Friday, September 24, 2010

Tahniah Us Mumtaz Sekeluarga

Posted by UPP DPMZ On 2:33 AM



Alhamdulillah pada 20 September yang lepas pasangan Ust Mumtaz Harun dan Ust Faezah Spian telah dikurniakan seorang lagi cahaya mata yang bakal menyinari hidup mereka. Putera tersebut selamat dilahirkan pada pukul 7.15 malam di Hospital Taisir, Mauqif Mansurah dengan berat 2.6kg. Pihak DPMZ mengucapkan jutaan tahniah di atas kelahiran putera tersebut dan moga-moga putera ini bakal bersama-sama berjuang menegakkan syiar Islam dan menyebarkan wadah yang diberkati Allah ini insyaAllah.








Us Mumtaz bersama bayi di samping sebahagian barisan AJKT DPMZ.

Tuesday, September 21, 2010

Himpunan Aktivis PMRAM Kali ke-2 : Pengarah Dan Timbalan Pengarah Sila Laporkan Diri

Posted by UPP DPMZ On 11:52 PM





Zuhaili.jpgKAHERAH, 21 September - Makluman penting kepada seluruh Pengarah dan Timbalan Pengarah bagi unit-unit di bawah PMRAM sesi 2010, Himpunan Aktivis PMRAM kali ke-2 akan diadakan dalam masa terdekat ini. Seluruh Pengarah dan Timbalan Pengarah diminta untuk melaporkan diri kepada Badan Pengurus dan HEWI PMRAM yang melibatkan portfolio masing-masing, dan mengosongkan waktu yang akan dimaklumkan secara langsung oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah PESAT.

Monday, September 20, 2010

Apakah Itu Hepatitis A?

Posted by UPP DPMZ On 4:41 AM





HEPATITIS ialah penyakit radang pada hati yang berpunca daripada jangkitan virus selain penyakit auto imun serta turut dikaitkan dengan pengambilan alkohol yang berlebihan. Ia adalah isu yang sentiasa relevan dalam dunia perubatan, apatah lagi ia membabitkan salah satu organ penting badan iaitu hati.

Hepatitis A : Lebih Dari 6 Kes Diterima

Posted by UPP DPMZ On 4:38 AM

KAHERAH, 18 September - PMRAM menerusi Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan hari ini menasihati seluruh mahasiswa supaya senantiasa menjaga pemakanan terutama di musim awal perkuliahan ini.

Berdasarkan laporan  yang diterima sepanjang Ramadhan dan Syawal ini, terdapat lebih dari 6 kes masalah kesihatan yang diterima dari ahli.

Thursday, September 16, 2010

Kemeriahan Syawal Sama Dirai Di SHARAFAN 10..

Posted by UPP DPMZ On 5:20 PM




DEWAN DARUL WEHDAH, AHAD, 12 SEPTEMBER: Alhamdulillah Sambutan Hari Raya Dan Haflah Najihin peringkat DPMZ (SHARAFAN 10) telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil Badan Pengurus PMRAM yang hadir iaitu Al-Fadhil Us Muhd Taufiq Dahlan dan Al-Fadhil Us Muhammad Alhidayat bin Khalid.

Raya Di Zagazig...

Posted by UPP DPMZ On 5:17 PM



Alhamdulillah setelah selesai sebulan kita mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah, kini telah tiba hari kemenangan yang telah dijanjikan kepada kita iaitu Aidilfitri Al-Mubarak. Suasana pagi raya di Zagazig pastinya berbeza berbanding tempat-tempat lain terutamanya di tanah air kita.

Wednesday, September 8, 2010

Progam Penghayatan Ramadhan Melabuhkan Tirai

Posted by UPP DPMZ On 5:29 AM







DEWAN DARUL WEHDAH, SELASA, 7 SEPTEMBER 2010: Alhamdulillah dgn limpah rahmat dan barakahNya Majlis Penutup bagi Program Penghayatan Ramadhan 1431 yang telah berjalan sepanjang Ramadan kali ini telah dilaksanakan dengan jayanya.

Friday, September 3, 2010

Muhadharah Ilmiah IHTIRAM 1431H

Posted by UPP DPMZ On 6:55 PM


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) akan mengadakan Muhadharah Ilmiah sempena Ihya` Tarbawi Ramadhan (IHTIRAM). Tetamu jemputan untuk menyampaikan pengisian ini ialah Syeikh Dr Rif`at Fauzi.Seluruh mahasiswa dijemput hadir di Dataran Hayyu Asyir pada jam 8.30 malam esok. Ayuh bersama kita mengisi Ramadhan 1431H dengan pengisian ilmiah.

Thursday, September 2, 2010

Forum Ramadhan Medan Mentarbiyyah Ahli DPMZ

Posted by UPP DPMZ On 12:08 AM


Tenang.....  Dr Ermyzal Nazirul mengemudi majlis dengan baik bersama para panelis

DEWAN DARUL WEHDAH, RABU, 1 SEPTEMBER 2010: Alhamdulillah puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan inayahNya pihak DPMZ telah berjaya menganjurkan iftor jamaie dan satu forum sesudahnya berkaitan Badr Al-Kubra dan Nuzul Quran. Forum tersebut telah berpanelkan Al fadhil Us Mohd Azrul Bin Ismail dan Al Fadhilah Ust Nur Ain, iaitu HEWI angkat DPMZ sendiri.

Sahabat