“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa’ : ayat 58)
Ambil perhatian..... AJKT sedang mendengar penerangan daripada mantan AJKT
PEJABAT DPMZ, DAR SALAM, 27 OGOS 2010, 10.00 MALAM : Jabatan Pengerusi DPMZ telah mengadakan Majlis Timbal Balik Tugasan AJKT yang dihadiri oleh AJKT baru serta AJKT pada sesi yang lalu. Majlis ini berobjektifkan untuk mengemaskini gerak kerja unit DPMZ pada sesi kali ini, meneguhkan ukhuwwah sesama AJKT dan mantan AJKT dan memberikan informasi berguna kepada AJKT baru.
Sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini, PMRAM akan menganjurkan Ihya' Tarbawi Ramadhan (IHTIRAM 1431) di Dataran Hayyu Asyir.
Antara program yang akan dianjurkan, khatam Al-Quran, Ifthar Jamaei, Tarawih berjemaah, Muhadarah Ilmiah, Qiamulail Perdana dan Kuliah Subuh.
Justeru, PMRAM menjemput seluruh muslimin muslimat yang berada di di bumi Mesir untuk bersama-sama memeriahkan bulan Ramadhan ini dengan menjalani ibadah puasa.
Makluman kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir, zakat fitrah pada tahun ini 1431H bernilai LE10. Nilai tersebut merujuk kepada ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Darul Ifta' Mesir.
Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang ingin membuat pembayaran zakat, boleh dilakukan melalui Bendahari BKAN dan DPM masing-masing atau terus membuat bayaran kepada Bendahari Kehormat PMRAM. Proses pembayaran zakat akan dilakukan pada 25 Ogos 2010 bersamaan dengan 15 Ramadhan 1431H.
Sebarang maklumat lanjut, bolehlah terus menghubungi Bendahari Kehormat PMRAM di talian +20143352855 ataupun Bendahari HEWI PMRAM +20117737821.
MAT 17 berlangsung..... Barisan AJKT DPMZ sedang menjawab persoalan yang dikemukakan ahli
DEWAN DARUL WEHDAH, AHAD, 15 OGOS 2010 : Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan Ke-17 (MAT 17) bagi pimpinan sesi 2009/2010 telah diadakan dengan jayanya. Majlis yang bermula pada 9.00 pagi ini dirasmikan oleh wakil Badan Pengurus PMRAM yang hadir, iaitu Al-Fadhil Us Muhd Azlan Alias dan Us Ahmad Taufiq Dahlan. Untuk agenda pertama, ahli sidang telah melantik 4 orang Setiauasaha Sidang bagi MAT kali ini.
Setelah itu mesyuarat diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat bagi MAT yang lepas. Kemudian, mesyuarat diteruskan lagi dengan pembentangan gerak kerja dan muhasabah bagi setiap jabatan dan unit. Pada awalnya mesyuarat kelihatan suram tetapi ia bermula rancak pada sesi petang apabila ahli mesyuarat mula mengajukan lebih banyak soalan dan muhasabah bagi memastikan pihak DPMZ akan lebih ke hadapan pada sesi yang akan datang.
Makluman kepada semua mahasiswa/wi di Zagazig, kelas tafaqquh akan bermula pada 21 Ogos 2010 hari Sabtu jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Darul Wehdah. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.
Perhatian kepada ahli yang menempah Album Kenangan ABADI DPMZ tetapi masih belum mendapatkannya, anda boleh menuntut ABADI di Pejabat DPMZ.Nama anda boleh disemak di ruangan Penerangan Dan Penerbitan http://multimedia-dpmz.blogspot.com/.Sila tuntut buku anda secepat mungkin.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak SPR PMRAM Cawangan Zagazig dengan ini membuka sebarang bantahan bagi para calon AJKT DPMZ Sesi 2010/2011 pada 11.8.2010 bermula jam 10.00 a.m sehingga jam 4.00 p.m. Borang bantahan boleh didapati di Pejabat SPR dengan harga le 10.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT diatas segala rahmat dan limpah kurnianya sekali lagi kita semua berpeluang untuk menemui bulan yang mulia lagi barakah ini iaitu bulan Ramadhan 1431H.
Ramadhan merupakan penghulu segala bulan yang hanya datang sekali sahaja dalam setahun. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan yang sangat istimewa buat umat Islam sebagaimana sabda baginda SAW :
إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين
Bermaksud: “apabila tiba bulan Ramadhan maka terbuka pintu-pintu syurga dan tertutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu” – H.R. Muslim
Ceria..... Pengerusi DPMZ serta Ketua Kontinjen Us Dzulnawawi Munawer setia
melayani pengunjung pameran KEKAL 10
DATARAN HAYYU ASYIR, KAHERAH 3-5 OGOS 2010 : Kontinjen Zagazig telah mengadakan pameran sempena KEKAL 10.Kontinjen Zagazig telah membuka tapak pameran di Dataran Hayyu Asyir dengan berkongsi tapak pameran dengan taakhi Zagazig iaitu BKAN Johor BKPJM.Kontinjen zagazig telah mengadakan pameran mengenai sejarah penubuhan 17 tahu DPMZ serta menayangkan koleksi gambar sebhagiamn program DPMZ dan gambar-gambar lama.Pengunjung juga diberikan penanda buku percuma yang bertemakan Biah Solehah iaitu pembentukan jiwa yang baik untuk Muslim.Selain itu, baju t-shirt DPMZ juga turut menjadi bahan tayangan pameran menyebabkan terdapat mahasiswa dan mahasiswi yang berminat untuk membeli kerana kecantikan serta keunikan rekaan bajuu tersebut.
Meriah..... Mahasiswa Melayu dari seluruh Mesir menghadiri malam keempat KEKAL10
KOMPLEKS RUMAH NEGERI, HAYYU ASYIR, KAHERAH, 4 OGOS 2010 : Kontinjen Zagazig memulakan acara pada hari keempat dengan menghantar pasukan menyertai acara Win, Lose And Draw iaitu acara melukis dan membuat tekaan.Kesemua acara pada hari ini diadakan di Rumah Selangor.Regu Zagazig dibarisi oleh Akramin Ishak, Fathir Ar-Rasyid dan Muhammad Zuhaili.Regu Zagazig pernah mendapat tempat kedua pada acara yang sama tahun lepas.Akan tetapi, regu Zagazig gagal mengulangi pencapaian cemerlang apabila sekadar meneka 3 jawapan sahaja.
Juara..... Peserta Zagazig Hazri Sarman (berkopiah merah) menentang peserta lawan dalam saringan Pusingan Pertama.Peserta Zagazig memenangi acara BatuSeremban
DATARAN HAYYUASYIR, KAHERAH, 3OGOS2010 : Kontinjen Zagazig memulakan hari ketiga KEKAL 10 dengan menyertai acara Catur.Peserta Zagazig ialah juara Catur Sukan Asean Zagazig 2009, Mazwan Muhd Noh.Peserta Zagazig telah berjaya mengharungi beberapa pusingan sebelum berentap di perlawanan Akhir bertemu peserta Pahang.Nasib tidak menyebelahi peserta Zagazig apabila beliau tewas setelah berhempas-pulas menentang peserta Pahang.Peserta Zagazig dinobatkan sebagai naib juara.Selepas itu, Ermyzal Nazirul mewakili Kontinjen Zagazig di dalam acara Dam Aji.Peserta Zagazig menentang peserta Dumyat pada pusingan pertama.Peserta Zagazig tewas pada pusingan pertama.
Terbaik Dari Zagazig..... telatah Marliman Sula dan saudara-saudaranya berjaya menarik perhatian penonton
DATARAN HAYYU ASYIR, KAHERAH, 9.00 MALAM, 2 OGOS 2010 : Malam Kedua KEKAL 10 diteruskan lagi dengan Majlis Dialog bersama Kepimpinan PMRAM 2010.Presiden PMRAM, Us Shahrizan Hazime telah menyampaikan ucapan pembukaan majlis ini.Selepas itu, barisan kepimpinan anggota Badan Pengurus dan HEWI PMRAM memperkenalkan diri masing-masing.Pengerusi majis kemudiannya memberi peluang kepada hadirin untuk membrikan sebarang komentar mengenai PMRAM.
Berputih mata..... trio Zagazig sedang menentang trio Damanhur.Pasukan Zagazig tewas 2-3
KOMPLEKS RUMAH NEGERI, HAYYU ASYIR, KAHERAH, 2 OGOS 2010 : Kontinjen Zagazig memulakan hari kedua KEKAL 10 dengan menyertai acara Debat Ala Parlimen di Rumah Terengganu. Acara ini telah disertai oleh trio Zagazig iaitu Muhammad Hanif Jamaluddin (Ketua), Ahmad Faizzuddin Shah dan Solihuddin Muhd Jahar.Pasukan Zagazig menentang Dumyat pada pusingan pertama dan beraksi sebagai pembangkang. Tajuk perbahasan ialah "Blogger perlu disekat atas dasar keselamatan negara". Pasukan Zagazig telah mengeluarkan sebanyak mungkin hujah untuk menyekat kemenangan pihak lawan tetapi tidak berhasil apabila pasukan pendebat Zagazig diisytiharkan kecundang oleh barisan juri.
Klasik..... gaya Kontinjen Zagazig seperti barisan Difa` Madani iaitu sukarelawan tentera yang dihantar PMRAM pada tahun 1956 untuk mempertahankan Mesir dari ancaman Israel, Britain dan Perancis
DATARAN HAYYU ASYIR, 9.30 MALAM, 1 OGOS 2010 : Kontinjen Zagazig menyertai perbarisan pada Majlis Pembukaan KEKAL 10.Perbarisan diketuai oleh Muhd Zainullah Pauzi yang menggantikan Ketua Kontinjen.Perarakan masuk setiap kontinjen BKAN dan DPM bermula pada jam 9.30 malam.Kontinjen Zagazig yang memakai jersi rasmi terbaru DPMZ berwarna putih memasuki Dataran Hayyu Asyir.Kuasa Usaha Sementara Mesir (Charges de Affairs) iaitu En Saiful daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) berkenan untuk merasmikan KEKAL 10.
Patah..... aksi pergelutan yang menyebabkan tangan beliau cedera
DATARAN HAYYU ASYIR, KAHERAH, 1 OGOS 2010 : Awan mendung menyelubungi Kontijen Zagazig apabila Ketua Kontinjen Zagazig, Dzulnawawi Munawer cedera apabila tangan kirinya patah dalam aksi Badang Perkasa (Gusiti Lengan).Pada perlawanan pertama menggunakan tangan kanan beliau tewas setelah bertahan dalam masa 13 minit.
Tiba awal..... Kontinjen Zagazig gempur KEKAL 10 dengan semangat waja
DATARAN HAYYU ASYIR, KAHERAH, 1 OGOS 2010 : Kontinjen Zagazig tiba seawal jam 8.15 pagi di Kompleks Rumah Negeri Hayyu Asyir untuk memulakan penyertaan dalam Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM 2010 (KEKAL 10).Kontinjen Zagazig antara kontinjen yang tiba awal di KEKAL 10 bersama-sama beberapa kontinjen lain seperti Kontinjen Kelantan.Acara pada pagi tersebut dimulakan dengan beberapa acara seperti senam robik dan Sukaneka Rakyat.Hazri Sarman merupakan peserta Zagazig pertama menyertai Sukaneka Rakyat melalui acara Tuju Kon menggunakan bola sepak.Peserta Zagazig seterusnya iaitu Aiman Kamaluddin menyertai acara menimbang bola sepak.Peserta Zagazig yang ketiga ialah Alif Mahir yang menyertai acara Rebut Kerusi.