Thursday, July 30, 2009

Majlis Penghargaan & Anugerah Bakti (BAKTI 09')

Posted by UPP DPMZ On 3:05 AM



Majlis ini telah dimulakan dengan solat asar berjemaah, bacaan yasin beramai-ramai di Dewan Dar Salam dan perasmian pembukaan yang telah dirasmikan oleh Penasihat 1 DPMZ iaitu Al Fadhil Ustaz Muhamad Mumtaz Bin Harun. Selain itu, majlis ini diteruskan lagi dengan solat maghrib berjemaah dan penyampaian sijil kepada ahli-ahli jawatankuasa pelaksana program (Adhock program) dan ahli jawatankuasa di bawah Ahli Jawatankuasa Tadbir DPMZ sesi 08/09. Selain itu, anugerah-anugerah kepada ahli-ahli yang berjasa dan bertuah juga telah diberikan. Di bawah adalah senarai anugerah-anugerah dan penerima anugerah yang telah disampaikan oleh Naib Presiden 2 Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) merangkap Ketua Lajnah Muhafazah PMRAM.

1. Anugerah Tunas Harapan

Perubatan – Abd Hakim B Mohd Suhimin

- Nur Syafiyah bt Mukhidi

Azhar - Muazz B Hasan

2. Anugerah Tokoh Kepimpinan

Mohd Faizzudin B Ghazali

3. Anugerah Jasamu Dikenang

Mohd Taufiq B Sallehuddin

Ahmad Shah B Abd Rani

4. Anugerah Kamsis Terbaik

Mawaf Mansourah

5. Anugerah Mahasiswa Cemerlang

Perubatan – Syamsul Bakri B Osman

6. Anugerah Rakan Muslim Terbaik

Azhar – Rakan Muslim Ustaz Muhamad Mumtaz B Harun

Perubatan – Smart Circle Ustaz Muhammad Hanif B Jamaluddin

Senarai Calon Pengerusi & AJKT DPMZ Sesi 2009/2010

Posted by UPP DPMZ On 2:59 AM

Saturday, July 25, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) DPMZ Kali Ke-16 Bakal Berlangsung

Posted by UPP DPMZ On 8:33 PM

Thursday, July 23, 2009

Calon AJKT DPMZ Sesi 2009/2010

Posted by UPP DPMZ On 10:49 PM

Tuesday, July 21, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan DPMZ 2008 / 09

Posted by UPP DPMZ On 8:31 PM

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig akan diadakan pada 4 Ogos 2009 bertempat Dewan Dar Salam. Majlis akan bermula pada jam 7.30 pagi. Segala Sumbangan dan permasalahan boleh merujuk kepada :
Pengarah : Zulkifli bin Abdul Aziz ( 014 1139 232 )
Timbalan Pengarah : Mohd Murshid bin Shafiee ( 010 0719 121 )
Bendahari : Bukhari Muslim bin Mohd Nadzim ( 011 6141 548 )

Disediakan Oleh : Setiausaha Mesyuarat Agung Tahunan DPMZ (MAT 09 )

Thursday, July 16, 2009

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Cawangan Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 3:51 PM

*klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Konvensyen PMRAM 2009

Posted by UPP DPMZ On 3:10 PM


Utk pendaftaran boleh hubungi Setiausaha Agung DPMZ,Ust Murshid B. Shafiee 0100719121

Monday, July 13, 2009

Kolokium Ilmuan DPMZ Membawa Kefahaman Islami

Posted by UPP DPMZ On 11:36 PM

Kolokium Ilmuan siri 3 & 4 atau singkatannya dipanggil “program Q” di peringkat Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq (DPMZ) berlangsung dengan jayanya pada 28 jun 2009 bersamaan 5 Rejab 1430 H, bertempat di dewan Dar Salam. Program tersebut bermula jam 12.50 tengah hari dan berakhir 10.00 malam. Jumlah peserta yang hadir pada program Q kali melebihi 50 orang.

Dalam program Q siri 3 & 4 ini terdapat empat slot yang merangkumi di dalamnya tiga kertas kerja dan satu kitab yang perlu dihadam bagi setiap peserta yang hadir. Kertas kerja yang pertama kepentingan melibatkan diri dalam amal ijtima’ie. Manakala kertas kerja yang kedua ialah Amar Makruf Nahi Mungkar, seterusnya kertas kerja ketiga Nasionalisme. Sebuah kitab turut didiskusikan dalam program Q kali ini. Kitab yang dimaksudkan ialah Hatta Ya’lama Syabab. Beberapa kelainan telah dirangka untuk program Q kali ini berbanding tahun-tahun sudah. Antaranya program ini dilaksanakan dalam bentuk santai dan tidak terlalu berat untuk memberi keselesaan kepada peserta. Antaranya juga kertas kerja dibentangkan oleh peserta sendiri dalam bentuk kumpulan.

Slot pertama bagi program Q kali ini bermula dengan diskusi kitab Hatta Ya’lama Syabab yang dikupas oleh Al-fadhil Ustaz Muhammad Zahid bin Abu Bakar. Di dalam kitab ini terdapat beberapa item-item penting yang di bincangkan iaitu Allahu Ghayatuna, al-Rasulu Qudwatuna, al-Quranu Dusturuna, al-Jihadu Sabiluna, al-Mautu fi Sabilillah Asma Amanina dan Wa Akhiran Syakhsiyyah Ya Syaba. Seterusnya peserta berhenti rehat seketika untuk solat zohor dan menikmati sedikit jamuan ringan.

Slot kedua pula diteruskan lagi dengan pembentangan peserta berkisar mengenai kepentingan melibatkan diri dalam amal ijtima’ie. Slot ini Berjaya menarik perhatian peserta yang membentang satu modul “Pulau Islam” yang disediakan dan dapat mencungkil kefahaman mereka berkaitan amal ijtima’ie. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan berada di bawah bimbingan fasilitator masing-masing. Al-Fadhil Ustaz Faizuddin Ghazali (Pengerusi DPMZ) sebagai penta’lik kepada apa yang dibentangkan oleh para peserta. Para peserta kemudiannya beristirehat untuk solat Asar dan menjamu hidangan nasi yang disediakan oleh Unit Persegaran.

Slot yang ketiga adalah slot pembentangan kertas kerja oleh Al-Fadhil Ustaz Zuhdi bin Mat Piah dari Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) yang bertajuk Amar Makruf Nahi Mungkar. Cara penyampai Al-Fadhil pembentang sungguh menarik perhatian para hadirin apa tidaknya bahasa yang disampaikan mudah, lembut dan tidak terlalu tinggi. Seolah-olah meluahkan hasrat hati dan harapan agar bebanan berat memikul amanah Allah menegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar dikongsi bersama dengan para peserta.

Slot yang terakhir diisi dengan pembentangan kertas kerja bertajuk “Nasionalisme” yang dibentangkan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Abdul Rahim bin Kamarul Zaman. Beliau banyak menyentuh tentang sejarah Nasionalisme yang meracuni akidah umat Islam sejak berzaman ia direncana oleh musuh-musuh Islam dan fahaman-fahaman lain yang bersangkutan dengannya. Slot ini ditangguhkan seketika untuk solat Maghrib kemudian disambung kembali selepas itu.

Sebelum majlis ditutup, dua hadiah telah diberikan sebagai penghargaan kepada peserta terbaik kolokium dan persembahan terbaik semasa membuat pembentangan. Pihak juru sebulat suara bersetuju memilih dua orang peserta terbaik seorang dari peserta ikhwat dan seorang dari peserta akhawat. Peserta ikhwah diterima oleh Ustaz Muaz bin Hassan manakala peserta akhawat diterima oleh saudari Doktorah Safiyyah binti Mokhdi.

Pihak majlis beserta ahli jawatankuasa program kolokium kali ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama menjayakan Kolokium Ilmuan siri 3 & 4 pada tahun ini dan memohon kemaafan atas segala kekurangan.

Majlis ditutup dengan bacaan tasbih kifarah dan surah al-Asr dan menikmati sedikit jamuan ringan

Saturday, July 11, 2009

Ijtimak Thaqafah 09'

Posted by UPP DPMZ On 11:14 PM




Dijemput kepada seluruh warga Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam Ijtimak 09 yang akan berlangsung bermula 12 sehingga 15 haribulan Julai 2009 bertempat di Dewan Dar Salam. Perasmian Ijtimak 09 akan diadakan pada sebelah malam 12.7.09. Pelbagai pengisian menarik menanti peserta Ijtimak 09 pada kali ini. Antaranya ialah Kursus Pengurusan Jenazah dan Seminar Perubatan.

Jaulah Badan Pengurus & HEWI PMRAM

Posted by UPP DPMZ On 2:03 AM


PROGRAM YANG BERSANGKUTAN

1) PIALA PENGERUSI 12 JULAI 2009
ISTAD MUSTASYFA, BERMULA JAM 6.30PG

2) JAULAH BADAN PENGURUS DAN HEWI PMRAM 12 JULAI 2009
DEWAN DAR SALAM, BERMULA JAM 7.00PM

3) IJTIMA' THAQAFAH ZAGAZIG 09 13-15 JULAI 2009
DEWAN DAR SALAM,

SEMUA AHLI DPMZ DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI..

Thursday, July 9, 2009

Perubahan Program

Posted by UPP DPMZ On 12:32 AM

Seminar Keusahawanan PMRAM 2009


Assalamualaikum wbt, kepada seluruh ahli DPMZ yang disayangi lagi dihormati sekalian, disini kami pihak DPMZ ingin memaklumkan beberapa perubahan pada taqwim program mega DPMZ pada bulan julai 2009.

Berikut adalah tarikh baru bagi program mega DPMZ

1) Piala Pengerusi dipinda pada tarikh 12/7/2009 ( Ahad )
2) Jaulah Badan Pengurus dan HEWI PMRAM 12.7.2009 ( Ahad jam 8.00 malam )
3) Ijtimak Thaqafah Zagazig 09 dipinda pada tarikh 13-15/7/2009


Pihak DPMZ memohon maaf diatas segala kesulitan dan menjemput kepada semua ahli DPMZ agar dapat menghadirkan diri beramai-ramai ke program yang diadakan.. Syukran


Program PMRAM

1) Seminar keusahawanan bersama HPA pada 11/7/2009 ( Sabtu )
2) Konvensyen PMRAM 22/7/2009 ( Rabu )
3) Piala Malaysia 25-30/7/2009
4) Matruh Siwa HEWI PMRAM Trip ke2 25-27/7/2009
5) Hari Kesenian HEWI 28-30/7/2009


* Jadual Tertakluk pada Pindaan

Thursday, July 2, 2009

Kejohanan Bola Tampar Piala Exco 2009 Mencapai Hadaf Program

Posted by UPP DPMZ On 9:53 PM


Pada 27 Jun 2009, Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig di bawah anjuran Unit Kebudayaan Kesenian dan Sukan telah mengadakan Kejohanan Bola Tampar (Piala Exco) bertempat di Istad Syarqiah bertemakan “Bola Ditampar, Ukhuwah Dibina”. Kejohanan ini telah disertai sebanyak 6 buah pasukan iaitu 5 pasukan daripada setiap KAMSIS (Mauqif Tanta, Mauqif Mansurah, Salam, Kafr Zend, Qaumiah) dan 1 pasukan daripada barisan Ahli Jawatan Kuasa Tadbir DPMZ.

Acara Pembukaan telah berlangsung pada jam 7.00 pagi, bermula dengan ucapan Pengarah program iaitu Sdr Hirzi B. Bisman, Kejohanan diteruskan lagi dengan sedikit ucapan daripada Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig, Ust Mohd Faizzudin B. Ghazali. Kejohanan telah dirasmikan oleh Naib Presiden II PMRAM merangkap Ketua Lajnah Muhafazah PMRAM, Ustaz Nik Rosdi B. Nik Jusoh. Di dalam ucapannya, beliau menyentuh mengenai kepentingan dalam menjaga dan memupuk ukhuwah sesama peserta dan kepentingan aktiviti riadhah dalam membantu pembinaan jasmani yang cergas selaras dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah.

Perlawanan pembukaan telah bermula pada jam 7.45 pagi dengan pertemuan sengit di antara pasukan AJKT dan Salam yang akhirnya dimenangi oleh pasukan Salam dengan keputusan 2-1. Perlawanan telah dijalankan secara liga selama 6 jam di mana perlawanan penutup telah menemukan pasukan Salam dan Kafr Zend dengan keputusan Salam-2, Kafr Zend-0.

Acara penutup telah disempurnakan oleh Ust Nik Rosdi B. Nik Jusoh (Naib Presiden II PMRAM) dengan menyampaikan hadiah kepada KAMSIS Mauqif Mansurah yang telah menjadi juara bagi Kejohanan ini, bagi tempat kedua pula telah dimenangi oleh KAMSIS Salam, seterusnya bagi tempat ketiga KAMSIS Kafr Zend, tempat keempat Pasukan AJKT, tempat kelima KAMSIS Mauqif Tanta dan tempat terakhir KAMSIS Qaumiah.

Hadaf DPMZ dalam memperkasa ukhuwah di kalangan ahli dilihat telah berjaya dilaksanakan dalam Kejohanan ini apabila melihat ahli-ahli daripada kuliah Perubatan mahupun Pengajian Islam dapat berkumpul pada hari tersebut tidak mengira umur dan taraf hidup. Kejohanan ini juga dilihat berjaya menunjukkan komitmen ahli terhadap program-program DPMZ dan kebolehan ahli daripada pelbagai sudut. Semoga Kejohanan seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun-tahun mendatang serta komitmen di kalangan ahli juga diharap dapat dipertingkatkan.

Pihak DPMZ mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah program, Sdr Hirzi B. Bisman serta seluruh AJK Pelaksana, dan juga para peserta kerana bersama-sama dalam menjayakan Kejohanan Bola Tampar (Piala Exco) 2009 buat kali pertama. Semoga ukhuwah ini tersemat di dalam memori ingatan bersama.

Wednesday, July 1, 2009

Program Daurah Kitab & Majlis Berbuka Puasa Berjalan Dengan Lancar

Posted by UPP DPMZ On 7:07 PM


Daurah kitab telah diadakan di Dewan Dar Salam pada hari Rabu, 24 jun 2009 bersamaan 1 Rejab 1430H. Pengisi bagi majlis ini ialah Ustaz Syafiq Elias yang merupakan graduan Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Kaherah. Majlis bermula pada jam 10 pagi dengan pembentangan kitab “Ghiza Ruh al-insan fi mudawamatuhu a`la tilawatul quran” yang berkisar mengenai adab mempelajari Al-Quran, kepentingan beradab dengannnya serta perkara menarik mengenainya.

Pembentangan kitab ini juga telah menyedarkan para peserta mengenai kemuliaan Al-Quran yang diturunkan Allah kepada kita dan kewajipan untuk menjaganya. Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja “Teknik Pembelajaran Bestari Subjek Adab Dan Nusus” pada jam 2.30 petang.

Pembentangan kertas kerja ini telah berjaya memberi pendedahan khususnya kepada mahasiswa Pengajian Islam mengenai teknik yang berkesan dalam pembelajaran subjek Adab dan Nusus. Seterusnya, pada jam 7.30 petang telah diadakan pula pembentangan kitab “Al-Azan” .Pembentangan ini telah memberikan peserta kaedah terbaik bagi muazin untuk mengalunkan azan dengan sempurna dan teratur.

Majlis diakhiri dengan majlis berbuka puasa sempena menyambut kedatangan bulan Rejab yang mulia. DPMZ berharap para ahli yang menyertai majlis ini mendapat manfaat dan dapat memberikan natijah yang terbaik melalui penyertaan di dalam majlis ini.

Jaulah AJKT Dalam Suasana Penuh Ukhwah

Posted by UPP DPMZ On 6:51 PM



Sedetik Bersama Seabad Terasa

“Demi masa, Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecualilah yang beriman dan berbuat kebaikan dan sentiasa menasihati dengan kebenaran dan sentiasa menasihati dengan kesabaran”

Tanggal 20, 21, dan 22 jun 09, seluruh kepimpinan AJKT Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) bersama Badan Penasihat DPMZ telah bersama-sama turun ke rumah ahli bagi menjayakan Jaulah Rasmi AJKT bagi sesi 08/09 dengan tujuan utama bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama ahli dan pimpinan dan mengetahui dengan lebih dekat lagi masalah yang dihadapi oleh ahli DPMZ di samping muhasabah sepanjang sesi pentadbiran ini.

Jaulah ini juga bertujuan menyampaikan program terkini DPMZ sebelum menjelangnya ambang Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang dijadualkan pada 2 Ogos 09. Jaulah rasmi ini tertumpu kepada rumah pelajar Al-Azhar yang telah selesai menjalani imtihan dan rumah pelajar perubatan yang masih belum menjalani imtihan.

Pelbagai muhasabah, cadangan dan masalah diterima daripada ahli dan akan diselesaikan dan diambil perhatian oleh pihak DPMZ secepat yang mungkin. Pemantapan dari segi thaqafah, tarbiah, ukhuwah dan ekonomi akan terus diperkasakan dari masa ke semasa dan DPMZ mengharapakan kerjasama yang penuh daripada semua ahli DPMZ bagi kita sama-sama menjayakannya. Pengerusi DPMZ, Ust Faizzudin mengingatkan agar semua ahli terus memberi komitmen yang padu kepada DPMZ selagi mana DPMZ berteraskan kepada Al-Quran dan Sunnah dan agar semua menjalinkan ukhuwah yang erat bagi mengukuhkan perpaduan antara kita semua.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang telah menerima kedatangan AJKT DPMZ dengan tangan terbuka dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang jaulah rasmi ini. Mohon kemaafan kepada ahli rumah yang tidak sempat diziarahi kerana faktor masa dan keadaan yang tidak mengizinkan, Insya’allah pihak DPMZ akan mengaturkan hari yang sesuai untuk menziarahi rumah yang belum dikunjungi. Semoga ikatan silaturrahim yang dijalinkan ini akan terus berkekalan dan semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan hidayah dari Allah Taala.

Bengkel jati Diri Pesat PMRAM

Posted by UPP DPMZ On 1:55 PM


UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS SILA KLIK GAMBAR


Sebarang penyertaan boleh menghubungi timbalan pengerusi Ust Hanif Jamaluddin.. yuran LE10..

Sahabat