Sunday, May 31, 2009

Tip Menyucikan jiwa

Posted by UPP DPMZ On 5:35 AM




Bersyukur apabila mendapat nikmat.

Sabar apabila mendapat kesulitan.

Tawakal apabila mempunyai rencana/ program/rancangan

Ikhlas dalam segala amal perbuatan

Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan.

Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.

Jangan putus -asa dalam menghadapi kesulitan.

Jangan terasa rendah dengan kekayaan orang lain.

Jangan hasad dengki dengan kejayaan orang.

Jangan sombong jika memperoleh kejayaan.

Jangan tamak kepada harta dunia.

Jangan terlalu bongkak dengan pangkat/kedudukan diri.

Jangan hancurkerana kezaliman.

Jangan goyah dengan fitnah.

Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

Jangan dekati harta yang haram.

Jangan sakiti ibu bapa.

Jangan usir orang yang meminta.

Jangan sakiti anak yatim.

Jauhkan diri daripada dosa-dosa besar mahupun yang kecil.

Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.

Banyakkan kunjungan ke rumah Allah (masjid)

Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk.

Lakukan solat fardhu di awal waktu, sebaik2nya berjamaah di masjid.

Biasakan diri bersolat waktu malam.

Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah

Lakukan puasa wajid dan puasa sunat.

Sayangi dan sopan santun terhadap fakir miskin.

Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah.

Jangan marah berlebih-lebihan( panas baran )

Cintailah seseorang kerana Allah dan tidak berlebih-lebihan.

Bersatulah kerana Allah dan Berpisahlah kerana Allah.

Berlatih supaya konsentrasi fikiran ( tumpuan - tidak hayal )

Tepati janji jika berjanji dan minta maaf jika sesuatu itu tidak dapat dipenuhi.

Jangan bermusuhan kecuali dengan syaitan dan iblis.

Jangan percayai ramalan manusia.

Jangan terlampau takut pada kemiskinan.

Hormati setiap orang ( tua atau yang muda )

Jangan terlampau takut pada manusia.

Jangan sombong , takabbur dan besar kepala (degil)

Berlaku adil dalam segala urusan.

Banyakkan beristighfar dan taubat kepada Allah.

Bersihkan rumah daripada patung2 berhala/ patung2 hiasan.

Hiasilah rumah dengan ayat2 Al-Quran yang suci.

Perbanyakkan silatul-rahim .

Tutup aurat bersesuaian dengan petunjuk Islam.

Elakkan bermusuhan

Berbicara secara aman.

Beristeri/bersuami jika cukup mampu dan bersedia.

hargai waktu, disiplin diri dan manfaatkan waktu.

Amalkanlah sebaik-baik mungkin.......Semoga kita menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia dan akhirat .....

Wednesday, May 27, 2009

Kesan Zikir Terhadap Otak

Posted by UPP DPMZ On 2:09 AM

Dipetik : Laman I Luv Islam

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Tuesday, May 26, 2009

Pengumuman Penting, Mari Kita Cakna Bersama!

Posted by UPP DPMZ On 5:44 PM

Pengumuman Penting

Sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan buat seluruh ahli DPMZ. Anda dinasihatkan supaya berhati-hati kerana Pihak Keselamatan Mesir (Amni Daulah) ketika ini sedang membuat pemeriksaan di setiap rumah pelajar wafidin.

Langkah-langkah keselamatan :-

1 ) Pastikan visa anda diperbaharui jika sudah tamat tempoh.

2 ) Sila pastikan buku-buku yang berkaitan dengan haraki ataupun yang menyentuh dengan politik Mesir disimpan dengan baik, ataupun simpan ditempat yang selamat.

3) Segala dokumen/ laman-laman web yang berkaitan dengan IM jangan di bookmark/disimpan di komputer anda. Pastikan segalanya selamat.

4) Tunjukkan kerneh kuliah ataupun kad PMRAM jika diminta oleh pihak keselamatan.

5) Pastikan tiada sebarang perkumpulan diadakan dirumah anda tanpa pengetahuan daripada Pengerusi.

6) Jika ditanya sebarang persoalan yang mencurigakan, katakan anda tidak tahu.

Sebarang masalah yang berkaitan boleh rujuk terus kepada Pengerusi DPMZ (0162637694)

Friday, May 15, 2009

5 Syarat Untuk Membuat Maksiat

Posted by UPP DPMZ On 5:48 PM





Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim
berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan
tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba
Ishak?"



Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada
Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening
seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di
bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah
memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu
berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di
bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim
kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu
layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu
melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang
ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah
tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu
kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam
mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin
demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata
Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu
bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan
kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut
akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh
menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau
boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai
Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api
neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba
Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak
kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air
matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah."
katanya sambil terisak-isak.

Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang
tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat
penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah
kesempurnaan iman Abul Qasim Al-Junaid


Saturday, May 9, 2009

Birrul Walidaini

Posted by UPP DPMZ On 7:00 PM



"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). " Al-loqman : 14

Sesibukmana pun kita belajar mengejar impian bagi mencapai kejayaan mumtaz, jangan sesekali kita lupa akan jasa ibubapa kita. Kerna berkat titik peluh merekalah kita diberi anugrah oleh Allah SWT untuk menuntut ilmu di bumi yang penuh dengan keberkatan ini.. Bersama kita mendoakan kesejahteraan ibubapa kita di dunia dan akhirat..

Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda "Apabila seseorang itu meniggal dunia maka terputuslah amalannya melainkan daripada tiga sumber sahaja, iaitu sedekah jariah,ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya, dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya" H.R muslim


DOA UNTUK IBU BAPA

__________________

Ya Allah ya Tuhan ku,

Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,

memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.

Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu yaAllah.

Ya Allah

Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.

Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Tuhan Pemerintah hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan

kepadaMu kamimemohonpertolongan

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Jalan orang-orang yang Engkau telah

kurniakan nikmatkeatas mereka

Bukannya jalan orang yang Engkau murkai

dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah

Ya Zaljalaaliwalikrom

Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.

Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,

aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya

Engkau murkai,

aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya

Engkau tuntuti.

Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,

Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan

lindunganMu

Jauhilah aku dari segala laranganMu,

Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,

Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,

Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim

Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang

beriman kepadaMu

dan

berbakti kepada kedua ibubapaku.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku

kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika

aku kecil

bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu

aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya

Allah

terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan

menyakiti hati mereka

kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang

sedangkan ku tahu,

Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"

kepada mereka.

Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.

Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan

merekalah aku

berjaya

kini,keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan

aku

kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika

melahirkan aku

tidur malam mereka aku ganggu

titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku

tidak pernah mereka mengadu letih

tidak pernah mereka mengadu sakit

lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan

kepadaku

harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk

pendidikanku

namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah

kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah

kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

dimalam ini aku terkenang semua itu

dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah

dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah

rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,

dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam

kubur ya Allah

aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah

aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya

Allah

aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak

mungkin

dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah

Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak

yang soleh

yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya

Tuhanku.

Maha Suci Allah Yang Maha Besar

Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang

soleh

yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah

jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku

ya Allah

dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke

nerakaMu

Teguhkanlah iman mereka ya Allah

jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.

Tuhan Sekelian Alam.

Amin.Amin Ya Rabal a'lamin.........



p/s: Al-fatehah untuk arwah ayah kepada Ustaz Faizal Abd Rahman..

Sahabat