Sunday, November 30, 2008

Warga Azhariyun & Perubatan Zagazig Meredah Kejayaan

Posted by UPP DPMZ On 8:17 PM

Khamis, 27 November 2008- Majlis telah dimulakan pada jam 6 malam dengan bacaan Yassin, Hizib Bahar dan Hizib Nawawi yang diketuai oleh Pengerusi DPMZ, Ustaz Muhd Faizzudin Ghazali. Selepas itu, majlis diteruskan dengan Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah. Pada jam 8 malam ceramah motivasi telah dimulakan dan disampaikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jufree yang merupakan seorang penceramah yang berpengalaman di dalam banyak aktiviti berkaitan pembentangan ilmiah di bumi Mesir. Beliau menekankan akan kepentingan mempunyai niat yang baik ketika menuntut ilmu di sini supaya para mahasiswa tidak mudah hanyut dengan persekitaran yang buruk serta sentiasa yakin dengan kekuasaan Allah. Beliau juga berpesan kepada para hadirin supaya sentiasa mendekatkan diri dengan Allah supaya kita sentiasa berada di dalam rahmatNya.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan sesi pelancaran kelas tutorial dan study group yang telah dirasmikan oleh Wakil BP PMRAM, Ustaz Muhd Azrul Ismail dan tetamu jemputan Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jufree. Semoga usaha untuk memantapkan pendidikan para ahli melalui kelas tutorial dan study group dapat memberikan kejayaan kepada semua ahli. Jamuan disediakan untuk para hadirin. Majlis kemudiannya diteruskan pada jam 3.30 pagi dengan munajat bersama para ahli. Munajat berlangsung dengan penuh kekhusyukan dan kesyahduan serta tangisan taubat para hadirin sehinggalah Subuh menjelma. Selepas Solat Subuh berjemaah, Ustaz Muhd Azrul Ismail menyampaikan tazkirah Subuh. Beliau mengingatkan para ahli akan kepentingan menjaga ibu bapa dan mengormati mereka serta kewajipan mengingati Allah serta Rasulullah SAW dengan mengamalkan perkara yang baik serta meninggalkan perkara yang mungkar. DPMZ berharap para ahli dapat mengambil sesuatu yang bermanfaat melalaui majlis ini serta mengamalkannya di dalam kehidupan seharian.

Ustaz Syed Abdul Kadir di Majlis Motivasi DPM Zaqaziq

Posted by UPP DPMZ On 4:16 PM

Dipetik dari laman rasmi PMRAM

29 November-Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq (DPMZ) menganjurkan program Motivasi dan Munajat Perdana di bawah kendalian Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMZ pada hari Khamis, 27 November lalu. Majlis bermula dengan solat maghrib dan diikuti bacaan Hizib Bahar dan Hizib Nawawi.

Selepas solat Isyak, diadakan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Syed Husin Al-Jufri. Dalam ceramahnya, beliau menukilkan enam perkara dari wasiat Imam Syafie r.anhu. Beliau juga berpesan agar mahasiswa Islam menjauhi daripada melakukan perkara yang melalaikan serta meletakkan rasa takut (khauf) dan harap (raja') yang tinggi kepada Allah dalam diri. Pada pagi itu juga diadakan qiamullail yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Azrul Ismail, Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM. Sejurus solat Subuh berjemaah, beliau diberi kesempatan menyampaikan tazkirah.

Saturday, November 29, 2008

Barisan AJKT DPMZ Mendekati Ahli

Posted by UPP DPMZ On 1:07 AM

Tanggal 24,25 dan 26 November,barisan AJKT DPMZ sesi 08/09 telah turun melawat dan menziarahi rumah ahli yang tertumpu kepada pelajar Perubatan dan Azhar yang baru tiba di bumi Syarqiyah bagi melihat masalah dan keadaan terkini mereka.

Jaulah yang disertai semua barisan AJKT dan penasihat DPMZ ini membawa hadaf “Kebersamaan ahli bersama pimpinan memacu ecemerlangan dan kegemilangan DPMZ” dan juga pembawakan DPMZ yang ingin memantapkan dari sudut ukhuwah, thaqafah, tarbiah dan ekonomi.

Pelbagai muhasabah dan cadangan yang bernas diterima dari ahli-ahli DPMZ yang mahukan DPMZ terus membantu dan memberi kebajikan kepada pelajar-pelajar terutama yang baru tiba di Mesir ini memudahkan urusan mereka. Antara yang menyentuh hati kecil adalah ketika ucapan dari senior yang sudah lama menetap di Zagazig ini yang mahukan kita semua bersatu di bawah naungan PMRAM dan menolak anasir-anasir yang ingin menubuhkan persatuan lain yang tidak diiktiraf oleh PMRAM dan pihak keselamatan Mesir. Jaulah ini diharapkan dapat diteruskan di masa akan datang agar pimpinan dapat bersama sendiri dengan ahli membantu ahli yang bermasalah dari semua aspek. Pengerusi DPMZ 08/09 Ust Mohd Faizzuddin bin Ghazali mengharapkan agar kesatuan di Muhafazah Zagazig ini dapat dikekalkan selagi pembawakan DPMZ tidak bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Pengerusi juga menekankan pada jaulah kali ini agar semua ahli terutamanya akhawat menjaga keselamatan diri masing-masing kerana suasana keselamatan di Mesir yang agak membimbangkan dewasa ini.

Seribu kemaafan dipohon kepada ahli rumah yang tidak sempat diziarahi kerana masa yang tidak mengizinkan dan Insya’allah ziarah secara tidak rasmi akan terus dijalankan dari masa ke semasa. Segala bentuk muhasabah dan cadangan dari ahli amatlah diharapkan bagi memantapkan lagi pembawakan DPMZ pada sesi ini.

Seluruh pimpinan AJKT DPMZ 08/09 mengucapkan selamat mengulangkaji pelajaran kepada semua ahli DPMZ terutamanya dan selamat menghadapi imtihan kepada semua pelajar Al-Azhar dan juga perubatan. Selamat menyambut Aidil Adha juga diucapkan, semoga kita sentiasa menghayati sirah ‘pengorbanan’ nabi-nabi dan ulama dahulu agar menjadi kekuatan dalam diri kita. Insya’allah.

Wednesday, November 26, 2008

Persoalan Keselamatan : Sejauh Manakah Sensitiviti Kita?

Posted by UPP DPMZ On 11:55 PM

Dipetik dari laman rasmi PMRAM

Persoalan keselamatan adalah perkara yang amat dititikberatkan oleh PMRAM hingga ia adalah perkara utama yang akan didedahkan kepada mahasiswa dan mahasiswi baru yang tiba. Sebagai sebuah persatuan induk kepada para pelajar, peranan PMRAM bukan sekadar memberi kebajikan kepada para ahli bahkan menjaga soal keselamatan yang dilihat semakin dipandang enteng oleh sesetengah pihak.

Akibat kecuaian dan tidak mengambil berat soal ini, banyak kes yang berlaku mengakibatkan kehilangan harta benda seperti wang, telefon bimbit, dokumen pengenalan diri dan yang paling khuatir mangsa selalunya akan mengalami trauma selepas kejadian seperti takut untuk bermuamalat dengan Arab dan sebagainya. Kebelakangan ini, dilaporkan banyak berlaku kes samun kepada pelajar Malaysia. Bahkan kes kecurian juga semakin meningkat terutama di Kompleks Hayyul ‘Asyir. Yang menghairankan, kecurian seperti motosikal juga boleh berlaku sedangkan motosikal telah diletakkan di zon yang agak selamat di sekitar Kompleks Hayyul ‘Asyir. Naib Presiden I PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Md.Arif ketika diminta mengulas, berkata pihaknya telah menerima banyak aduan terhadap kes berkaitan. “Dalam beberapa mesyuarat Unit Hisbah, juga dibangkitkan dan buat masa ini kita meminta semua ahli agar dapat melakukan solat hajat semoga masalah ini dapat dibendung,” ulas beliau yang juga Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM.

Mengulas kes yang berlaku, beliau tidak menafikan ada kes siswi dikejar lelaki Arab waktu siang hari di sekitar kawasan Kompleks Hayyul ‘Asyir. “Nasib baik siswi tersebut berjaya melarikan diri dan meminta perlindungan dari siswa,” ujar beliau. Walau bagaimanapun setakat ini PMRAM bersyukur tiada kehilangan nyawa. Selain itu, kes samun oleh warga Arab kepada pelajar kita juga semakin menjadi-jadi. “Jika dahulu kita khuatirkan pihak siswi untuk keluar malam, tapi kini pihak siswa juga harus berhati-hati,” tegas Timbalan Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Hanafi Zulkifli. Pihak PMRAM seringkali mengingatkan para siswa agar elakkan berjalan seorang diri pada waktu malam dan di kawasan yang sunyi dan gelap. Tambahan pula, mereka yang menjadi musyrif kepada siswi. "Jika terpaksa naik teksi pun tidak mengapalah, jika cara itu boleh mengurangkan risiko berbanding berjalan kaki yang kekadang terpaksa mengambil risiko yang banyak apabila melalui lorong yang sunyi. Berapa sangat tambang teksi yang kita bayar berbanding nyawa kita, " ulas beliau.

Dalam perkembangan lain, pihak PMRAM amat khuatir kerana masih lagi menerima laporan siswi keluar malam tanpa musyrif. Banyak kes siswa terserempak dengan siswi yang berjalan di waktu malam tanpa musyrif seperti yang terjadi kepada Timbalan Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Mu’izz Muhammad yang terserempak dengan dua orang siswi keluar tanpa musyrif di kawasan belakang Rumah Terengganu beberapa hari lalu. Dalam etika yang ditetapkan oleh PMRAM, siswi hendaklah berada di dalam rumah pada waktu maghrib dan tidak dibenarkan keluar malam selepas itu kecuali atas urusan yang penting dan mustahak. Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim ketika mengulas perkara ini, mempersoalkan sesetengah pihak yang tidak faham kerana menganggap PMRAM mengongkong siswi dengan peraturan sedemkian. “Mereka tidak faham dengan peraturan ini. Ini negara orang, bukan negara kita. Pimpinan dulu buat peraturan sebab mereka sudah mengetahui keadaan Mesir dan masyarakatnya . PMRAM bukan mengongkong siswi. Sekarang semua pihak melihat peraturan PMRAM ini ada baiknya dengan kes-kes yang berlaku sekarang ini. Bukan setakat siswi, siswa pun kena berhati-hati sekarang ini,” tegas beliau lagi.

Bagi Ustaz Ahmad Yussuf, tokoh pelajar yang disegani ketika mengulas perkara ini menyarankan pelajar mengikuti perkembangan di dada-dada akhbar Mesir. “Dalam akhbar Mesir, kes seperti samun dan jenayah amat membimbangkan.Usahkan kepada warga asing, sesama Arab Mesir juga dirasakan tidak selamat,” ulas beliau yang menyebut antara faktor meningkatnya kes jenayah di Mesir kerana faktor dadah. dan kecanggihan teknologi yang mendadak masuk ke Mesir seperti internet yang kekadang disalahguna oleh sesetengah pihak. Tambah Ustaz Ahmad lagi yang banyak mengikuti perkembangan semasa berkata, kes yang kian menular dikalangan masyarakat Arab sendiri ialah apa yang disifatkan sebagai “gangguan jenis” iaitu gangguan kepada golongan hawa sambil membawa contoh satu kes yang berlaku di ‘Atabah tidak lama dulu. “Seorang wanita yang telah bertudung, diganggu oleh sekumpulan pemuda di tengah-tengah khalayak ramai”. “Apa yang menghairankan tiada siapa yang berani membantu wanita tersebut sedangkan ia berlaku di tempat awam,” tambah beliau lagi. “Sedangkan masyarakat Arab sejak dahulu adalah masyarakat yang menghormati golongan wanita yang seolah-olah sudah menjadi adat mereka menghormati golongan tersebut. Namun, kini sifat sebegitu sudah semakin hilang,” ujar beliau lagi.

Justeru, persoalan keselamatan perlu diambil kira oleh semua kerana tiada guna hendak disesali jika perkara yang telah berlaku. bak kata pepatah, "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna lagi".Segala peringatan yang diberikan ini bukanlah dengan niat untuk mengongkong para pelajar tetapi lebih kepada peringatan. Tidak dinafikan selain itu disarankan juga kepada para pelajar agar melazimi amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah sebagai benteng serta peliharaan dari-Nya. Amalan harian seperti bacaan ma’athurat, Hizib Bahr dan pelbagai zikir dan wirid lain perlu diamalkan sebagai salah satu usaha kita. Selain mengikuti peraturan yang dikeluarkan PMRAM, seterusnya kita berdoa dan menyerahkan urusan ini kepada Allah semoga Dia membantu kita semua. Perlu diingatkan kepada para mahasiswa,segala apa jua kes yang berlaku hendaklah dirujuk kepada Yang Dipertua BKAN atau Pengerusi DPM masing-masing atau juga terus merujuk kepada Presiden PMRAM. Pihak PMRAM sendiri menyedari perkara ini dan sentiasa mengambil inisiatif bagi menyelesaikan masalah ini. Sebagai persatuan yang mempunyai hubungan yang baik dengan pihak keselamatan Mesir, PMRAM akan menggunakan peluang yang baik ini bagi mengatasinya-BPP

Ceramah Motivasi & Munajat Perdana

Posted by UPP DPMZ On 12:32 PM

Saturday, November 22, 2008

PMRAM Gariskan Tiga Perkara Asas Berkaitan Keselamatan

Posted by UPP DPMZ On 12:41 PM

Sumber Rasmi : Laman Web PMRAM

PMRAM mengingatkan para mahasiswa dan mahasiswi agar mengambil perhatian dengan visa dan pasport masing-masing kerana ia adalah berkaitan dengan keselamatan sepanjang berada di luar negara. Visa atau pasport yang telah tamat tempoh perlu diperbaharui dengan segera. Bagi tujuan keselamatan sekarang, pihak PMRAM menggariskan tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh seluruh mahasiswa:

Pertama: Bagi memudahkan urusan, pihak PMRAM meminta mahasiswa dan mahasiswi agar membuat salinan (fotostat) pasport dan bahagian visa. Dua bahagian tersebut perlu difotostat dan dibawa ke mana-mana bersama dengan mahasiswa.

Kedua: Bagi mereka yang telah tamat tempoh visa, perlu segera memperbaharuinya dan jangan sampai melebihi tempoh masa hingga berbulan-bulan lamanya.

Ketiga: PMRAM masih lagi bertegas dalam kes mahasiswa kita belajar atau menjemput warga Arab khasnya warga Mesir ke rumah atau mengadakan hubungan yang akrab dengan mereka tanpa diketahui status keselamatan warga Arab tersebut di sisi pihak polis. Ini membahayakan kerana ia akan menimbulkan keraguan kepada pihak berkuasa Mesir yang sentiasa memantau melalui perisikan yang tidak diketahui siapa mereka.

Sementara itu, dalam usaha PMRAM membebaskan ketiga-tiga pelajar Malaysia yang ditahan di sekitar Hayyul 'Asyir minggu lalu, tidak berbangkit lagi soal PMRAM "tidak berbuat apa-apa". Ini kerana PMRAM kini berusaha membebaskan mereka melalui surat yang telah dihantar semalam dan makluman bahawa mereka akan dibebaskan dalam tempoh sehari dua ini satu berita yang baik. Berdasarkan pengalaman dan hubungan baik antara pihak PMRAM dengan pihak keselamatan Mesir, PMRAM yakin dengan izin Allah, usaha membebaskan ketiga-tiga mereka ini akan menemui kejayaan. Pendaftaran PMRAM bernombor 803 di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan usianya yang mencecah 78 tahun ini antara kelebihan yang dianugerahkan Allah kepada persekutuan yang bertuah ini.

Thursday, November 20, 2008

Bacaan Yasin Dan Solat Hajat

Posted by UPP DPMZ On 12:31 PM


Marilah kita bersama-sama menghadiri majlis ini bagi mendekatkan diri kepada Allah dan seterusnya akan beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat.

Tuesday, November 18, 2008

Fathul Qorib Penutup Tirai Program 2008

Posted by UPP DPMZ On 2:45 PM

Selasa, 11 November 2008- Kelas pengajian Fathul Qorib bersama Ustaz Nazrul Nasir menjadi tirai penutup program yang diadakan sepanjang fasa ini. Kelas bermula pada jam 8.00malam dan dihadiri oleh ahli-ahli DPMZ yang telah memenuhi setiap ruang Dewan Dar Salam. Para hadirin mengikuti pengajian dengan penuh adab dan khusyuk.Selepas ini, hanya program yang berkaitan pengajian kuliah dan majlis Aidil Adha sahaja akan diadakan. Diharapkan para ahli DPMZ yang telah mengikuti program DPMZ sepanjang sesi ini mendapat banyak faedah dan memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari dengan baik. Pada masa hadapan, DPMZ akan mengadakan banyak lagi program yang dapat memberi manfaat kepada seluruh ahli. Terima kasih kepada ahli-ahli yang telah menjayakan program pada sesi kali ini.

MANHAL PMRAM Mencetus Pemikiran Mahasiswa Berkualiti

Posted by UPP DPMZ On 2:27 PM


Pada hari Isnin, 10 November 2008 Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Markaz Pengumpulan Kajian Dan Hasilan Penyelidikan PMRAM (MANHAL) telah mengadakan jelajah atau roadshow ke Dewan Dar Salam. Jelajah ini bertujuan unyuk menerangkan kepada para ahli DPMZ mengenai peranan MANHAL dan melancarkan MANHAL Cawangan di Zagazig. Majlis bermula pada jam 8.30malam dengan ucapan alu-aluan Timbalan Pengarah Manhal Ke-2 iaitu Ustazah Fatimah Salwani. Di dalam ucapannya, beliau menekankan akan kepentingan pengkajian ilmiah dijadikan budaya bagi seluruh mahasiswa Mesir serta kepentingan hasil kajian ilmiah para mahasiswa Mesir untuk dijadikan untuk kegunaan umat Islam bagi menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan kekeliruan dan kecelaruan terutamanya di dalam bidang agama.

Selepas itu, Ketua Unit Pengetahuan Dan Penyelidikan BP PMRAM, Ustaz Azrul Ismail menjadi pengisi bagi sesi Diskusi Kitab iaitu kitab Ila Warathatul Anbiya` yang dikarang oleh Syeikh Abdullah Nasih Ulwan.Di dalam pengisiannya, beliau menekankan akan kewajipan menjaga kepentingan umat Islam dari ancaman serangan kuffar serta menjaga kesatuan Islam bagi menghadapinya.Majlis diteruskan lagi dengan sesi dialog bersama kepimpinan MANHAL. Pengarah MANHAL, Ustaz Juzaili Juhan serta barisan kepimpinan yang lain menerangkan tujuan penubuhan MANHAL serta peranannya sebagai pencetus revolusi minda mahasiswa Mesir mengikut acuan Azhar. Selepas itu, Ketua Unit Pengetahuan Dan Penyelidikan HEWI PMRAM merasmikan pelancaran MANHAL Cawangan Zagazig. Dengan majlis pelancaran ini, insyaallah MANHAL Zagazig akan cuba melaksanakan program-program yang dapat memberi manfaat kepada seluruh mahasiswa Mesir.

Saturday, November 15, 2008

PMRAM Optimis Gandingan Perubatan-Pengajian Islam

Posted by UPP DPMZ On 9:50 PM

Sumber Rasmi Laman Web PMRAM

Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail mengharapkan kerjasama antara golongan pengajian Islam dan perubatan mampu menjadi gandingan yang mantap terhadap perkembangan ilmu Islam masa kini. Beliau berkata demikian ketika diberikan penghormatan berucap merasmikan M2Z Majlis Tautan Ukhuwah Zagazig. Majlis tersebut berlangsung di Dewan As-Solah di bandar Zagaziq di sini.

Program sehari anjuran Jabatan Pengerusi DPMZ itu dihadiri hampir 100 orang mahasiswa dan mahasiswi baru kuliah Perubatan, Universiti Zaqaziq yang baru tiba di muhafazah tersebut. Sementara itu, beliau juga mengadakan dialog dalam slot PMRAM bersama dua lagi anggota Badan Pengurus PMRAM yang hadir iaitu Ustaz Mohamad Azizudin Aznan dan Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim. Dalam sesi soal jawab itu, pelbagai persoalan dibangkitkan oleh para peserta. Antaranya kelebihan menjadi ahli PMRAM, pengalaman manis PMRAM, pengiktirafan PMRAM di Malaysia, aktiviti sukan PMRAM bagi siswi dan sumber kewangan bagi PMRAM. Respon yang baik dari para peserta menunjukkan sikap minat mereka bagi mengetahui PMRAM melalui lidah Presiden yang datang bertemu mereka sendiri. Semasa menjawab persoalan berkaitan aktiviti sukan bagi siswi yang dibangkitkan oleh seorang peserta sisiwi, Ustaz Khairul Anuar menjelaskan dalam PMRAM terdapat juga sukan khusus untuk siswi sahaja bahkan ia melibatkan penyertaan di peringkat Asia. "HEWI PMRAM juga terlibat dalam Asean's Culture iaitu satu sukan yang menggabungkan siswi dari negara Asia Tenggara, dari Thailand,Indonesia dan Singapura," ujar beliau lagi. Seorang peserta siswa turut bertanyakan nama tokoh-tokoh yang pernah terlibat dalam PMRAM, Ustaz Khairul Anuar menamakan antara mereka ialah mantan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman, Duta Besar Malaysia Kaherah sekarang, Dato' Zainal Abidin Abdul Kadir, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib, mantan ADUN Gual Periuk, Kelantan Ustaz Abdullah Abdul Razak, mantan ADUN Guchil, Kelantan Ustaz Zulkifli Yaakob dan mantan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan Allahyarham Prof.Zulkifli Mohamad.

Thursday, November 13, 2008

Tempahan Bahagian Korban Sempena Majlis Aidil Adha Peringkat DPMZ

Posted by UPP DPMZ On 11:23 PM

Tuesday, November 11, 2008

Majlis Tautan Ukhwah (M2Z) Mengikat Silaturahim Antara Mahasiswa/wi

Posted by UPP DPMZ On 11:11 AM


7 NOVEMBER 2008 – Jabatan Pengerusi DPMZ telah mengadakan satu program khas bagi pelajar baru perubatan iaitu Majlis Tautan Ukhuwwah Zagazig 08 ( M2Z 08 ). Di bawah subtema “ Fikrah Betul Najah A’ala Tull” majlis ini telah berlangsung dalam suasana yang ceria dan penuh dengan perasaan ukhuwwah di kalangan para peserta. Majlis ini telah diadakan di Dewan As-Sola berhampiran Masjid Fatah Zagazig. Majlis telah dirasmikan oleh Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail. Dalam ucapannya, beliau telah menjelaskan betapa pentingnya peranan serta sumbangan golongan akademik khususnya perubatan dalam menjalankan dakwah Islam, sambil menegaskan kepada para peserta agar tidak terlepas dari menimba ilmu agama di bumi anbiya ini. Turut hadir dalam majlis tersebut Badan Pengurus PMRAM Ustaz Mohammad Azizudin Aznan (Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa) serta Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim (Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM).

Majlis bermula dengan pertemuan dua mata antara pihak Keselamatan Mesir ( Amnu Daulah ), Ustaz Muhammad fatah dengan peserta bagi membincangkan masalah keselamatan serta penerangan mengenai peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Mesir. Pihak Keselamatan Mesir juga telah menegaskan bahawa segala urusan yang berkaitan dengan urusan keselamatan dan perhubungan luar adalah di bawah kelolaan pengerusi DPMZ, Ustaz Faizuddin Ghazali. Peserta menunaikan solat maghrib secara berjemaah di Masjid Fatah seterusnya menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan.

Majlis diteruskan lagi dengan slot bersama PMRAM, majlis dipengerusikan oleh Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim manakala ahli panel terdiri daripada Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail dan Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa, Ustaz Mohamad Azizudin Aznan. Pihak PMRAM telah menerangkan serta menjawap segala persoalan yang telah diajukan oleh peserta. Seterusnya Forum bertajuk “ Cabaran Mahasiswa Perubatan di Bumi Mesir” telah diadakan, ahli panel terdir daripada Ustaz Nazrul Nasir dan Dr. Fakhruddin. Forum diceriakan dengan telatah lucu oleh ustaz Nazrul Nasir serta penyampaian semangat oleh Dr. Fakharuddin. Pelbagai isu telah dikupas hasil daripada forum tersebut.

Majlis dilengkapkan lagi dengan slot bersama wakil daripada Perubatan Pusat. Slot bersama perubatan ini telah kelolakan oleh Biro Penerbitan dan Penerangan, Dr. Muhammad Husaini bin Saleh. Pelbagai soalan telah diajukan daripada peserta bagi mendapat maklumat mengenai Perubatan Pusat. Majlis M2Z 08 diakhiri dengan satu slot yang amat menghayat hati para peserta juga urustia, slot I love Islam yang telah dikendalikan oleh pengisi yang dijemput khas daripada Universiti Jordan, Ustaz Fakhrurazi memberikan kesan yang amat mendalam kepada para peserta, nilai-nilai islam serta muhasabah yang diterapkan menyentuh hati setiap insan yang berada di dalam dewan tersebut, gabungan ukhuwwah serta keinsafan yang dilaksanakan disahut dengan linangan air mata semua hadirin yang hadir pada majlis tersebut. Tepat jam 11.30 malam majlis berakhir dengan kalam penutup oleh Pengarah Program, Ustaz Hanif Jamaluddin.

Monday, November 10, 2008

Roadshow MANHAL PMRAM Ke Zaqaziq

Posted by UPP DPMZ On 1:09 PM

Thursday, November 6, 2008

Majlis Tautan Ukhuwwah 08 ( M2Z 08 )

Posted by UPP DPMZ On 7:14 PM


Sahabat