Wednesday, March 31, 2010
Semakan Daftar Pemilih PMRAM Sesi 2010.Tunaikan Tanggungjawab Anda!!!
Posted by UPP DPMZ
On 12:32 AM
Tuesday, March 30, 2010
120 Ahli DPMZ Di Forum "Membina Masjid" .....
Posted by UPP DPMZ
On 1:28 AM
Santai..... Us Dzulnawawi Munawer mengemudi forum dengan tenang dan bersahaja
DEWAN DARUL WEHDAH, SABTU, 27 MAC 2010 : Jabatan Pengerusi DPMZ telah mengadakan sebuah forum mengenai Bait Muslim dengan menjemput pasangan yang baru berkahwin dari Mansurah iaitu Us Abdul kadir Umar yang merupakan mantan Pengerusi DPM Mansurah dan Dr Syahidatul Syakila Bt Aini, AJKT PCM.Majlis dimulakan pada jam 7.50 malam dengan forum dikendalikan oleh Us Dzulnawawi Munawer.Kedua-dua ahli panel telah memberitahu mengenai prosedur perkahwinan melalui Unit Bait Muslim PMRAM dan kebaikan menggunakan saluran yang ada demi mencari jodoh yang terbaik.
Saturday, March 27, 2010
Kursus Multimedia 2010 Menanti Anda April Ini.....
Posted by UPP DPMZ
On 2:33 PM
Unit Penerangan Dan Penerbitan DPMZ akan mengadakan Kursus Multimedia 2010 pada 1 April 2010 di Dewan Darul Wehdah.Penyertaan terhad kepada 50 peserta sahaja.Yuran pendaftaran ialah sebanyak LE 7 (kertas kerja + makanan).Antara pengisian menarik ialah "Asas Penting Komputer" dan "Teknik Berkesan Adobe Photoshop" yang akan dibentangkan secara teori dan praktikal.Tarikh tutup penyertaan ialah 30 April 2010.Untuk mendaftar sila hubungi Dr Zulfadzli Jasni (0147733959) & Dr Nur Hamizah Apandi (0191457378).Ayuh daftarkan nama anda sebelum terlambat....
Friday, March 26, 2010
Pertahankan Hak Kita : Mantan Bendahari PMRAM
Posted by UPP DPMZ
On 10:45 PM
KAHERAH, 25 Mac 2010 - Kesibukan untuk menghadapi muktamar tidak lama lagi tidak menghalang beberapa orang wakil Badan pengurus PMRAM untuk mengadakan pertemuan bersama Ustaz Abdul Rashid Osman selaku mantan Bendahari PMRAM antara tahun 1983-1990. Peluang keberadaan beliau di bumi Mesir ini digunakan sebaiknya oleh pihak PMRAM untuk meminta buah fikiran dan pandangan daripada beliau.
Thursday, March 25, 2010
Pengumuman Pilihanraya Badan Pengurus PMRAM Sesi 2010
Posted by UPP DPMZ
On 4:46 PM
Dengan ini pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PMRAM 2009 secara rasmi mengumumkan, pencalonan semula bagi Badan Pengurus PMRAM telah ditutup pada 5 Mac yang lalu. Sehingga tempoh tersebut, pihak SPR telah menerima 3 calon lebihan sekaligus mengumumkan pilihanraya Badan Pengurus PMRAM sesi 2010 akan diadakan.Forum Bait Muslim Bakal Menemui Anda
Posted by UPP DPMZ
On 10:17 AM
klik gambar untuk paparan lebih jelas
Sebuah forum mengenai Bait Muslim akan diadakan pada hari sabtu 27 Mac 2010, jam 7.00 malam bertempat di Dewan Darul Wehdah, sebarang permasalahan mengenai perkahwinan dan hal-hal berkaitan dengannya akan dikupas oleh pasangan suami isteri Al-Fadhil Ustaz Abdul Kadir Bin Umar (mantan Pengerusi DPM Mansurah) & Doktorah Syaidatul Syakila Bt Aini.
"SELURUH MAHASISWA DAN MAHASISWI DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI"
Saturday, March 20, 2010
Festival Zagazig 2010 Menaut Ukhuwwah Ahli DPMZ
Posted by UPP DPMZ
On 8:48 PM
Juara..... Rumah Hijau yang diketuai oleh Ustaz Hazri Sarman menjadi juara keseluruhan bagi Festival Zagazig 2010
DEWAN SAHRUL LAYALI, AHAD, 14 MAC 2010 : Malam Penutup Festival Zagazig 2010 telah diadakan di sini dan dihadiri sekitar 250 ahli DPMZ.Majlis bermula pada jam 7.45 malam dengan penyampaian ceramah yang bertajuk "Dakwah Non Muslim " oleh Ustaz Muhammad Mujahid Muhammad Fadzil.Beliau banyak menceritakan tentang kaedah berdakwah kepada golongan bukan Islam serta tipu daya dan dakyah yang ingin menghancurkan Islam pada masa kini seperti gerakan kristianisasi dan liberal.
Tuesday, March 9, 2010
Ahli DPMZ Meriahkan Hari Pertama Festival Zagazig 2010
Posted by UPP DPMZ
On 12:45 PM
Meriah.... Hari Pertama Festival Zagazig 2010 mendapat sambutan menggalakkan
DEWAN DARUL WEHDAH, 8 MAC 2010/22 RABIUL AWWAL 1431H : Festival Zagazig 2010 bermula dengan Majlis Perasmian yang disempurnalan oleh Presiden PMRAM Us Abdul Muizz Mohammad.Majlis bermula pada jam 5.00 petang dan dihadiri oleh sekitar 70 orang ahli DPMZ.Majlis dimulakan dengan alunan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Us Azizuddin Abd Aziz dan para hadirin seterusnya menyanyikan lagu rasmi PMRAM iaitu "Untukmu PMRAM" dengan penuh bersemangat.Turut hadir pada majlis ini ialah Pengerusi DPMZ Us Muhammad Hanif Jamaluddin yang terlibat dalam kemalangan motosikal pada 4 Mac yang lalu.
Festival Zagazig 2010 : Tentatif Program
Posted by UPP DPMZ
On 2:09 AM
Perhatian kepada seluruh ahli DPMZ, berikut ialah tentatif bagi Festival Zagazig 2010 dan tentatif acara kesenian dan sukan (mahasiswa).Sebarang maklumat lanjut mengenai acara tersebut sila hubungi Us Muhammad Zuhaili (0119361541) dan Dr Ermyzal Nazirul (0118451141).
Sunday, March 7, 2010
Futsal Piala Presiden 2010 : Penamat Sebuah Perjuangan.....
Posted by UPP DPMZ
On 12:25 PM
Tamat..... Pengurus serta pemain Zagazig B tetap ceria walaupun tewas kepada Skuad Penyu melalui penentuan sepakan penalti
STADIUM TERTUTUP NADI RIYADI, KAHERAH, 4 MAC 2010 : Skuad Zagazig B mengakhiri cabaran di Kejohanan Futsal Piala Presiden 2010 dengan hanya sekadar menempatkan diri dalam kelompok 8 terbaik di kalangan 40 pasukan yang bertanding.Skuad Zagazig B tewas kepada Terengganu A dalam aksi Suku Akhir yang berlangsung di sini pada jam 10.20 malam.Skuad Zagazig B merupakan pasukan DPM terakhir yang tewas selepas Shibin El-Kom tewas kepada Kelantan di Suku Akhir.
Saturday, March 6, 2010
Festival Zagazig 2010 : Aktiviti Menarik Untuk Mahasiswi DPMZ
Posted by UPP DPMZ
On 2:06 AM
Assalamualaikum, perhatian kepada seluruh Mahasiswi DPMZ iklan berikut adalah mengenai aktiviti untuk anda sepanjang Festival Zagazig 2010 sepanjang seminggu.Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr Fatmatul Zahrah Mat Zin (0111770671).Jika anda ingin membuat sumbangan sila hubungi Us Muhammad Zuhaili (0119361541), Dr Farhan Murtza dan Dr Nur Husna Samat.Sumbangan anda amat diharapkan demi membantu kelancaran program ini.
Tuesday, March 2, 2010
Futsal Piala Presiden 2010 : Zagazig vs Zagazig
Posted by UPP DPMZ
On 2:51 AM
Inilah barisan kita..... selamat berjuang kepada semua pemain
Skuad Zagazig telah menghantar 2 pasukan untuk meyertai Futsal Piala Presiden PMRAM 2010.Setelah undian dijalankan pada petang tadi Zagazig A dan Zagazig B akan bertemu sesama sendiri.Majlsi Permbukaan akan diadakan pada jam 7 pagi dan bakal disempurnakan oleh Presiden PMRAM Us Abdul Muizz Mohammad.Skuad Zagazig A dan Zagazig B berada di Kumpulan H.
Kumpulan H
Mansurah
Maahad Buuth A
Zagazig B
Zagazig A
Kedah B
DPMZ mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pemain.Semoga ukhuwwah diribat di laman riadah.Majulah sukan untuk DPMZ-PMRAM.
Untuk mengetahui maklumat lanjut dan ulasan mengenai perkembangan Skuad Zagazig di Futsal Piala Presiden 2010 sila layari laman Kebudayaan, Kesenian DPMZ, http://ukks-dpmz.blogspot.com/
Monday, March 1, 2010
Piala Presiden 2010 : Ayuh Semarakkan Kejohanan Piala Presiden.....
Posted by UPP DPMZ
On 6:13 PM
Berkat kesabaran dan kejituan semangat kalian dalam mendoakan kejayaan Kejohanan Piala Presiden. Insya-Allah kejohanan tersebut bakal berlangsung sebagaimana biasa, cuma dilewatkan tarikhnya pada 2-4 Mac 2010, bertempat di Dewan Nadi Riadhi Madinah Nasr.
Kepada semua pengurus dan pasukan yang menyertai kejohanan tersebut, di harapkan dapat datang tepat pada masanya bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Pembukaan Kejohanan Futsal Piala Presiden 2010 akan berlangsung pada pukul 7.00 pagi esok yang akan dirasmikan oleh Presiden PMRAM sendiri.
Diharapkan kejohanan yang julung kali di anjurkan PMRAM ini, dapat menatijahkan sesuatu yang positif dalam kalangan pendukung PMRAM dan juga mahasiswa Perlembahan Nil ini. Di jemput kepada semua hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut.
Slogan keramat "KITA PMRAM" menjadi titik ukhuwwah dalam kalangan kita semua. Bertepatan tema kejohanan pada kali ini "Semangat Dijana Ukhuwwah Dibina".
Jamal Najmuddin bin Sulaiman
Ketua Badan Kebudayaan Kesenian Dan Sukan PMRAM 2009
Penasihat Futsal Piala Presiden 2010
Penasihat Futsal Piala Presiden 2010
sumber : http://www.bolapmram.blogspot.com/ (Laman rasmi Piala Presiden PMRAM 2010)
Ikuti perkembangan terkini Skuad Kuda Putih Zagazig di Laman Rasmi DPMZ
Piala Presiden 2010 : Berita Mengejutkan Daripada Penganjur Kejohanan !!!
Posted by UPP DPMZ
On 9:02 AM
Rumit..... masalah gelanggang timbul di saat akhir persiapan
Assalamualaikum,
Perhatian kepada semua ahli PMRAM dan juga peserta Bola Sepak Piala Presiden PMRAM 2010.
Adalah dengan dukacita dimaklumkan bahawa kejohanan tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
Oleh yang demikian pihak pengurusan sedang sedaya upaya untuk mencari inisiatif bagi menjayakan juga kejohanan tersebut. Insy-Allah, segala maklumat terkini kami akan maklumkan selewat-lewatnya jam 3.00 petang esok (1.3.10).
Segala kesulitan kami memohon ribuan kemaafan akibat dari pembatalan di saat akhir. Segala kerjasama dari semua kami dahulukan ribuan terima kasih.
Perhatian kepada semua ahli PMRAM dan juga peserta Bola Sepak Piala Presiden PMRAM 2010.
Adalah dengan dukacita dimaklumkan bahawa kejohanan tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
Oleh yang demikian pihak pengurusan sedang sedaya upaya untuk mencari inisiatif bagi menjayakan juga kejohanan tersebut. Insy-Allah, segala maklumat terkini kami akan maklumkan selewat-lewatnya jam 3.00 petang esok (1.3.10).
Segala kesulitan kami memohon ribuan kemaafan akibat dari pembatalan di saat akhir. Segala kerjasama dari semua kami dahulukan ribuan terima kasih.
sumber : www.bolapmram.blogspot.com (Laman rasmi Piala Presiden 2010)
Ikuti perkembangan terkini Piala Presiden 2010 di Laman Rasmi DPMZ.....














