Tuesday, September 29, 2009
Sunday, September 27, 2009
Haflah Aidilfitri PMRAM 2009 (HATI 09)
Posted by UPP DPMZ
On 12:03 AM
Bahang Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa di setiap umat Islam di seluruh dunia termasuk setiap rakyat Malaysia yang berada di Mesir ini. Berada jauh dari kampung halaman, keluarga dan sanak saudara, maka pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sekali lagi akan menganjurkan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi meneruskan kesinambungan pada tahun-tahun yang sebelumnya.
Haflah Aidilfitri PMRAM 2009 (HATI '09) yang akan dianjurkan oleh Lajnah Dan Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan PMRAM pada tahun ini, akan diadakan pada 28 September 2009, bersamaan dengan 9 Syawal 1430H, hari Isnin dan akan bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 4 petang. Beberapa acara menarik akan disajikan pada majlis tersebut seperti persembahan nasyid, tayangan slide show dan banyak lagi. Majlis tersebut juga di bawah kerjasama Unit Dakwah setiap BKAN dan DPM.
Majlis yang bertemakan "Tautan Hati Ukhuwah Terpatri" ini akan diadakan mengikut konsep rumah terbuka dan sekali lagi akan diadakan di Dataran Kompleks Hayyu Asyir. Segala maklumat terkini berkaitan dengan HATI '09, bolehlah menghubungi Pengarah Program, Saudara Meor Mohammad Khairul Anuar bin Hairudin di talian +20167828835 ataupun Timbalan Pengarah 1, Saudara Mohd Yazid bin Pardi di talian +20161531573 ataupun Timbalan Pengarah 2, Saudari Norhidayah binti Abd Rahman di talian +20118202857. Semua rakyat Malaysia yang berada di Perlembahan Nil ini dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan Haflah Aidilfitri PMRAM 2009 (HATI '09)
Sumber : www.pmram.org
Saturday, September 26, 2009
Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Haflah Najihin DPMZ Disambut Meriah !!!
Posted by UPP DPMZ
On 9:28 PM
DEWAN DAR SALAM, 24 September 2009 : Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Haflah Najihin telah diadakan sempena menyambut ketibaan Syawal yang dinanti.Majlis ini diadakan untuk mengukuhkan ukhuwwah sesama mahasiswa Zagazig di hari lebaran serta mendidik para hadirin untuk menikmati hiburan di hari mulia dengan aturan syariat Islam.Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dengan sesi perasmian majlis yang telah disempurnakan oleh Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh selaku BP Angkat Zagazig.Di dalam ucapannya, beliau memberitahu para hadirin mengenai ketibaan Syawal merupakan satu kayu ukur buat para Muslim untuk melihat keberkesanan "Madrasah Ramadhan" serta menjadikan hiburan Islam sebagai santapan utama semasa menyambut Syawal dan bukannya hiburan yang tidak syarie.Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan jamuan sarapan yang disediakan.Para hadirin dihiburkan dengan nyanyian Burdah yang diketuai oleh Ustaz Mohsin sebagai pembuka persembahan majlis.Nyanyian Burdah yang disampaikan telah berjaya menusuk kalbu para hadirin.Selepas itu, setiap persembahan disertai oleh ucapan Penghulu bagi setiap KAMSIS Zagazig.Majlis diteruskan lagi dengan deklamasi sajak secara berduet oleh Ustaz Anas Zharif dan Dr Mazwan Mohd Noh serta penyampaian sajak penuh bertenaga dari Dr Hafiz iaitu mahasiswa baru dari Fakulti Farmasi Universiti Zagazig.Persembahan Nasyid dari Kumpulan In-Saff menyusul pula selepas itu dengan diketuai oleh Ustaz Khairulaizam dan telah menyampaikan 2 buah lagu.Penampilan In-Saff pada majlis ini telah berjaya menambahkan lagi seri majlis.Persembahan yang terakhir ialah pentomen dari Kelab Kebudayaan Dan Kesenian DPMZ.Pentomen yang disampaikan berkonsepkan komedi santai dan mengisahkan 2 orang pemuda Kampung Pening Lalat yang terpisah kerana berkelana ke rantau asing bertemu semula di hari lebaran.Para hadirin dapat menerima mesej bagi setiap persembahan dengan baik.Sebelum jamuan tegahari dihidangkan, para peserta menikmati slide show mengenai program DPMZ sepanjang Ramadhan serta persiapan sempena majlis sambutan hari raya.Majlis sambutan Aidilfiri pada kali ini adalah yang paling meriah sekali sepanjang 16 tahun penubuhan DPMZ di Zagazig.Semoga para ahli dapat menjadikan majlis seumpama ini sebagai penaut ukhuwwah Islamiah sesama ahli.DPMZ berharap majlis ini dapat menjadi satu bentuk tarbiyah kepada ahli untuk mengamalkan Islam secara syumul.Allahuakbar Walillahilhamd !!!
Tuesday, September 22, 2009
PERUTUSAN AIDILFITRI PRESIDEN PMRAM 2009
Posted by UPP DPMZ
On 11:57 PM

PERUTUSAN AIDILFITRI PRESIDEN PMRAM 2009
الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر ولله الحمد
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
Pertama dan selamanya, marilah kita panjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T yang telah mengizinkan kita untuk terus mengecapi nikmat kembali kepada fitrah setelah melalui fasa tarbiyyah di bulan Ramadhan. Selawat dan salam ke atas pahlawan agung, Rasulullah S.A.W yang telah menyempurnakan misi da’wah ke atas manusia agar kembali kepada fitrah mereka.
Sahabat seaqidahku sekalian,
Kita telah melalui fasa tarbiyyah tahunan di bulan Ramadhan yang disebut-sebut sebagai penghulu segala bulan. Selama tiga puluh (30) hari hidup ini menyaksikan pertarungan sengit antara diri yang menuntut fitrah suci dan nafsu yang menuntut agar hidup seolah tidak bertuhan. Saya percaya ramai di kalangan kita bersungguh untuk menjayakan tarbiyyah ini, namun rasa hamba seharusnya tidak bermusim. Sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W;
"اتق الله حيث ما كنت"
Maksudnya “Bertaqwalah kamu di mana sahaja kamu berada”
Bukti kejayaan tarbiyyah Ramadhaniyyah yang telah dilalui, kita tidak akan menjadi golongan Ramadhaniy yang hanya merasa dirinya hamba ketika di bulan Ramadhan sahaja. Malangnya selepas berlalu bulan itu, rasa hamba tersebut hilang dan kembali menjadi manusia yang lupa Penciptanya. Jadilah kita antara golongan yang komited terhadap cara hidup Islam, disebut sebagai golongan Rabbaniy. Semangat berkhidmat untuk agama tidak bermusim, bahkan hidup sebagai hamba perlu diatur persembahannya untuk Allah S.W.T agar hari ini lebih baik dari hari semalam.
Jika dahulu Allah menurunkan wahyu kepada para nabi dan rasul demi peringatan untuk manusia terhadap dosa noda yang telah mereka lakukan. Namun setelah ketiadaan para utusan Allah, adakah mesej peringatan tersebut terus terhenti? Umum mengetahui kini ummat manusia menghadapi pelbagai bala bencana. Sebagai tanda soal buat kita, adakah itu bukan mesej peringatan dari Allah? Penyakit flu H1N1 sebagai contoh, bukankah itu ‘bahasa’ Allah untuk mengingatkan kita betapa jauh kedudukan manusia umumnya dan orang-orang Islam khususnya dari kehidupan Rabbaniy acuan Nabi? Saya percaya semua di kalangan kita tahu erti bala di dalam Islam. Ia bukan sekadar bencana alam atau rencatan sistem kehidupan , sebaliknya ia adalah peringatan dari Allah atas perilaku manusia. Semakin jauh manusia dari cara hidup Islam, semakin berat misi da’wah yang perlu dipikul.
Sahabat seperjuanganku sekalian,
Apabila disebut tanggungjawab da’wah, ia merupakan topik serius yang memerlukan perhatian kita bersama. Imam Hasan al-Banna menyebutkan di dalam artikelnya, sesungguhnya hidup ini sifatnya berkorban bukan hanya menadah tangan dan berserah nasib. Itulah sifat penda’wah yang menjulang panji ketuanan Islam. Mereka mempunyai daya tahan dan jati diri yang tinggi, bersedia untuk berdikari dan memberi.
Golongan penda’wah juga disebut sebagai agen penyatu ummat berdasarkan firman Allah;
“واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا واذكروا نعمة الله عليكم إذ كنتم أعدآء فألف بين قلوبكم”
Maksudnya “Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah, dan jangan berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (di zaman jahiliyyah) berpecah belah, kemudian Allah satukan hati-hati kamu” Surah Ali Imran 103.
Sesungguhnya penyatuan hati hanya dapat dicapai dengan kesungguhan kita berpegang sepenuhnya dengan ajaran Islam yang sebenar. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kini dan selamanya berusaha membawa arus gelombang mahasiswa-mahasiswi Melayu di bumi Mesir ini dengan acuan Islam.Sungguhpun pelbagai tribulasi yang telah dilalui, kini kita tetap masih mampu melangkah ke hadapan membawa agenda kebajikan sejagat dengan gemblengan tenaga PMRAM Pusat dan Cawangan yang terdiri dari Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi (DPM). Ini membuktikan kesatuan hati kita guna untuk menyahut seruan Allah melalui ayat berikutnya;
"ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر"
Maksudnya “Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan menegah dari yang mungkar” Ali Imran 104.
Samada mahu ataupun tidak mahu, kita perlu menyedari harapan ummat terhadap golongan terpelajar seperti kita amat tinggi. Masyarakat tidak mengharap agar kita membawa balik karung emas lambang kemegahan ataupun pakaian ilmu yang si pemakainya buruk akhlak. Sebaliknya apa yang diharapkan semata-mata agar kita mampu menjadi agen perubah masyarakat supaya kembali kepada fitrah asal kejadian manusia yang bertuhan dan sedar diri bahawa dirinya hamba.
Justeru dengan kesedaran itu, PMRAM berasa tanggungjawab memelihara dan mendidik jiwa yang berada di bawah naungannya agar benar-benar memiliki peribadi Rabbaniy. Sangat malang apabila kita hanya menjadi perakam-perakam ilmu sementara peribadinya hancur. Saidina Umar R.A telah menegaskan;
“Sesungguhnya aku sangat takut golongan yang ‘alim lisan dan jahil hati”
Sama-sama kita koreksi diri, adakah kita telah menyempurnakan harapan Rasulullah S.A.W yang berbunyi;
"إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق"
Maksudnya “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan misi memuliakan akhlak”
Sahabat yang dikasihi sekalian,
Di musim ini, kita ditarbiyyah oleh Allah dalam keadaan senang. Ramadhan dihampar ketenangan beribadah, juadah berbuka yang mudah diperolehi dan pelbagai. Menyambut Syawal dengan debaran gembira dapat menyucikan diri kembali kepada fitrah.
Bandingkanlah antara nasib kita dan nasib saudara-saudara kita yang ditindas. Tanah air mereka diceroboh dan hidup mereka hancur disebabkan keghairahan penguasa dunia yang lagaknya seperti tuhan. Bumi tertindas Palestin, Chechnya, Afghanistan dan banyak lagi bumi umat Islam tertindas yang belum diperhati dunia. Jadikanlah memori hidup mereka sebagai memori hidup kita. Tarbiyah Ramadhan mengajar kita untuk mengingati saudara-saudara kita di sana. Janganlah kita hanya sekadar ditarbiyah tetapi kesedaran itu masih belum timbul. Lakukanlah tindakan yang membuktiukan bahawa kita menyedari akan keadaan tersebut. Sebagai membuktikan kesungguhan, PMRAM dengan tanggungjawab kebajikan atas nama Islam sehingga kini meneruskan usaha membantu mereka semampu mungkin. Isu Gaza yang lepas membuktikan PMRAM tidak ketinggalan menghulurkan bantuan dengan gemblengan usaha diseluruh saluran yang ada samada daripada PMRAM Pusat mahupun Cawangan sehingga berjaya mengumpulkan LE 100,000. Itulah kekuatan yang ada hasil daripada kesatuan hati yang kita pupuk selama ini.
Satu Fikrah Satu Amal
Semoga slogan ini akan terus kita jayakan di setiap peringkat kerana kita adalah PMRAM. Tiada yang mustahil untuk kita capai sekiranga kita bersatu mengembleng tenaga. Sempena hari lebaran ini sama-samalah kita mengenang nasib ummat Islam yang tertindas, moga-moga dengan kesedaran tersebut meledakkan semangat kita agar terus istiqamah dalam jalan da’wah ini demi melihat kalimah LAILAHAILLAH tertegak dan dijulang tinggi.
Salam Syawal 1430H, siru ala barakatillah…
Abdul Mu’izz bin Muhammad
Presiden PMRAM 2009
Majlis Takbir Raya
Posted by UPP DPMZ
On 11:06 AM
ZAGAZIG, 19 September 2009 : DPMZ telah mengadakan Majlis Takbir Raya sempena menyambut kedatangan Aidilfitri.Majlis ini bertujuan untuk memberi pengisian bermanfaat kepada para ahli sempena menyambut bulan Syawal yang mulia.Majlis telah dimulakan dengan Iftor Jamaie dan seterusnya solat Maghrib berjemaah.Selepas itu, para hadirin menunggu pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri.Para hadirin kemudiannya menunaikan solat Tasbih dan Isyak berjemaah.Selepas itu, barisan AJKT serta ahli DPMZ telah mengunjungi rumah-rumah terpilih dari setiap KAMSIS untuk bertakbir raya.Semoga majlis ini dapat menautkan ukhuwwah para ahli DPMZ sempena Syawal yang tiba.Eid Mubarak.....
Penghayatan Ramadhan 2009/1430H : Majlis Penutup & Khatam Al-Quran
Posted by UPP DPMZ
On 10:49 AM
DEWAN DAR SALAM, 17 September 2009 : Majlis Penutup Program Penghayatan Ramadhan 2009/1430H Dan Khatam Al-Quran telah diadakan dan telah dihadiri oleh 100 orang hadirin yang terdiri dari kalangan mahasiswa lama dan baru.Majlis ini merupakan penutup bagi Penghayatan Ramadhan 2009/1430H yang telah diadakan dengan jayanya sepanjang bulan Ramadhan.Majlis bermula selepas Asar dengan Majlis Khatam Al-Quran oleh para ahli DPMZ yang telah menyertai Tadarrus Al-Quran sepanjang Ramadhan.Iftor Jamaie pula menyusul selepas itu.Majlis Penutup bermula selepas solat Maghrib berjemaah dan disempurnakan oleh Badan Pengurus Angkat bagi Zagazig iaitu Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh.Di dalam ucapannya, beliau menekankan para ahli mengenai kemestian untuk mengambil berat mengenai isu-isu umat Islam serta menjadikan Ramadhan yang telah dilalui sebagai madrasah untuk mendidik jiwa sebagai manusia yang beriman kepada Allah.Selepas itu, para hadirin menunaikan solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah.Majlis "Bersama BKAN" telah diadakan bersama mahasiswa baru.Majlis ini bertujuan untuk memberi pengenalan dan penerangan mengenai Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) kepada mahasiswa Perubatan baru.Program ini telah berjaya memberikan kesempatan kepada mahasiswa baru untuk membuka jalinan ukhuwwah bersama seluruh mahasiswa Mesir dari negeri masing-masing.DPMZ berharap para ahli mendapat manfaat serta kebaikan daripada program yang diadakan sepanjang Ramadhan kali ini.Ramadhan Karim Allhu Akbar.
Penghayatan Ramadhan 2009/1430H : Iktikaf 10 Malam Terakhir
Posted by UPP DPMZ
On 10:28 AM
MASJID SALAM, 10-18 September 2009 : DPMZ telah mengadakan program "Iktikaf 10 malam Terakhir" sempena meraikan kedatangan Lailatul Qadr.Program ini bertujuan untuk mendidik jiwa ahli supaya sentiasa meningkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia.Iktikaf telah diadakan di Masjid Salam dengan mendapat keizinan daripada pihak keselamatan Mesir.Iktikaf bermula dari jam 11 malam sehingga 3.15 pagi.Selepas tamat beriktikaf para ahli yang menyertai program ini dijamu dengan juadah sahur di Dewan Dar Salam.Pada 16 September pula, seramai 118 mahasiswa Perubatan baru telah menyertai majlis sahur di Dewan Dar Salam.Program ini telah berjaya menarik penyertaan yang agak memberangsangkan daripada para ahli DPMZ sama ada daripada ikhwah dan akhawat.DPMZ berharap para ahli dapat meningkatkan amal ibadat selepas melalui Madrasah Ramadhan pada sesi kali ini.
Monday, September 14, 2009
Thursday, September 10, 2009
Pengahayatan Ramadhan 2009/1430H ; Ceramah Nuzul Quran & Badr Kubra
Posted by UPP DPMZ
On 5:35 PM
DEWAN DAR SALAM, Selasa, 8 Ogos 2009 : DPMZ telah mengadakan Ceramah Nuzul Quran Dan Badr Kubra sempena memperingati peristiwa penting bagi umat Islam yang berlaku di dalam bulan Ramadhan.Program ini juga bertujuan untuk membangkitkan semangat para ahli bagi mempertahankan Islam setelah terlalu banyak peristiwa penghinaan terhadap Islam yang berlaku sepanjang Ramadhan kali ini.Majlis dimulakan dengan Iftor Jamaie.Jumlah kedatangan ahli yang hadir pada program kali ini agak memberangsangkan.Majlis ceramah telah bermula selepas para hadirin bersolat Maghrib berjemaah.Pengisi bagi slot ceramah ialah Ustaz Nazrul Nasir.Di dalam pengisian ceramahnya, beliau menekankan para ahli mengenai kepentingan beradab dengan Rasulullah, para sahabat serta ulama dan kepentingan umat Islam masa kini untuk menangkis tohmahan terhadap Islam.Beliau juga memberitahu para ahli mengenai peristiwa perang Badar dan hikmahnya kepada umat Islam.Selepas itu, para hadirin bersolat Isyak dan Tarawih berjemaah.DPMZ berharap para ahli dapat mengambil manfaat melalui penyertaan di dalam program ini serta
dapat membina semangat untuk menggembleng kekuatan mempertahankan Islam.
Monday, September 7, 2009
Penyertaan Iktikaf 10 Malam Terakhir Ramadhan segera!!
Posted by UPP DPMZ
On 12:49 PM
Tarikh : Malam 20 ramadhan/ 9 september 2009 - malam 29 Ramadhan/ 18 September 2009
Tempat : Masjid Haji Abdul Salam - Masjid Salam -
Penyertaan : kepada semua ikhwah & akhawat yang berada di Zagazig
* Kepada sesiapa yang ingin menyertai iktikaf ini sila serahkan nama,no pasport & kuliah pada Al-Fadhil Ust Hanif (0100732482 atau id pngerusi : pngrsi_dpmz) pada HARI INI 7 SEPTEMBER 2009 untuk diserahkan kepada Amnu Daulah...
* Bagi penyertaan sahur boleh memberi nama antum pada Ust Shobri 0117926442 beserta LE 30 sebelum 19 Ramadhan / 9 september..
Sunday, September 6, 2009
Haflah Najihin & Qiamullail 10 Malam Terakhir Ramadhan
Posted by UPP DPMZ
On 7:46 PM
1) Haflah Najihin
Pengenalan : Haflah Najihin adalah sebuah program yang diadakan khas bagi mahasiswa/wi yang telah berjaya dalam peperiksaan. Majlis ini diadakan sebagi satu anisiatif pihak DPMZ berbekalkan idea dari generasi-generasi perintis untuk mahasiswa/wi yang ingin mengadakan kenduri kesyukuran sempena dengan kejayaan yang diperolehi dalam peperiksaan. Setiap mahasiswa/wi yang menyertai majlis ini akan menyumbangkan sumbangan mereka bersama bagi mengadakan majlis kesyukuran ini.
- Penyertaan boleh diserahkan kepada Ust Akramin
- Minima penyertaan adalah LE 20 ( jikalau lebih amat dialu-alukan)
- Penyertaan hendaklah dibuat sebelum 1 Syawal 1430h / 20 September 2009.
- Terbuka kepada seluruh mahasiswa/wi DPMZ2) Iktikaf 10 Malam Terakhir
Tarikh : 9-19 september 2009
Tempat : Masjid Salam
Masa : Bermula selepas solat terawih hingga sahur
Sahur : Sahur disediakan bagi mereka yang membuat pendaftaran.
Bayaran : LE 30 untuk 10 hari
Waktu : Jam 3.15 pagi
Pendaftaran boleh dibuat kepada Ustaz Sobrie selewat2nya sebelum 19 Ramadhan/ 9 September
Saturday, September 5, 2009
Majlis Ceramah Nuzul Al-Quran & Badr Kubra
Posted by UPP DPMZ
On 12:19 PM
Tarikh : 8 September 2009
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Dar Salam
Aktiviti :
- Pertandingan hafazan ( petang )
- Iftor Jama'ie
- Solat Maghrib berjemaah
- Ceramah Nuzul Al-Quran & Badr Kubra oleh Ustaz Nazrul Nasir
- Solat Isya & Terawih
Penyertaan pertandingan hafazan
- Daftar nama kepada Ust Shobri selewat-lewatnya 7 september 2009
- Terbuk akepada seluruh warga DPMZ
- Hanya Surah Al-Baqarah sahaja akan dipertanyakan.
Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk terus kepada Ust Shobri atau pada ID YM pngrsi_dpmz
DPMZ Merintis Hubungan Luar Bersama DPD-PPMI Zagazig
Posted by UPP DPMZ
On 11:25 AM
Barisan wakil AJKT DPMZ sedang berbincang dengan barisan Pengurus DPD-PPMI Zagazig mengenai masa depan Mahasiswa Islam kedua-dua belah negara
DEWAN DAR SALAM, Khamis, 3 September 2009 : DPMZ telah mengorak langkah baru dalam hubungan dengan persatuan luar negara apabila mengadakan perjumpaan dengan barisan saf kepimpinan Dewan Pengurus Daerah Indonesia (DPD-PPMI) cawangan Zagazig pada jam 10.00 malam.Barisan AJKT DPMZ telah diketuai oleh Pengerusinya iaitu Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin dan barisan kepimpinan Pengurus DPD-PPMI Zagazig diketuai oleh Ketuanya iaitu Ustaz Ekta Yoda Perdana.Perjumpaan ini telah membincangkan beberapa isu penting dalam usaha untuk memantapkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua buah persatuan yang mewakili negara masing-masing.Antara perkara yang dibincangkan ialah program yang boleh dianjurkan bersama oleh kedua-dua belah pihak seperti program berkaitan ilmiah, pemantapan akademik, kejohanan sukan serta acara kebudayaan.Sesungguhnya, hubungan dua hala ini amat penting dalam menjana kesatuan ukhuwwah di kalangan mahasiswa Islam Nusantara dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam banyak bidang yang amat penting bagi mahasiswa terutamanya bidang thaqafah dan akademik.DPMZ berharap segala perancangan yang telah dibuat bersama DPD-PPMI Zagazig dapat memberikan natijah terbaik dalam usaha memartabatkan Islam sebagai ad-din yang syumul.Insya Allah.
Friday, September 4, 2009
Bayaran Zakat Fitrah ; Tunaikan Kewajipan Anda!!
Posted by UPP DPMZ
On 10:22 PM
Bayaran Zakat Fitrah 1430H boleh dibayar kepada Us Lokman Sulaiman.Bayaran adalah sebanyak LE 10.Setiap ahli DPMZ digalakkan untuk membayar zakat supaya ia dapat digunakan untuk tujuan kebajikan kepada ahli-ahli yang memerlukan bantuan."Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing".Bersama kita jayakan hasrat murni ini.
Tuesday, September 1, 2009
Penghayatan Ramadhan 2009/1430H : Sehari Bersama BP PMRAM
Posted by UPP DPMZ
On 3:26 PM
DEWAN DAR SALAM, Sabtu, 29 Ogos 2009 : Majlis Sehari Bersama Badan Pengurus PMRAM telah diadakan pada tarikh ini.Ustaz Muhd Farkhan Md Zain dan Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh telah hadir ke program ini selaku BP Angkat bagi DPMZ.Majlis telah dimulakan pada jam 6 petang dengan bacaan Yassin berjemaah yang telah diketuai oleh Ustaz Khairuddin.Para ahli telah memenuhi ruang dewan sebelum majlis berbuka puasa diadakan.Selepas itu, majlis berbuka puasa diadakan dan para ahli kemudiannya menunaikan solat Maghrib berjemaah.Pada jam 7.30 malam, Ustaz Farkhan Md Zain telah mendiskusikan sebuah kitab berbahasa Melayu yang bertajuk "Puasa Dan Iktikaf".Kitab ini ialah hasil karangan salah seorang Badan Pengurus PMRAM iaitu Ustaz Muhammad Zuhaili Saiman dan setiap keuntungan akan dimasukkan ke dalam Dana Syaqah PMRAM.Ustaz Farkhan telah memberi kupasan mengenai bulan Ramadhan, kewajipan berpuasa ke atas umat Islam, perkara-perkara penting mengenai puasa dan fiqh puasa.Beliau juga mengupas mengenai kaedah rukyah hilal (melihat anak bulan) iaitu suatu perbahasan yang penting dalam menentukan tarikh berpuasa Ramadhan.
Selepas itu, para hadirin menunaikan solat Isyak serta solat Tarawih berjemaah.Para ahli kemudiannya berehat sebelum menunaikan Qiamullail pada jam 2.30 pagi dan bersahur.Selepas menunaikan solat Subuh berjemaah, Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh memberikan Kuliah Subuh.Beliau bayak memberikan peringatan kepada para hadirin mengenai keperluan bagi setiap individu Muslim untuk bermuhasabah diri untuk melihat segala amalan kebaikan serta perbuatan yang dilakukan sepanjang Ramadhan.Beliau juga menekankan para hadirin supaya sentiasa peka terhadap isu semasa yang membabitkan umat Islam serta penghinaan terhadap Islam yang banyak berlaku kebelakangan ini seperti kes sebatan terhadap Kartika dan isu penghinaan Sisters In Islam (SIS) terhadap perlaksanaan Perundangan Syariah di Malaysia.Beliau mengharapkan para ahli DPMZ hidup bersatu-padu dan memastikan tiada perpecahan yang berlaku di kalangan mahasiswa Mesir.DPMZ berharap program ini dapat meningkatkan thaqafah para ahli serta meribat ukhuwwah sesama ahli demi menjulang martabat Islam.


















