Sunday, August 30, 2009
Saturday, August 29, 2009
Majlis Iftor Jamai`e Gabungan 3 Negara
Friday, August 28, 2009
Program PMRAM : Majlis Pembacaan Kutub Sittah (Siri Pertama)
Majlis Pembacaan Kutub Sittah (Siri Pertama) akan berlangsung pada Oktober 2009 bertempat di Dewan Fustat, Azhar Conference Centre, Kaherah.Program ini terbuka kepada seluruh mahasiswa Mesir.Matlamat utama program ini ialah melahirkan generasi ulama.Untuk penyertaan sila hubungi Us Adlan Mokhtaruddin (0110623230) dan Ustzh Shahidatul Akma Mohd Shaa`ri (0114529884).
Wednesday, August 26, 2009
Urusan Tahwil Kuliah Al-Azhar
Maklumat peribadi yang diperlukan :
1)Gambar ukuran pasport 8 keping
2)Duit LE 200
3)Salinan Pasport
4)Nombor Rokom Julus
Diharapkan anda dapat bersegera di dalam urusan ini dan menyediakan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.Urusan tahwil kali ini adalah yang terakhir.
Sehari Bersama BP
Tempat : Dewan Dar Salam
Masa : 6.00 ptg
Tarikh : 29 ogos 2009 ( sabtu)
Tentatif :
- Iftor Jama'i
- Solat Maghrib berjemaah
- Diskusi Kitab " Ramadhan & Iktikaf " oleh Ust Farhan
- Solat Isya & terawih
- Moreh
- Pembahagian Tabaru'
- Qiamullail perdana
- Sahur
- Solat subuh
- Tazkirah subuh oleh ust Nik Rosdi
Kepada seluruh warga Zagazig antum semua dijemput hadir beramai2 ke majlis ini..
PERHATIAN!! insyallah pada hari tersebut akan dibahagikan tabaru' kepada seluruh wagra Zagazig..Sila jemput seluruh sahabat2 antum yang berada di Zagazig..
Saturday, August 22, 2009
Perhatian!! Hormati MOU yang Telah Dimetrai.
Bertarikh : 29 December 2008
DPMZ (Malaysia) dan DPD PPMI (Indonesia) Mengorak Langkah
25 Disember, Dewan Cendana(Maqar Indonesia)- Liqa’ khas antara pimpinan DPMZ dan DPD PPMI Indonesia yang menjadi agenda tahunan dua persatuan ini diadakan bagi sama-sama membincangkan dan mencari kesepakatan tentang situasi terkini terutamanya di bumi Zagazig ini. Liqa’ ini dihadiri oleh Ketua DPD PPMI Indonesia di Zagazig, Ust Adi Sucipto beserta exco Indonesia dan DPMZ diwakili oleh Penasihat 1, Ust Mumtaz Harun dan Pengerusi DPMZ, Ust Mohd Faizzudin Ghazali beserta beberapa AJKT lain yang turut sama hadir.
Beberapa isu telah dibangkitkan dalam perjumpaan ini, antaranya interaksi antara mahasiswa Indonesia-Malaysia, situasi pelajar perubatan yang semakin membanjiri bumi Zagazig ini, dan kerjasama tahunan antara DPD dan DPMZ serta beberapa hal-hal lain yang telah dibangkitkan.
Setelah dibincang dan diperbahaskan, maka kedua-dua persatuan ini telah mencapai kata sepakat akan mengeluarkan qarar khas terkini untuk semua ahli di Zagazig ini. Antara isi penting di dalam qarar ini adalah dari sudut interaksi antara mahasiswa Indonesia dan Malaysia :
- Setiap mahasiswa/si perlulah menegur sapa antara satu sama lain dan menyebarkan salam di samping melebarkan senyuman antara kedua-dua negara.
- Siswa siswi perlulah menghindari dan mencegah dari berlakunya ikhtilat yang tidak syar’ie antara ikhwah dan akhawat di samping menunjukkan akhlak dan peribadi yang baik antara satu sama lain.
- Mahasiswa dilarang keras merokok di luar terutamanya di hadapan arab bagi menjaga kepercayaan bangsa arab terhadap kita.
- Kekemasan dan kesopanan diri mahasiswa/si perlulah diutamakan bagi mencerminkan peribadi seorang muslim dan muslimah.
- Siswa siswi dinasihatkan supaya tidak memperlihatkan barangan mewah atau berharga di khalayak ramai bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
- Dan yang paling penting, semua pihak dari DPD Indonesia mahupun DPMZ Malaysia berhak menegur mahasiswa/wi yang dilihat melakukan perkara-perkara yang dilarang atau yang tidak baik.
Antara isu lain yang dibincangkan adalah isu harga rumah yang semakin meningkat tinggi sekarang ini. Kedua dua persatuan bersepakat untuk menetapkan harga maksimum bagi sebuah rumah di sekitar kawasan Zagazig adalah tidak melebihi LE 600.
Liqa’ ini juga telah membincangkan Program Kerjasama Tahunan antara DPD Indonesia dan DPMZ Malaysia. Antaranya Majlis Musabaqah Al-Quran, Kejohanan Olahraga, Bazar Gabungan dan Program Ta’lim dari Doktor Kuliah untuk semua mahasiswa/wi.
Di akhir liqa’ ini, Ust Adi Sucipto selaku wakil dari DPD Indonesia mengharapkan agar ukhuwah fillah yang sekian lama erat antara dua negara jiran ini dapat dikekalkan dan sebarang bentuk anasir luar yang ingin memecah belahkan ahli ditolak sama sekali. Semoga kita sama-sama dapat meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH, dan selalu berdoa di samping imtihan yang menjelang ini agar kejayaan milik kita bersama-SUA DPMZ.
Majlis Perasmian Berjalan Dengan Jayannya
Majlis seterusnya diteruskan dengan solat isya' berejmaah dan solat terawih yang diimamkan oleh mahasiswa usuluddin tahun 2 Al-Fadhil Ust Makhzani. Majlis diakhiri dengan makan more yang telah disdiakan oleh unit makanan porgram.
Jadual Kelas Tafaquh Ramadhan.
Waktu : setiap pagi kecuali hari jumaat
Masa : pukul 8pagi
Tempat : Dewan dar Salam
- Sebarang masalah sila rujuk pada exco pendidikan & pengetahuan Ust Anas Zarif.
- Sebarang pertukaran atau masalah akan dimaklumkan insyaAllah.
IQ Ramadhan
- Sekiranya berlaku pertembungan pemenang, peserta yang paling awal menghantar jawapan dikira sebagai pemenang.
- Sebarang ketidak fahaman mengenai persoalan boleh rujuk pada Ust Anas Zarif.
- Keputusan hakim adalah muktamad
Friday, August 21, 2009
Program Penghayatan Ramadhan "Ramadhan Karim, Allahu Akram"
Majlis Perasmian Program Penghayatan Ramadhan :
Tarikh :- 21 ogos 2009
Masa :- Sebelum Maghrib
Tempat : Dewan Dar Salam
Tentatif : solat maghrib berjemaah - majlis perasmian program - solat isya, dan tarawih berjemaaah - moreh - bersurai-
semua Mahasiswa mahasiswi yang berada di DPMZ di jempu hadir beramai-ramai ke majlis ini.
Tadarus Al-Quran :
Kaedah : Mengikut Kamsis
Pelaksanaan : Setiap Hari
Pembahagian tempat & Mas'ul :
1) Salam & Mawaf Tanta ( Ust Zuhaili,Ust Zainullah, Ust Amir Asyraf )
tempat :- Dewan dar Salam
2) Kafr Zend ( Ust Sobri, Ust Akramin )
Tempat :- Rumah Ust Jalaluddin
3) Mawaf Mansurah ( Ust Fizree, Ust Lokman )
Tempat :- Rumah Beg ( Rumah Ust Fizree )
4) Qoumiyah ( Ust Saleh, Ust Anas Zarif )
Tempat :- Markaz Abu Bakar
Masa : Mengikut kepada perbincangan bersama masul yang telah dilantik..
Kelas Tafaquh Ramadhan :
جدوال تفاقه في الدين رمضان
| الكتاب | المدارس | اليوم |
| سيرة | الفاضل الأستاذ جلال الدين حمدان | السبت |
| تحفة السنية | الفاضل الأستاذ معاذ حسن | الأحد |
| صرف | الفاضل الأستاذ محمد حنيف جمال الدين | الاثنين |
| حديث | الفاضل الأستاذ نيق صيف الله نيق محمود | الثلاثاء |
| تحفة السنية | الفاضل الأستاذ معاذ حسن | الأربعاء |
| أيهالولاد | الفاضل الأستاذ روسدي لطيف | الخميس |
P/S: *JADUAL INI BERJALAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN
*MASA BERMULA JAM 8 PAGI
Sehari Bersama BP Angkat :
Tarikh :- 29 ogos 2009
Masa :- Sebelum maghrib
Tempat :- Dewan Dar Salam.
Tentatif :-
- Iftor Jama'i maghrib
- Diskusi kitab "Ramadhan & Iktikaf" Oleh Ust Farhan
- Solat isya' & tarawih
- Moreh
- Qiamullail
- Sahur
- Solat subuh & Tazkirah ramadhan oleh Ust Nik Rosdi
- Solat
* Tarikh tertakluk pada pindaan - dan akan dimaklumkan sekiranya berlaku perubahan -
Monday, August 17, 2009
Sunday, August 16, 2009
Program Penghayatan Ramadhan "Ramadhan Karim, Allahu Akram"
RAMADAN : KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
KELEBIHAN BULAN RAMADAN
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya:
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
(Surah Al-Baqarah: 185)
Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.
Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”
(Hadis riwayat Muslim)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: “Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”
(Shahih Ibnu Khuzaimah)
Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”
(Surah Az-Zumar: 10)
KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN
Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan di dalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan saja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dengan apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya:
“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Adapun kewajipan puasa ini bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar shadiq hingga terbenam matahari, bahkan hendaklah juga menahan anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa dosa, kerana dosa itu boleh melupuskan matlamat puasa. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberi peringatan dalam hal ini sebagaimana sabda Baginda:
Maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanya selain lapar dan dahaga.”
(Ditakhrijkan oleh Ibnu Majah)
MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA
Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut:
1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria.
3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya:
Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.”
(Surah Al-Ma’idah: 42)
4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).
5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.
Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.
Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibuang, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka dia terlindung daripada kerajaan langit.
6) Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
(Surah Al-Baqarah: 183)
PUASA BAGI ORANG-ORANG YANG TAKWA
Di antara huraian atau maksud “Supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” ialah: Orang-orang yang beriman dilarang makan dan minum dan dilarang bersetubuh ketika berpuasa, ialah kerana terdapat hikmah dan faedah yang besar dalam larangan itu. Yang pertama ialah latihan mengendalikan diri. Kalau di sepanjang waktu umat Islam dilarang memakan makanan yang haram, tetapi ketika berpuasa makanan yang halalpun dilarang. Orang yang beriman akan dapat menahan nafsunya semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Walaupun dia hidup terpencil seorang diri, jauh daripada pandangan manusia atau tidak seorang pun manusia melihatnya, namun dia akan tetap berpuasa, sebab dia meyakini bahawa Allah sentiasa melihatnya. Sikap demikian dapat mendidik iradat serta mengendalikan kemahuannya dan dapat juga mengekang nafsunya. Ada dua syahwat yang sangat mempengaruhi hidup, iaitu syahwat faraj (kelamin) dan syahwat perut. Kalau kedua-duanya ini tidak terkendali, maka kemanusiaan manusia menjadi runtuh dan turun bertukar menjadi kebinatangan. Tetapi apabila dapat dikendalikan khususnya dengan berpuasa, kemanusiaan tadi akan naik tingkatnya ke tingkat ketaqwaan.
Mudah-mudahan kelebihan puasa sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah daripada bau-bauan minyak kasturi. Allah ‘azzawajalla berkata: “Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Daripada maksud hadis di atas diharapkan akan mendorong seseorang itu untuk menghidupkan Ramadhan supaya tercapai pula keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)
sumber : www.jomfaham.blogspot.com
Thursday, August 13, 2009
Bicara Pengerusi : Perkasa Tarbiah, Pertingkat Thaqafah.
"…..Saudara-saudara sekalian, saya sudah terpilih untuk memimpin kamu semua, dan saya bukanlah orang yang terbaik diantara kamu sekalian. Kalau saya berlaku baik bantulah saya, kalau anda sekalian melihat saya salah, maka luruskanlah. Kebenaran adalah suatu amanah, dan dusta adalah pengkhianatan. Ikutlah saya selama saya taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Tetapi apabila saya melanggar (perintah) Allah dan RasulNya maka tidak wajib anda sekalian mentaati saya. Marilah kita solat, semoga Allah memberi Rahmat kepada anda sekalian." Kata-kata saidina Abu Bakar As-Siddiq...
Segala puji bagi Allah Taa'la tuhan sekalian alam, setinggi kesyukuran atas rahmat serta nikmat kurniaan-Nya, selaut keampunan dipinta atas segala dosa dan noda hamba kerdil ini yang sering lalai dan alpa atas nikmat yang diberi. Selawat dan salam buat junjungan besar, kekasih hati, insan yang terpilih Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wassalam penghulu sekalian nabi, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta seluruh pejuang Islam yang sentiasa teguh menegakkan kalimatullah yang agung.
Setiap raja pasti akan ada pemangkunya, setiap pemimpin pasti akan ada penggantinya, begitu juga setiap pimpinan dan pemerintahan pasti akan ada silih gantinya. Begitu juga yang turut terakam dalam sejarah kepimpinan Islam pertama yang diketuai oleh Nabi Muhammad SAW, selepas kewafatan baginda zaman kegemilangan Islam diteruskan pula oleh kepimpinan para Khulafa Ar-Rasydin. Itulah lumrah dalam kehidupan, pertukaran kondinasi kepimpinan ini terus menerus diwarisi oleh kepimpinan Islam dari zaman ke zaman. Namun matlamat serta misi yang diperjuangkan oleh setiap kepimpinan adalah kesinambungan dari perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW iaitu menegakkan serta menyebarkan agama Islam di muka bumi .
Kepimpinan DPMZ sesi 08/09 telah melabuhkan tirainya pada 4 ogos yang lalu, kini kepimpinan yang baru tampil mengambil tempat menerajui barisan hadapan saf kepimpinan DPMZ bagi sesi 09/10. Sudah pasti barisan kepimpinan yang baharu ini akan menjadi penyambung mata rantai perjuangan oleh generasi perintis terdahulu. "Perjuangan Ibarat Mata Rantai Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir"
Memetik kata-kata yang diucapkan oleh Saidina Abu bakar ketika awal perlantikan beliau sebagai khalifah Islam, saya bersama sahabat AJKT DPMZ sesi 09/10 dengan rasa rendah diri turut menyelami hal yang sama. Kami bukanlah yang terbaik diantara kalian, ikutlah kami selagi mana kami mentaati serta menuruti setiap landasan perintah Allah Subhanahu Wa Taa'la sekiranya kami melakukan sesuatu perkara yang melanggari perintah-Nya maka tegurlah serta perbetulkanlah kami.
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya” an-Nisa’ 59
PERKASA TARBIAH, PERTINGKAT THAQAFAH
Tarbiah merupakan aspek terpenting dalam agama Islam, jikalau diperhatikan dalam sejarah penyebaran Islam, perkara pertama yang telah dilakukan oleh baginda Rasulullah ialah menerapkan proses tarbiah dalam diri setiap sahabat baginda. Tarbiah terbaik daripada Rasulullah ini ternyata telah mampu membentuk dan melahirkan para mujahid dan syuhada' yang sanggup berkorban demi memperjuang dan mempertahankan Islam walau terpaksa menggadaikan harta juga nyawa mereka.
Saban hari bumi berkat ini menerima kedatangan ramai pelajar Malaysia yang ingin meyambung pengajian mereka. Pertambahan bilangan pelajar al-Azhar mahupun perubatan merupakan satu rahmat serta menunjukkan akan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mendalami ilmu agama. Namun begitu mutakhir ini, secara realitinya banyak perkara yang merunsingkan mulai kedengaran. Antaranya ialah budaya couple, berdating ikhwah dan akhowat, penutupan aurat yang tidak mengikut syaria't dan pelbagai permasalahan lain.
Sehubungan dengan itu pihak DPMZ pada tahun ini akan berusaha penuh dalam menerapkan nilai tarbiah dalam diri setiap ahli DPMZ. Pelbagai kritikan serta cadangan yang bernas telah diterima dalam mesyurat agung yang lalu. Penekanan konsep tarbiah ini akan cuba diterjemahkan sebaiknya dalam pelbagai bentuk program. Antaranya memperkasakan hisbah dan rakan muslim, mempergiatkan perjalanan usrah dan kempen solat berjemaah, mempertingkatkan biah solehah, acara sukan mahabbah dan sebagainya. Segala pelaksanaan program yang akan dilaksanakan tidak akan berjaya tanpa sokongan serta dokongan daripada seluruh ahli DPMZ.
Dari Abu Sa'ad Al-Khudri Radiallahuanhu berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda " Barang siapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubah ( mengingkari) dengan tangannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan lisannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman" HR Muslim.
Selain daripada penekanan terhadap tarbiah, penumpuan terhadap thaqafah ilmiah kepada para ahli juga amat dititik beratkan. Penguasaan ilmu pengetahuan juga adalah sebagai satu lambang serta kayu ukur terhadap kemegahan seseorang. Seindah mana pun rupa seseorang itu, sekaya mana pun dia jikalau tanpa ilmu pengetahuan, tetap akan di pandang enteng oleh masyarakat. Ibarat tin yang dihias indah hanya pada luarannya tetapi kosong didalam tidak berisi.
Daripada Ibnu Abbas Radiyallahu A'nhuma berkata : Telah bersabda Rasulullah S.A.W. “Seorang yang alim itu lebih kuat pengaruhnya atas syaitan daripada seribu a'bid ( yang tidak alim ) “ HR Tarmizi dan Ibnu Majah.
Berbekalkan cadangan yang telah dilontarkan daripada ahli serta program-program yang telah diaturkan sebelum ini, pihak DPMZ dengan bantuan dari sahabat serta sahabiah sekalian akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencernakan budaya cintakan ilmu dalam diri setiap mahasiswa mahasiswi Islam di bumi Zagazig ini. Penekanan terhadap pertuturan dalam bahasa arab juga akan cuba dititik beratkan. Hari jumaat sebagai hari bahasa arab akan di kuat kuasakan.
Madrasah Imam Syafie juga sebagai salah satu medium untuk menyampaikan ilmu turath kepada ahli, selain itu program yang berbentuk ilmiah akan dipertingkatkan lagi bagi merealisasikan harapan serta pencapaian ilmu yang kita impikan. Pihak DPMZ juga amat mengalu-alukan segala hasil terjemahan serta penulisan ilmah hasil kajian dari ahli. Usaha yang bakal diusahakan ini adalah bertujuan untuk mengasah bakat dan kemahiran terpendam yang ada dalam diri individu tertentu, juga bertujuan untuk menterjemahakan segala ilmu yang telah dipelajari dalam satu sudut yang berbeza melalui gaya penulisan.
Walaubagaimana pun, tanpa sokongan serta bantuan daripada para ahli, segala aktiviti juga program DPMZ tidak akan dapat dijalankan dengan baik. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah juga yang menentukan dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Semoga segala rangka program dan perancangan serta penelitian yang ingin dilakukan dapat direalisasikan pada tahun ini insyaAllah.
RAMADHAN KARIM, ALLAHU AKRAM.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila Ramadan tiba, maka pintu syurga akan dibukakan dan pintu neraka akan ditutup serta syaitan akan dibelenggu." (Riwayat Bukhari No. 1898 dan Muslim 1079)
Sejarah kefardhuan puasa ini bermula dalam bulan Syaban tahun yang ke dua hijrah. Namun sebelum itu puasa telahpun diketahui oleh umat-umat sebelumnya dan juga ahli kitab yang hidup sezaman dengan Rasulullah SAW.
Firman Allah yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Di wajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” al-baqarah 183
Dengan keberkatan serta kerahmatan yang melimpah ruah dalam bulan ini, berserta dengan keizinan daripada Allah SWT, DPMZ akan mengadakan program “ Penghayatan Ramadhan” sepanjang bulan ramadhan ini bagi merebut segala pahala yang ditaburkan. Antara program yang akan diadakan ialah tadarus al-Quran sepanjang hari, majlis berbuka puasa dan solat tarawih, diskusi kitab, Qiamullail dan sebagainya. Ana beserta sahabat AJKT mengharapkan komitmen yang terbaik daripada semua ahli untuk turut serta menghidupkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
Akhir kalam ana selaku pengerusi bagi sesi 09/10 beserta sahabat kepimpinan yang lain mengucapkan selamat menghadapi ramadhan yang mulia kepada seluruh ahli DPMZ yang berada di Mesir mahupun di tanah air. Semoga kita semua tergolong dalam kumpulan yang diredhoi serta mendapat keampunan daripada Allah SWT. Perbanyakkanlah amalan kita semua dalam akedemi ramadhan ini agar kita tidak di golongkan bersama golongan yang celaka akibat tidak mendapat keampunan daripada Allah selepas graduate dari akedemi Ramadhan ini.
Salam maghfirah, Kullu sanah wa antum tayyibun .
“SEDETIK BERSAMA SEABAD TERASA”
Pengerusi DPMZ
Sesi 2009/2010
Muhammad Hanif Jamaluddin























