Sunday, October 31, 2010

Takziah Buat Saudara Muhammad Khairi Bin Jubir Sekeluarga

Posted by UPP DPMZ On 10:49 PM


         Assalamualaikum wbt. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Setiap yang bernyawa pasti akan mati, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

          Barisan AJKT DPMZ serta seluruh warga DPMZ mengucapkan takziah kepada Muhammad Khairi Bin Jubir  ( Tahun 2 Kuliah Usuluddin Dan Dakwah, Al-Azhar Zaqaziq) sekeluarga di atas pemergian ayahanda beliau yang pergi menemui Rab Izzati. Pihak DPMZ mendoakan semoga arwah ayahanda beliau ditempatkan bersama para solihin & para anbiyail mursalin di syurga Allah.

            Semoga Saudara Khairi dapat tabah dan sabar dengan ujian ini. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar. Bersama-sama kita sedekahkan Al-fatihah serta memberikan semangat kepada mereka agar dapat menempuhi ujian ini. 

Selamat Datang Duta Besar Malaysia Yang Baru

Posted by UPP DPMZ On 12:08 AM


DPMZ mengucapkan tahniah di atas perlantikan Tuan Yang Terutama Profesor Madya Dr. Fakhrudin Bin Abdul Mukti sebagai Duta Besar Malaysia Ke Kaherah, Mesir. Semoga perlantikan beliau sebagai Duta Besar Malaysia yang baru dapat membantu seluruh warga Malaysia khususnya mahasiswa di Ardul Kinanah. DPMZ juga berharap Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dapat mengukuhkan hubungan dengan kerajaan Mesir serta seluruh warga mahasiswa Malaysia dengan kehadiran beliau. Ahlan wasahlan wa marhaban daripada mahasiswa Zagazig buat TYT Prof. Madya Dr. Fakhrudin Bin Abdul Mukti.  

Monday, October 25, 2010

Takziah Buat Saudari Nur Adila Bte Kamaruddin Sekeluarga

Posted by UPP DPMZ On 7:40 PM



           Assalamualaikum wbt. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Setiap yang bernyawa pasti akan mati, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

          Barisan AJKT DPMZ serta seluruh warga DPMZ mengucapkan takziah kepada Nur Adila Binti Kamaruddin  (Tahun 5 Kuliah Perubatan) sekeluarga di atas pemergian ayahanda beliau yang pergi menemui Rab Izzati. Pihak DPMZ mendoakan semoga arwah ayahanda beliau ditempatkan bersama para solihin & para anbiyail mursalin di syurga Allah.

            Semoga Saudari Nur Adila dapat tabah dan sabar dengan ujian ini. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar. Bersama-sama kita sedekahkan Al-fatihah serta memberikan semangat kepada mereka agar dapat menempuhi ujian ini. 

Isu Keselamatan Di Tanta : Pengakuan Pengarah JPMK Menandatangani Surat 'AC' Medic Mesir

Posted by UPP DPMZ On 7:29 AM



Susulan daripada pertemuan saya selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta, Us.Sulaiman Bin Ismail dan Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta saudara Mohd Azhan Bin Hamdan bersama En.Shaiful Bin Muhammad, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah seperti yang telah dilaporkan sebelum ini. Maka, semalam bertarikh 21/10/2010 saya  bersama beberapa orang ahli Dewan Perwakilan Mahasiwa Tanta sekali lagi ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah untuk bertemu sendiri dengan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Profesor Jamil Bin Hashim bagi mendapatkan penjelasan berkaitan surat yang telah dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada agensi Medic Mesir.

Sunday, October 24, 2010

Melakar Cinta Di Pintu Syurga

Posted by UPP DPMZ On 6:27 PM



Unit Biah Solehah (UBS) DPMZ akan mengadakan forum yang bertajuk "Mencari cinta di bumi anbiya" bersempena dengan Siri Jelajah Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan PMRAM ke seluruh cawangan. Antara fokus utama untuk forum ini ialah mencari cinta hakiki yang diredai Allah, pembentukan jiwa Muslim yang  diberkati Allah serta pembinaan Bait Muslim sebagai salah satu tingkatan (marhalah) dakwah Islamiyyah. Seluruh mahasiswa dijemput hadir ke program ini. Jangan ketinggalan untuk mengetahui informasi berguna untuk diri anda. 

Disediakan oleh : Unit Biah Solehah DPMZ 2010/11

Thursday, October 21, 2010

Bengkel Kem Latihan Penulis Siri I Pada 23hb Oktober

Posted by UPP DPMZ On 12:01 AM





kelap pmram 2010.jpgBadan Penerangan dan Penerbitan PMRAM dan Unit Penerangan dan Penerbitan HEWI PMRAM dibawah satu Unit Kem Latihan Penulis (KELAP) akan mengadakan program Seminar & Bengkel Penulisan:

Tarikh : 23 Oktober 2010
Tempat : Rumah Kelantan, Hayyu Sabiek
Waktu  : 7 pagi hingga 4 petang

Tarikh tutup pendaftaran : 22 Oktober 2010
Untuk pendaftaran hubungi (Ahmad Ulwan-0149476256)
(Siti Hajar -0146797847)
 

Bagi peringkat Zagazig sila hubungi (Zul Haiqal b. A. Rahim - 0146797838) atau boleh terus menghubungi nama yang tertera di atas.


Yuran : LE 10

Harap maklum.

Wednesday, October 20, 2010

Kenyataan Rasmi Pengerusi DPMT Mengenai Situasi Terkini Di Tanta

Posted by UPP DPMZ On 12:02 AM


Sejak kebelakangan ini kita dibanjiri dengan pelajar-pelajar daripada pengajian Perubatan. Saban tahun kuantitinya semakin bertambah. Sebilangan ramai  daripada pelajar tersebut datang melalui tajaan JPA, agen QAS dan Medic Mesir.

Tuesday, October 19, 2010

Kenyataan Rasmi DPMZ Mengenai Situasi Terkini Di Tanta

Posted by UPP DPMZ On 11:59 PM


DPMZ MENYATAKAN KEKESALAN TERHADAP TINDAKAN AGENSI MEDIC MESIR YANG AKAN MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN MAHASISWA DI TANTA

          Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita terus menjadi khalifah di muka bumi ini. Selawat dan salam juga kepada junjungan mulia Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda.

Friday, October 15, 2010

Takziah Buat Saudara Fizree Abu Bakar dan Saudara Afiq Abd Aziz Sekeluarga

Posted by UPP DPMZ On 7:01 PM

  


          Assalamualaikum wbt. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Setiap yang bernyawa pasti akan mati, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

          Barisan AJKT DPMZ serta seluruh warga DPMZ mengucapkan takziah kepada Saudara Fizree Bin Abu Bakar (Tahun 3 Usuluddin Syu'bah Tafsir) dan Saudara Afiq B. Abd Aziz (Tahun 3 Kuliah Perubatan) sekeluarga di atas pemergian ayahanda masing-masing yang pergi menemui Rab Izzati. Pihak DPMZ mendoakan semoga arwah ayahanda mereka ditempatkan bersama para solihin & para anbiyail mursalin di syurga Allah.

            Semoga kalian dapat tabah dan sabar dengan ujian ini. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar. Bersama-sama kita sedekahkan Al-fatihah serta memberikan semangat kepada mereka agar dapat menempuhi ujian ini. 

Thursday, October 14, 2010

Jaulah Ilmiah Kaherah Mengimbau Keagungan Tamadun dan Sejarah Islam

Posted by UPP DPMZ On 12:55 AM


KAHERAH, 6 Oktober 2010 : Seramai 106 orang mahasiswa dan mahasiswi telah turut serta dalam menyertai dan menjayakan Jaulah Ilmiah Kaherah yang telah dianjurkan Unit Sambutan dan Rehlah DPMZ 10/11.

Wednesday, October 13, 2010

Muslimah Duta Pengubah Masyarakat

Posted by UPP DPMZ On 1:56 PM





wanita-kecil.jpgTanggungjawab menegakkan syariat Allah bukan sahaja menjadi tanggungjawab golongan muslimin, sebaliknya kaum muslimat juga turut terlibat secara langsung melaksanakan tuntutan tersebut. Agama Islam sebagai agama yang syumul tetap mengiktiraf peranan dan akhlak yang dimiliki oleh kaum muslimat untuk sama-sama menggemblengkan tenaga mereka.

Sunday, October 10, 2010

Senarai Nama Kumpulan Rakan Muslim 2010/11

Posted by UPP DPMZ On 1:24 PM


KUMPULAN RAKAN MUSLIM
(PENGAJIAN ISLAM)
DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA ZAGAZIG
2010/2011


KUMPULAN 1
NAQIB                       : ZUHAILI BIN ZANAL ALI

AHLI USRAH :
BIL
NAMA
KULIAH
1
Ismail Bin Zulkifli
Syariah Islamiah
2
Muhd Khairul Anwar Bin Sairi
Bahasa Arab
3
Muhammad Hasanol Hibri Bin Sapuan
Bahasa Arab
4
Mohd Fazri Bin Ahmad
Bahasa Arab
5
Muhammad Hafizzuddin Bin Mohd Noor
Bahasa Arab
6
Muhammad Muhsin Bin Abdullah
Bahasa Arab
7
Mohd Farikh Ihsan Bin Mohammad
Bahasa Arab
8
Muhammad Amirul Hafiz Bin Hassan
Usuluddin
9
Mohamed Zulfiqar Bin Mohamed Akram
Usuluddin
10
Mohd Amirul Adli Bin Othman
Usuluddin
11
Ali Atif
Usuluddin


Friday, October 8, 2010

SELAMAT DATANG MAHASISWA BARU KE BUMI ‘KUDA PUTIH’

Posted by UPP DPMZ On 10:39 PM



ZAGAZIG, 30 September 2010 – Sebuah program telah diadakan di Dewan Darul Wehdah untuk memperkenalkan mahasiswa baru kepada bumi Zagazig dan beberapa faktor keselamatan yang perlu diberi penekanan di sini.
Program anjuran Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) yang diberi nama Majlis Tautan Ukhuwah dan Mahabbah (M2M) itu juga bertujuan memberi penerangan mengenai DPMZ dan PCZ.

Sunday, October 3, 2010

ARMA & Dana Syaqah : PMRAM Optimis

Posted by UPP DPMZ On 8:45 PM

KAHERAH, 2 Oktober - Pameran bergerak Unit Panitia ARMA bersama-sama dengan Unit Dana Syaqah yang berlangsung pada hari ini berjalan dengan lancar. Pameran yang diadakan di hadapan rumah BKAN Pulau Pinang tadi bermula seawal 9.30 pagi dengan sesi lawatan untuk pihak akhwat.

DPMZ Perkukuh Hubungan Dua Hala Dengan DPD–PPMI

Posted by UPP DPMZ On 8:44 PM



ZAGAZIG, 28 September 2010 - Satu pertemuan di antara wakil DPMZ dan wakil DPD telah diadakan di Dewan Darul Wehdah pada pukul 9.15 malam. 
 
                 Pertemuan tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang AKJT DPMZ yang diketuai oleh Pemangku Pengerusi DPMZ Sesi 2010/2011, Saudara Muhamad Zuhaili Zanal Ali, Pengerusi Perubatan Cawangan Zagazig (PCZ), Saudara Abdul Hadi Muhd Zuki bersama Ketua DPD-PPMI Zagazig Sesi 2010/2011, Saudara Saif Ramadhan Hasan Basri dan beberapa orang Pengurus DPD.

Sahabat