Friday, March 27, 2009

Zagazig dan Perak Dipilih BKAN dan DPM Terbaik

Posted by UPP DPMZ On 1:35 PM






27 Mac- Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) telah diisytiharkan sebagai DPM Terbaik dan BKAN Perak sebagai BKAN Terbaik bagi sesi 2008. Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Syafiq Zulakifli di akhir Ijtimak Umumi di Nadi Riyadhi sekitar jam 7 malam. Menurut beliau, pada tahun ini, dua anugerah telah diwujudkan iaitu Anugerah DPM Terbaik dan Anugerah BKAN Terbaik. Justeru, panel penilai yang terdiri dari Badan Pengurus PMRAM serta AJKT HEWI PMRAM telah memiilih Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sebagai penerima Anugerah DPM Terbaik manakala Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sebagai BKAN Terbaik.

Anugerah DPM serta BKAN Terbaik dinilai dari segenap aspek serta diwujudkan kriteria-kriteria tertentu antaranya dari segi pengurusan, komitmen ahli dengan PMRAM dan lain-lain. Sementara itu, DPM Zagazig juga dipilih sebagai Perwakilan (Ikhwah) terbaik Muktamar Sanawi kali ke-76 ini manakala bagi perwakilan terbaik akhawat disandang oleh Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI). Di akhir majlis juga diadakan tayangan slide berkisar program dan peristiwa PMRAM sepanjang setahun.Semoga hubungan erat antara BKAN dan DPM ini terus erat dan kukuh bagi merealisasikan moto PMRAM iaitu 'Julang Thaqafah Bakti Dicurah'.

sumber www.pmram.org

Monday, March 16, 2009

Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76

Posted by UPP DPMZ On 7:07 PM


26 Mac-Mengadakan mesyuarat atau berbincang merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diamalkan oleh Baginda s.a.w. pada hayatnya. Walaupun Baginda s.a.w merupakan Nabi dan Rasul, Baginda s.a.w tetap berbincang dengan para sahabat Baginda s.a.w selagi mana tiada wahyu atau perintah dari Allah. Demikian ditegaskan oleh Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail ketika berucap merasmikan Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76 atau Ijtimak Umumi kali ini. Majlis yang berlangsung di Nadi Riyadhi, Madinah Nasr itu dihadiri lebih 700 orang perwakilan dan pemerhati.
Majlis perasmian bermula sekitar jam 8 pagi sebaik sahaja para perwakilan mengambil tempat. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang diperdengarkan oleh Ustaz Husni Ali Hasan yang juga Yang Dipertua BKAN Melaka. Sebelum ucapan perasmian, Pengarah Muktamar Sanawi PMRAM (MSP) dan Muktamar HEWI PMRAM (MHP), Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Dalam ucapannya beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana serta pihak yang menjayakan MSP dan MHP kali ini.
Selepas ucapan perasmian, Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar telah melancarkan gimik parsmian dengan menarik tali kain rentang yang tertera "Kita PMRAM" serta melancarkan buku tulisan Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad bertajuk "Khilaf Adab dan Disiplin" serta terjemahan Nihayatul Sul oleh Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang disumbangkan untuk Tabung Dana Apartmen (Syaqah) PMRAM.Muktamar kali ke-76 ini telah berlangsung dengan penuh tenteram dengan muhasabah seta cadangan serta perbahasan usul bagi memantapkan kepimpinan PMRAM pada sesi baru.Majlis ini berakhir pada pukul 8 malam.

Sunday, March 1, 2009

The Annual Festival Thaqafah & Ukhwah Zagazig 09'

Posted by UPP DPMZ On 11:46 PM


Tangal 9 hingga 14 MAC 2009 telah berlangsung sebuah program tahunan anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig iaitu Festival Zagazig 09. Program yang telah bertemakan " Ukhuwwah dierrat, Thaqafah diperkuat, ekonomi dipertingkkat, Tarbiah diperhebat" ini adalah satu program tahunan yang diadakan adalah unutk menyemai semangat ukhuwwah di kalangan ahli DPMZ yang saban tahun semakin ramai ahlinya. Program yang diadakan selama seminggu ini dimeriahkan pelbagai pengisisan samada dalam bentuk sukan mahupun ilmiah seperti talkshow, sukaneka, forum dan lain-lain lagi.

Majlis perasmian telah disempuranakan oleh al-fadhil Ustaz Azizudi selaku BP PMRAM merangkap BP angkat zagazig. dlama ucapan beliau mengharapkan agar progaram seperti ini dapat mengeratkan ukhuwwah disamping menyemai semangat kesatuan di kalngan ahli DPMZ itu sendiri. sejerus majlis perasmian telah dilaksanakan program diteruskan dengan slot cakna palestin yang telah disampaikan oleh Ustaz Muin selaku pengarah MINI PAVILION PMRAM sendiri..

Pada 14 mac 2009 satu majlis tirai penutup Festival Zagazig telah diadakan, ia telah dirasmikan oleh ustaz Rasul Amat selaku Badan Pengurus PMRAM merangkap Lajnah Muhafazah PMRAM. Majlis telah diserikan dengan pelbagai persembahan daripada para pemenang juga penyampaian hadiah pada para pemenang bagi ketogori yang telah dipertandingkan. Mawaf Tanta Qadim telah dinobatkan sebagai kamsis terbaik bagi festival Zagazig 09.. Majlis telah disempurnakan dengan penampilan khas nasyid dari Ustaz halim Shoutul Amal. semoga program ini dapat meniggalkan kenagan manis indah bersam sahabat-sahabat di Dewan Perwakilan Pelajar Zagazig..

Sahabat