Monday, November 29, 2010

Kalam Pengerusi DPMZ: Semua Pihak Memainkan Peranan

Posted by UPP DPMZ On 3:32 PM


Assalamu’alaikum w.b.t.

Segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah S.W.T. kerana telah mempertemukan kita dengan jalinan persaudaraan kerana Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W. yang telah mewariskan kita selaut tanggungjawab perjuangan Islam yang tiada henti.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” Surah Al-Hujuraat, ayat kesepuluh.

Thursday, November 25, 2010

DPMZ Menyampaikan Sumbangan Kepada Ahli

Posted by UPP DPMZ On 12:45 AM

Pengerusi DPMZ menyerahkan sumbangan kepada Saudara Muhamad Mumtaz Harun

ZAGAZIG, 20 November 2010 - Pengerusi DPMZ, Saudara Muhammad Lokman Bin Sulaiman bersama beberapa orang AJKT DPMZ telah menziarahi rumah Saudara Muhamad Mumtaz Bin Harun bagi menyerahkan hasil sumbangan derma kilat yang telah dilancarkan.
              Sumbangan bertujuan bagi meringankan beban beliau sekeluarga yang baru sahaja menerima kelahiran putera baru mereka pada September yang lalu yang telah menelan perbelanjaan kos pengurusan kelahiran kira-kira LE3000.

Tuesday, November 23, 2010

Tahu, Mahu Dan Jihad

Posted by UPP DPMZ On 2:02 PM

Manusia ditaklifkan dengan untuk tiga perkara; menjadi a'bid iaitu hamba, daei' iaitu pendakwah dan menjadi khalifah iaitu penjaga alam ini.

Hampir semua orang tahu perkara ini.
Sebahagian dari mereka mahu untuk menjalankan tugas-tugas tersebut.
Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermujahadah (jihad) untuk melakukannya.

Saturday, November 20, 2010

SHAHADAH ‘10 Melabuhkan Tirai…

Posted by UPP DPMZ On 10:58 PM



ZAGAZIG, 18 November 2010 - Selepas tiga hari berlangsung bermula malam 15 November, Sambutan Hari Raya Aidil Adha (SHAHADAH) akhirnya melabuhkan tirai dengan jayanya.
                Bermula dengan majlis berbuka puasa, solat sunat tasbih, takbir raya serta Perutusan Hari Raya Aidil Adha Presiden PMRAM 2010 pada malam 15 November yang diadakan di Dewan Darul Wehdah, program bertujuan bagi menyuburkan semangat pengorbanan sebagai mahasiswa Islam di kalangan ahli bertepatan dengan tema yang dibawakan pada kali ini, ”Aidil Adha Semarak Perjuangan Anbiya’ ”

Makluman Urusan Perkuliahan Bagi Mahasiswa Pengajian Islam

Posted by UPP DPMZ On 10:31 PM


Makluman kepada seluruh mahasiswa pengajian Islam sesi 2010/2011 bahawa sebarang urusan berkaitan perkuliahan adalah seperti berikut:
1.       1) Yuran – LE 92.25
2.       2) Pembayaran tasdik untuk perbaharui visa – LE 35
3.       3) Pembayaran kasyfu natijah – LE 35
4.       4) Kehadiran ke muhadarah bersama doktor bagi mahsiswa Kuliah Bahasa Arab adalah WAJIB.
5
Sebarang urusan perkuliahan sebaik-baiknya diselesaikan pada awal pagi bagi mengelakkan kesesakan.

Mahasiswa-mahasiswa pengajian Islam yang berkaitan bagi urusan pertukaran kuliah boleh menyemak nama masing-masing di Maktab Tansiq, Kaherah.


Sila hubungi Saudara Mohd Zainullah Mohd Pauzi (0193129590) untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, November 16, 2010

Pengorbanan : Perjuangan Mereka Teladan Kita

Posted by UPP DPMZ On 2:02 AM




perjuangan mereka teladan kita.jpgSejarah sama sekali tidak akan luput dan pudar ditelan zaman,meskipun dunia semakin hari terus meniti arus kemodenan dengan melalui perubahan. Kerana itulah sejarah dapat meneladani generasi hari ini dalam memacu pembangunan dalam membentuk sebuah tamadun yang lebih cemerlang.

Satu Dalam Seribu : PMRAM Dan Tribulasi

Posted by UPP DPMZ On 2:01 AM




upu november.jpgDunia berorganisasi pada hari ini sentiasa wujud dan berada dimana-mana. Adalah menjadi keperluan bagi mahasiswa dalam berorganisasi apabila di sesuatu tempat itu terdapat perkumpulan manusia yang memerlukan satu pengurusan stategik bagi membantu perjalanan hidup mereka terurus dan tersusun.

Thursday, November 11, 2010

DPM Tanta & Shibin El-Kom Tuan Rumah Bagi Konvensyen DPM Ke-IV

Posted by UPP DPMZ On 9:24 AM

konvensyen dpm.jpgKAHERAH, 10 Nov - Antara 3 Resolusi Tindakan yang terhasil daripada Konvensyen PMRAM pada 3 November lepas ialah mengadakan Konvensyen DPM ke-IV. Ia bertujuan bagi membincangkan lagi susulan mengenai permasalahan isu pemusatan mahasiswa/wi baru di Kaherah yang berkait rapat dengan survival masa depan DPM. 

23 Petua-Petua Kejayaan Dunia Akhirat, Yang Menjadi Satu Kewajipan

Posted by UPP DPMZ On 9:22 AM

jalan-menuju-kemuliaan-akhlak.jpg1. Mewiridkan (membaca) al-Quran setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya.

2. Membaca al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya.
Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.

3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara.
 

4. Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

5. Menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali anda memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.

6. Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab).

7. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

8. Bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk.

9. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan anda melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang.

10. Bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur.

11. Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji subjek-subjek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya hendaklah memiliki (perpustakaan) sendiri walaupun kecil.

12. Berhati-hati supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya.

13. Menuntut hak-hak anda dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna.

14. Menyumbangkan harta anda untuk dakwah kita.

15. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup.

16. Sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT, mengingati hari akhirat dan bersedia untuknya, dan hendaklah mempertingkatkan perjalanan hidup ke peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan keazaman yang kuat.

17. Melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah anda sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.

18. Mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.

19. Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjuang kerana Allah

20. Sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar.

21. Janganlah membazirkan masa walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan samar-samar hukumnya.

22. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu anda sehingga mampu mengendalikannya. Anda mestilah menjaga penglihatan dan kuasailah keinginan naluri dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal

23. Melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan saudara terutama jika saudara disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Felo MANHAL PMRAM
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Rujukan : Kitab Apa Ertinya Saya Memeluk Islam (Bahagian Kedua)

Monday, November 8, 2010

Makluman Jadual Pengajian Madrasah Imam Syafi'e 1431H

Posted by UPP DPMZ On 7:01 PM

- JADUAL PENGAJIAN MADRASAH IMAM SYAFI’E 1431 H –
HARI
TENAGA PENGAJAR
KITAB
MASA
SABTU
UST. MUJAHID B. MOHD FADZIL
Tauhid
6.00 Malam
AHAD
UST. AHMAD ZAIDAN B. ABU SAMAH
Fiqh Haraki
(Kefahaman Dalam Gerakan)
6.00 Malam
ISNIN
UST. MUAZ B. HASSAN
Tuhfatus saniah
( Nahu )
6.00 Pagi
SELASA
-

-
-
RABU
UST. JALALUDDIN
Al-Arba’uun Annawawiyah
( Hadis 40 )
6.00 Pagi

* BERMULA PADA 6 NOVEMBER 2010 & BERTEMPAT DI DEWAN DARUL WEHDAH
* Sebarang perubahan jadual akan dimaklum dari masa ke semasa.



ANJURAN : UNIT PENGETAHUAN DAN PENDIDIKAN DPMZ SESI 2010/2011
DISEDIAKAN OLEH : SETIAUSAHA UNIT PENGETAHUAN DAN PENDIDIKAN DPMZ SESI 2010 / 2011
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­

Saturday, November 6, 2010

Ijtima' Thaqafi 1431 membentuk fikrah islami

Posted by UPP DPMZ On 9:17 PM


ZAGAZIG, 21 Oktober 2010 – Ijitma’ Thaqafi 1431 yang telah berlangsung selama 4 hari bermula 28 Oktober yang lalu telah berakhir dengan jayanya. Program yang diadakan di Dewan Darul Wehdah tersebut telah menerima penyertaan lebih 120 orang mahasiswa baru mahupun lama.
                Program tersebut bermula pada pukul 6.00 petang dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Penasihat 1 DPMZ, Saudara Rosdi Bin Latif.
Dengan bertemakan “Insan Cemerlang Ummah Gemilang”, program pada tahun ini membawa sedikit kelainan berbanding tahun sebelumnya dengan lebih menumpukan kepada pengisian-pengisian yang memberi kefahaman dan membentuk fikrah islamiyyah kepada para peserta.
Antara pengisian-pengisian yang telah dihidangkan bagi menanam fikrah islamiyyah yang sebenar kepada para peserta ialah Kefahaman Sunnah dan Bid’ah, Kefahaman Fiqh Khamsah dan Fiqh Dakwah. Dalam setiap pengisian para peserta diberi penjelasan terhadap kekeliruan dan keutamaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang mahsiswa Islam.
Turut diselitkan di dalam Ijtima’ Thaqafi pada kali ini adalah slot Ramah Mesra Bersama Badan Pengurus (BP) dan HEWI PMRAM pada hari terakhir program. Dalam slot ini para peserta berpeluang bertanyakan sebarang masalah dan meminta penjelasan serta respon daripada pihak PMRAM mengenai sebarang masalah, kesamaran serta isu-isu yang berkaitan mahasiswa Malaysia di Mesir.
            Di dalam ucapan penutupan yang disampaikan oleh Saudara Shahrizan Bin Mohd Hazime selaku Presiden PMRAM 2010 pada akhir program, beliau menegaskan betapa peri pentingnya integriti dan sensitiviti kepada setiap individu yang bergelar mahasiswa Islam terhadap hak-hak selaku mahasiswa dan isu-isu semasa yang berlegar di sekeliling kita. Beliau juga berharap kesatuan mahasiswa Islam dapat diperkukuhkan dalam memastikan Islam dapat dilaksanakan secara syumul.


 

Sahabat