“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa’ : ayat 58)
PENDAHULUAN Topik "kebebasan" antara satu topik hangat yang dipermainkan dalam media massa di mana negara dunia sekalip...
Monday, May 31, 2010
Posted by UPP DPMZ On 9:06 PM
Ganas..... angkatan laut Israel menyerang kapal Mevi Marmara (gambar sekadar hiasan)
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) dengan ini mengutuk keras tindakan yang dilakukan oleh tentera Israel yang telah menyerang konvoi 7 buah kapal bantuan kemanusiaan yang membawa muatan 10,000 tan bantuan kemanusiaan serta 700 orang aktivis bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia ke Gaza.Serangan tersebut telah menyebabkan 16 orang syahid.12 orang rakyat Malaysia dipercayai berada di dalam konvoi tersebut.
05.35 petang, Mesir/Palestin(terkini) : Empat buah kapal armada pembebasan sedang memasuki pelabuhan Ushdud, Israel. Antaranya kapal Mavi Marmara yang membawa sebahagian besar aktivis-aktivis yang diserang Israel pada jam 4.00 pagi tadi.
Menurut sumber, dua buah lagi kapal armada pembebasan telah berada di pelabuhan Ushdud yang tiba ke situ kira-kira jam 4.00 petang tadi.
Empat buah kapal armada pembebasan yang tiba itu diiringi empat buah kapal perang, bot perang dan bot-bot laju penjajah.
KAHERAH, 20 Mei - PMRAM hari ini mengutuk dan mengecam tindakan pihak halaman sosial “Facebook” yang mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. PMRAM juga memandang perkara ini serius dan ianya melibatkan perkara penghinaan yang berat ke atas baginda Rasulullah SAW. Bahkan penghinaan yang dilakukan ini bukanlah perkara baru. Sebelum ini juga sebagaimana yang diketahui karikatur yang dilukis oleh seorang pelukis Denmark jelas menghina baginda SAW.
Kepada semua mahasiswa yang berada dibumi mesir agar dapat mempertingkat keselamatan kita semua kerana sejak akhir-akhir ini banyak ganguan telah berlaku,kes terbaru berlaku dibumi Zagazig tentang perlakuan Arab yang tidak senonoh cuba melakukan ganguan seksual terhadap mahasiswi perubatan.
Apa yang penting ialah kita cuba bertindak dengan keadaan berikut:-
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Segala puji dan syukur bagi Allah s.w.t, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, penghulu kepada segala nabi dan rasul.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan seksual yang telah dilakukan oleh seorang warga arab terhadap mahasiswi perubatan. Saya sendiri bersama dua orang teman telah bergegas ke tempat kejadian setelah mendapat panggilan dan bertemu dengan suspek seperti yang telah diberitakan. Ini merupakan kes yang kedua melibatkan warga arab berkelakuan tidak sopan dihadapan mahasiswa kita.
Sehubungan dengan perkara tersebut, DPMZ menggesa semua mahasiswi agar lebih berhati-hati ketika berada di luar kediaman masing-masing. Pastikan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan tidak keluar secara berseorangan walaupun di siang hari. Pastikan ketetapan yang telah dibuat oleh DPMZ dipatuhi sebaik mungkin.
MANSYIAH SALAM, ISNIN, 10 MEI 2010 : Sekumpulan mahasiswi Fakulti Perubatan yang baru sahaja pulang dari universitI telah diganggu oleh seorang pemandu teksi warga Mesir yang menunggu di luar rumahnya.Berikut adalah kronologi peristiwa tersebut :
11.00 pagi : Sekumpulan mahasiswi pulang dari universiti menuju rumah mereka yang terletak di Salam dikejutkan dengan kedatangan seorang pemandu teksi yang cuba menghampiri mereka sambil menunjukkan kemaluannya.Mereka terus bergegas masuk ke dalam imarah yang berkunci.Pemandu tersebut kelihatan menghubungi seseorang dengan menggunakan telefon bimbitnya.
Bagi meneruskan kesinambungan pelaksanaan Usul Muktamar Sanawi PMRAM, pihak Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan hari ini telah melancarkan `Borang Aduan Hak Mahasiswa’ bagi memberi ruang kepada seluruh mahsiswa/wi untuk mengaju sebarang aduan berkaitan hak mereka.
Perintis permulaan perjuangan mendapatkan sebuah penempatan anak Melayu bukanlah satu usaha yang baru malahan usahanya menjangkau puluhan tahun melepasi beberapa dasawarsa kewujudan PMRAM di bumi Anbiya’ ini.Langkahan pertama diatur pada tahun 1932 ,pelbagai usaha telah diperhebatkan samada dari segi pengumpulan dana, pancarian lokasi dan penubuhan sebuah jawatankuasa yang dikenali dengan “ Panitia Rumah Melayu ”.Kewujudan jawatankuasa ini secara langsung bertindak dalam segala pengurusan yang berkaitan dengan ARMA.
KAHERAH, 27 April - Pihak PMRAM telah mengadakan perjumpaan rasmi bersama pihak PPMI di kediaman Wisma Nusantara, Rab'ah. Perjumpaan rasmi tersebut diadakan bagi kunjung hormat sempena pimpinan baru PMRAM dan membincangkan beberapa perkara di antara 2 persatuan wakil negara. Pihak PMRAM diketuai oleh Saudara Zuhaili Saiman (Timbalan Presiden), Saudara Adlan Mokhtaruddin (Naib Presiden 1), Saudara Azlan Alias (Naib Presiden II). Saudara Farkhan Md Zin (Naib Presiden III), Saudara Ahmad Taufiq Dahlan (Setiausaha Agung) dan Firdauz Noh (Bendahari Kehormat). Di dalam pertemuan tersebut 2 isu sempat dibincangkan bersama iaitu berkaitan masalah sosial di kalangan mahasiswa/wi Malaysia dan Indonesia dan isu yang membabitkan perpindahan mahasiswa/wi wafidin di muhafazah ke Kaherah.