“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa’ : ayat 58)
Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan (UDPI) DPMZ akan mengadakan Program Penghayatan Ramadhan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.Seluruh ahli dijemput untuk menghadiri setiap program yang bakal diadakan selama sebulan.DPMZ berharap program ini dapat memberikan tarbiyyah yang terbaik kepada seluruh ahli sepanjang bulan Ramadhan supaya membentuk generasi Muslim yang bersih akhlak serta jiwa dari segala maksiat dan dosa.Sebarang sumbangan boleh diberikan terus kepada Us Muhd Shobri Mat Yaakub, Dr Ahmad Faizzuddin Shah dan Dr Azlizan Supian.Semoga semua penyumbang mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah SWT.
Sedia..... barisan peserta Kontijen Zagazig bersemangat untuk menggegarkan KEKAL 10
DEWAN DARUL WEHDAH, 30 JULAI 2010 : Kontijen Zagazig telah mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahli DPMZ yang akan menyertai Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL 10).Kontinjen Zagazig disertai oleh 30 orang mahasiswa.Pada perjumpaan yang diadakan pada petang tadi, Ketua Kontijen Ustaz Dzulnawawi Munawer telah memberi penerangan mengenai tentatif program, penyertaan acara serta penginapan para peserta.Beliau juga mengingatkan para peserta mengenai objektif penyertaan iaitu menyemai ukhuwwah sesama mahasiswa Islam.Kontijen Zagazig juga akan menghantar perwakilan untuk menyertai Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMIS) yang menjadi sebahagian tentatif KEKAL 10.DPMZ mengharapkan para peserta dapat mengharumkan nama Kontijen Zagazig serta membina ukhuwwah sesama peserta.DPMZ juga berharap para peserta dapat menjadikan KEKAL 10 sebagai pengalaman untuk membina bakat yang ada pada setiap peserta.Butiran lanjut boleh dikihat di ruangan Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan.
Badan Pendidikan & Komunikasi Bahasa dengan kerjasama Unit Pendidikan BKAN & DPM akan mengadakan Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir (HEMAT 10') pada bulan Ogos, program ini terbuka kepada semua mahasiswa di bumi Mesir dan dikhususkan untuk pelajar tahun akhir Pengajian Islam dan Qiraat.
Pendaftaran dibuka mulai sekarang sehingga 3 Ogos 2010.
Segala urusan pendaftaran, bolehlah dirujuk kepada Unit Pendidikan BKAN dan DPM masing-masing.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengarah HEMAT 2010, Saudara Abdul Aziz bin Ali (011-3265864) atau Timbalan Pengarah, Saudari Nur Ain Yaacob (011-7737821)
Puas hati..... Skuad Sepak Takraw tetap gembira walaupun sekadar mendapat
pingat gangsa
DATARAN HAYYU ASYIR, KAHERAH, 25 JULAI 2010 : Skuad Futsal mengakhiri cabaran dengan kekalahan di peringkat suku akhir.Terdahulu, skuad Zagazig seri dengan pasukan Adhoc FC 2-2.Adhoc FC mendahului seawal minit permainan dengan jaringan 1-0 menewaskan penjaga gol Anas Kamaruddin.Skuad Zagazig yang telah dirombak semula akibat ketiadaan 3 orang pemain asal menyusun semula permainan dan menyamakan kedudukan melalui rembatan Alif Mahir.Adhoc FC terus menyerang dan mendahului semula 2-1.Namun, Zulfiqar menyelamatkan keadaan dengan menjaringkan gol penyamaan sebelum berakhirnya perlawanan.Dengan ini bermakna skuad Zagazig menghuni tempat kedua kumpulan untuk bertemu Kabab FC di Suku Akhir.
Johan..... Kontijen mahasiswi DPMZ telah memenangi Karnival Sukan Antara Taakhi MKKK
KAHERAH, Ahad, 18 Julai 2010 – Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) telah menghantar wakil kontijen Zagazig ke Karnival Sukan Antara Taakhi (Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Zagazig) anjuran Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, Majlis Kebajikan Keluarga Kedah sesi 09/10, bertempat di Nadi Syabab Musallas, Hayyu Asyir. Seramai 11 orang peserta kontijen Zagazig mengorak langkah, bersukan disamping menjalin ukhwwah antara taakhi.
Sedia menggempur...... Barisan pemain Skuad Futsal Zagazig mulakan langkah kejayaan
DATARAN HAYYU ASYIR, 24 JULAI 2010 : Unit Kebudayaaan, Kesenian Dan Sukan (UKKS) DPMZ telah menghantar pasukan untuk menyertai Kejohanan Futsal dan Sepak Takraw Antara Taakhi sempena Hari Keluarga Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK).Skuad Zagazig beraksi sebagai pasukan jemputan.
Khusyuk..... hadirin sedang mendengar pengisian yang disampaikan oleh penceramah jemputan
DEWAN DARUL WEHDAH, 18 JULAI 2010 : Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan (UDPI) DPMZ telah mengadakan majlis ceramah Israk Mikraj sempena memperingati peristiwa agung yang terjadi kepada junjungan mulia Rasulullah SAW.Ceramah telah bermula pada jam 9 malam dan disampaikan oleh Ustaz Abdul Malik Abdul Karim, mantan anggota Badan Pengurus PMRAM 2008-2010.Beliau telah mengupas bagaimana terjadinya peristiwa bersejarah tersebut dengan baik dan juga menceritakan dugaan yang telah dihadapi oleh Rasulullah SAW ketika Baginda menceritakan tentang peristiwa ajaib yang berlaku kepada Baginda.
Peristiwa Israk Mikraj menunjukkan bahawa Rasulullah SAW merupakan kekasih Allah yang teragung apabila Baginda berkesempatan bertemu dengan beberapa orang Rasul hanya dalam satu malam sahaja.Baginda juga diberi kesempatan oleh Allah untuk melihat syurga dan neraka.Israk merupakan perjalanan Baginda daripada Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis.Mikraj pula merupakan perjalanan Baginda bertemu dengan Allah.Kesan peristiwa tersebut masih boleh dilihat sehingga kini di Masjid Umar atau Kubah Batu.
Peristiwa ini merupakan satu ujian buat orang beriman kerana terdapat juga sebilangan orang daripada kaum Muslimin yang berasa ragu-ragu setelah mendengar cerita Rasulullah SAW.Akan tetapi Saidina Abu Bakar r.a dan sahabat-sahabat lain yang telah teguh keimanan mereka percaya kepada setiap apa yang disampaikan oleh Baginda.Cenderahati untuk penceramah telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi DPMZ, Ustaz Solihuddin Muhd Jahar.DPMZ berharap semua ahli dapat mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj.
Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan (UDPI) DPMZ akan mengadakan majlis ceramah Israk dan Mikraj.Ceramah ini bertujuan untuk mengenang peristiwa Israk dan Mikraj yang telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW berdakwah di Mekah.Mari bersama-sama kita mengetahui keajaiban dan hikmah peristiwa Israk dan Mikraj pada 18 Julai 2010 di Dewan Darul Wehdah.Majlis akan bermula pada jam 8.30 malam.Semua ahli dijemput hadir.
Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) DPMZ akan mengadakan Kolokium Ilmuan PMRAM Siri 4 pada hari Sabtu, 3 Julai 2010 bertempat di Dewan Darul Wehdah.2 kertas kerja akan dibentangkan iaitu "Nasionalisme" oleh Us Muhd Mujahid Muhd Fadzil dan "Amar Makruf Nahi Munkar" oleh Us Afifuddin.Seluruh mahasiswa dijemput untuk menghadiri program ini demi meningkatkan kefahaman serta mendapat maklumat berguna mengenai Islam.
Perhatian kepada ahli DPMZ, senarai nama bagi Temasya Sukan Zagazig boleh dirujuk di ruangan Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan. http://ukks-dpmz.blogspot.com/2010/07/nama-peserta-bagi-temasya-sukan-zagazig.html