMZ yang telah berjasa untuk menjayakan setiap program DPMZ.Majlis dimulakan pada jam 9 malam dengan upacara perasmian oleh wakil Badan Pengurus yang merupakan BP Angkat bagi DPMZ iaitu Ustaz Aizuddin Aznan.Di dalam ucapannya,beliau mengingatkan para hadirin supaya menggunakan peluang yang ada di bumi anbiya` ini untuk menyertai program yang dianjurkan persatuan serta menjadi sebahagian daripada AJK Pelaksana Program supaya pengalaman berpersatuan dapat digunakan untuk menghadapi masyarakat pada masa akan datang dan mendisiplinkan diri.Selepas itu, diadakan pula tayangan slide show mengenai aktiviti DPMZ sepanjang sesi 2007/08.
Program ini dimeriahkan lagi dengan gelagat 2 Pengacara Majlis iaitu Ahmad Shah dan Hazri Sarman.Sijil penghargaan untuk seluruh AJK program sepanjang sesi 2007/08 telah disampaikan oleh Ustaz Azizuddin Aznan sementara sijil untuk unit AJK kecil DPMZ telah disampaikan oleh Ustaz Mumtaz.Anugerah Bait Mithali untuk sesi ini dimenangi oleh rumah Fizree Abu Bakar/Hirzi sementara penerima Anugerah Tunas Harapan ialah Rosdi Latif dan Muhammad Zuhaili.Anugerah Jasamu Dikenang pula dianugerahkan kepada Ustaz Najib Hanafiah yang terkenal dengan masakannya dan Ustaz Zulkifli yang terkenal dengan seni kreatifnya.Anugerah Tokoh Kepimipinan pula diterima oleh Ustaz Mumtaz Harun,Pengerusi DPMZ sesi 2007/08.
Jamuan diadakan selepas upacara penyampaian sijil dan anugerah pelajar tamat.Pihak DPMZ berharap para ahli dapat berbakti kepada persatuan pada masa hadapan dan mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa para ahli.

Disediakan oleh :
Muhammad Zuhaili Zanal Ali
Setiausaha Brotherhood of Zagazig Students 2008,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig,
Sesi 2007/2008

KURKOM 08'

Posted by UPP DPMZ On 4:44 PM

LAPORAN PROGRAM KURSUS KOMPUTER DPMZ 2008

ANJURAN UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN DPMZ

Kursus Komputer atau KURKOM telah diadakan di Dewan Dar Salam pada tarikh 10 Ogos 2008.Program ini telah dianjurkan oleh Unit Penerangan dan Penerbitan DPMZ. Objektif program ini ialah untuk menambahkan kemahiran peserta mengenai teknologi komputer dan memanfaatkan teknologi komputer untuk perkembangan dakwah Islamiah.Program dimulakan pada jam 2.45 petang dengan upacara perasmian oleh Pengerusi DPMZ,Ustaz Muhammad Mumtaz Bin Harun.Di dalam ucapannya beliau mengingatkan para peserta untuk menambahkan ilmu selain bidang yang dipelajari demi meningkatkan martabat umat Islam.Slot perisian software bermula pada jam 3.30 petang dan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai yang juga merupakan Exco Penerbitan dan Penerangan DPMT.Beliau mengajar para peserta mengenai Adobe Photoshop,flash,Microsoft Office Publisher dan blog.Selepas solat Maghrib berjemaah pula diadakan slot perisian hardware yang disampaikan oleh Ustaz Nik Muhamad Ilhamie Nik Mat yang merupakan warga pelajar Zagazig.Setelah tamat pengisian kursus,peserta dihidangkan dengan jamuan. Pihak AJK program dan DPMZ berharap para peserta dapat menggunakan ilmu yang telah dipelajari untuk kebaikan diri serta umat Islam.

Disediakan oleh :

Muhammad Zuhaili Zanal Ali

Setiausaha KURKOM 08,

Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig,

Sesi 2007/2008.

Tuesday, August 12, 2008

BROTHERHOOD OF ZAGAZIG 2008

Posted by UPP DPMZ On 4:44 PM


Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada ahli DPMZ yang telah berbakti untuk menjayakan program sepanjang sesi 07/08.

Sunday, August 10, 2008

MAKAM AULIYA' TANTA DAN ISKANDARIAH

Posted by UPP DPMZ On 3:10 AM


Pihak DPMZ mengadakan program seperti ini adalah bertujuan mengajak para ahli menziarahi makam ulama' terdahulu.Secara tidak langsung ziarah ini dapat memberi banyak pengajarannya kepada ahli apabila menghayati sumbangan & perjalanan para ulama terdahulu mendaulatkan islam di muka bumi ini.

Saturday, August 9, 2008

KURKOM 08'

Posted by UPP DPMZ On 7:22 PM



Kursus komputer ini dijalankan bertujuan meningkatkan lagi thaqafah ahli tentang peranan komputer & menyemarakkan lagi pendakwahan.Pihak DPMZ sangat-sangat mengharapkan dengan wujudnya program seperti ini para ahli dapat menggunakan sebaik-baiknya IT untuk medan dakwah.

Friday, August 8, 2008

PROJEK SUMBANGAN AMAL PALESTIN

Posted by UPP DPMZ On 10:45 AM


Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM sedang mempromosikan agenda menghulurkan bantuan kepada ummat islam di palestin, justeru itu semua Ahli PMRAM diseru untuk bersama menyumbangkan barangan yang bernilai untuk diserahkan kepada PMRAM dan seterusnya akan dijual semula untuk nilai wang tersebut disumbangkan kepada Rakyat Palestin. Barangan sumbangan boleh disalurkan melalui mana-mana AJKT DPMZ atau dihantar terus kemarkaz DPMZ, sebelum tarikh 12 Ogos 2008

" SUMBANGAN ANDA MERUPAKAN HAYAT UNTUK UMMAT ISLAM "

Thursday, August 7, 2008

LAPORAN EKSPEDISI MATRUH SIWA ZAGAZIG (EMASZ) 2008

Posted by UPP DPMZ On 3:43 PM

LAPORAN EKSPEDISI MATRUH SIWA ZAGAZIG (EMASZ) 2008




Tanggal 8,9,10 Julai 2008 Unit Sambutan Rehlah DPMZ telah mengadakan rehlah ilmiah ke Mersa Matruh dan Siwa.Program yang diadakan selama tiga hari ini telah disertai seramai 27 orang peserta.Rehlah yang bertemakan ‘Rehlah Starehkan Minda’ ini diadakan bertujuan untuk mengisi masa cuti disamping dapat mengeratkan silaturahim antara pesertaBermula jam 12.00 malam para peserta telah memulakan perjalanan ke Matruh dengan menaiki coaster.Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Murshid selaku pengarah program untuk rehlah kali ini.Pada jam 3.00 petang para peserta telah tiba ke matruh dan berehat sebentar sambil menikmati hidangan makan tengahari di hotel penginapan.kemudian selepas menikmati makan tengahari,para peserta telah dibwa untuk melawat Hamam Cleopatra dan Teluk Ajibah pada sebelah petangnya dan diakhiri dengan lawatan ke Souq Libya untuk tempat terakhir lawaatan untuk hari yang pertama.
Seawal pagi hari yang kedua ekspedisi lebih menjurus kearah lawatan ke Siwa.Perjalanan yang dijangka mengambil masa 4jam untuk ke Siwa telah tiba ke tempat lawatan.Banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati di Siwa seperti Jabal Mauta,Kolam Cleopatra,Kota Lama Siwa,Kubu Iskandar Zulkarnain,Kuil Maabad Amon.Peserta EMASZ 08 telah dibawa untuk melawat semua tempat tersebut untuk rehlah pada kali ini.Lawatan di Siwa diakhiri dengan setiap para peserta membeli kurma dan minyak zaitun yang menjadi aset utama para penduduk di Siwa.Hari terakhir ekspedisi kali ini diakhiri dengan aktiviti riadah di Pantai Ghuram dengan dipenuhi dengan aktiviti seperti bola sepak pantai,tarik tali dan diakhiri dengan para peserta bermandi-manda di pantai tersebut.Selepas semuanya selesai para peserta telah bertolak pulang ke Zagazig dengan penuh kepenatan dan keletihan yang jelas tergambar di riak wajah mereka semua.Semoga rehlah kali ini dapat memberi sesuatu ilmiah disaamping dapat mengeratkan silaturahim antara para peserta yang menyertai ekspedisi pada kali ini.Moga ikatan yang dibina sebelum ini dapat diteruskan sampai bila-bila.

Wednesday, August 6, 2008

HARI KEMERDEKAAN KE-51

Posted by UPP DPMZ On 4:34 PM

PERAYAAN MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-51
(EKSPO GEMPAK PMRAM)


PMRAM akan mengadakan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-51 bertemakan "PERPADUAN TERAS KEJAYAAN" yang akan berlangsung selama 4 hari bermula, 16 OGOS hingga 19 OGOS 2008.

KOLOKIUM ILMUAN SIRI KE 5

Posted by UPP DPMZ On 4:10 PM



Program ini bertujuan untuk mentarbiyah generasi pewaris ulama'masa kini...
Hadirlah beramai-ramai bagi menjayakan Kolokium Ilmuan Majlis Graduasi kali ke-5,jangan lepaskan peluang,pelbagai acara menarik menanti anda...Klik pada paparan untuk melihat dengan lebih jelas...

ISRA' DAN MI'RAJ

Posted by UPP DPMZ On 1:32 PM



26 Julai-Sabtu. Saban tahun peringatan mahupun segala yang berkaitan dengan Isra' dan M i'raj akan diadakan bagi mengingatkan kepada manusia segala yang tersurat dan tersirat tentang hakikat perjuangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam peristiwa yang berlaku pada tarikh 27 Rejab. DPMZ di bawah anjuran Unit Dakwah yang dinaungi PMRAM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan ceramah bagi mengajak ahli bersama-sama memperingati dan menghayati hikmah-hikmah yang tersembunyi dari peristiwa ini. Ceramah ini telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Aswadi yang merupakan Penasihat DPM Damanhur dan ahli- ahli yang telah hadir mencapai bilangan 40 orang. Majlis ilmu atau ceramah kali ini telah mengupas peristiwa Isra' dan Mi'raj itu sendiri dalam pelbagai perspektif terutama peranan ahli-ahli DPMZ sendiri selaku mahasiswa Islam.Pihak DPMZ mengucapkan jutaan terima kasih ke atas ahli-ahli DPMZ yang selama ini tidak jemu-jemu membantu sama ada dari kalangan mahasiswa Al Azhar mahupun mahasiswa Medik dalam memastikan kesinambungan dan keteguhan persaudaraan sesama Islam di bumi yang bertuah ini. Tidaklah yang lain kami harapkan melainkan tema PMRAM pada tahun ini akan tercapai dan bersatu untuk merealisasikannya, "JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH".Wassalam.

Monday, August 4, 2008

Piala Malaysia 08

Posted by UPP DPMZ On 4:55 PM


Tarikh : 26-31 Julai 2008
Tempat: Iskan Tulab
Anjuran: BBKS PMRAM

Piala Malaysia adalah salah satu daripada program yang dinanti-nantikan oleh semua ahli PMRAM.Program ini bertujuan mengeratkan lagi ukhuwah diantara ahli PMRAM.Program ini berlangsung selama 6 hari bermula pada 26/7/08 hingga 31/7/08.

Program ini disertai 18 pasukan iaitu Selangor,Terengganu,Kedah,Melaka,Tanta,KL,Perak,Mansurah,Kelantan,Shubra,Damanhur,N.Sembilan , Johor,Pahang,Sabah,Bait muslim,Shibin dan Dumyat.

Kejohanan ini dijuarai oleh pasukan Terengganu yang menewaskan pasukan dripada Selangor dengan jaringan 1 gol 0.Manakala tempat ketiga disandang oleh DPM Tanta yang menewaskan pasukan dari Pahang dengan jaringan 2-1.Kejohanan itu dapat dilangsungkan dengan sempurna.

Pihak UKKS DPMZ memohon ribuan kemaafan keranan tidak dapat menghantar wakil bola sepak di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti kekurangan pemain dan sebab-sebab yang lain.

DAURAH ULUM AL-HADIS

Posted by UPP DPMZ On 1:40 AM

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menambahkan lagi thaqafah ahli dalam mustalah al-hadis.Diharapkan ahli-ahli dpmz dapat menghadirkan diri dalam program yang bakal berlangsung ini.Syukran

Sahabat