Posted by UPP DPMZ
On 10:13 PM
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya kita masih lagi dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa muslim di bumi Anbiya’ yang cabaran dan tribulasi. Sebagaimana yang diketahui, tahap keselamatan di seluruh Mesir pada hari ini adalah sangat membimbangkan. Kejadian rusuhan dapat dilihat berlaku di beberapa bandar utama seperti Iskandariah dan Kaherah. Tidak ketinggalan juga demonstrasi yang telah berlaku di bandar Zagazig pada 25 Januari baru-baru ini. Hal ini berlaku hasil pengaruh kebangkitan rakyat di Tunisia yang telah menggulingkan presiden negara mereka. Gelombang kebangkitan ini telah memberi impak yang besar kepada rakyat Mesir pada masa kini.
Posted by UPP DPMZ
On 12:44 AM
Posted by UPP DPMZ
On 9:00 PM
Makluman kepada semua warga DPMZ mengenai pertukaran Penasihat 2 DPMZ daripada Saudara Mohd Alhidayat bin Khalid kepada Saudara Muhamad Hanif Bin Jamaluddin di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Semoga dengan perlantikan Penasihat 2 yang baru ini dapat melancarkan lagi segala gerak kerja dalam memastikan Islam dapat dilaksanakan dengan syumul di bumi Zagazig yang tercinta ini.
Posted by UPP DPMZ
On 2:27 AM
ZAGAZIG, 20 Januari 2011 : Pihak DPMZ terus mengambil serius berkaitan isu keselamatan mahasiswa Malaysia di Zagazig, lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan hubungan mahasiswa Malaysia dengan masyarakat arab di sini.
Posted by UPP DPMZ
On 4:51 PM
ISKANDARIAH, 17 Jan - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) merakamkan ucapan takziah atas musibah yang menimpa mahasiswi Perubatan Iskandariah, Almarhumah Nurul Iman Bt Ab Alim yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Posted by UPP DPMZ
On 4:40 AM
untuk paparan lebih jelas sila klik
Assalamualaikum wbt... Salam ukhwah kepada semua warga Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig. Maluman kepada semua, InsyaAllah Unit Sambutan dan Rehlah DPMZ sesi 2010/2011 akan menganjurkan jaulah ke Semenanjung Sinai 3 hari 2 malam pada awal bulan Februari 2011. Jaulah ini dibuka kepada ikhwah sahaja dan kepada sesiapa yang ingin menyertai jaulah ini, sila daftar segera kepada Saudara Muhammad Nasuha (014-6787583) dan Saudara Mohd Safwan Hadi (011-9361518) dan pendaftaran ini masih dibuka.
Posted by UPP DPMZ
On 3:21 AM
(klik pada gambar atau sini untuk paparan lebih jelas)
Dimaklumkan bahawasanya, pihak Suruhanjaya Piliharaya (SPR) PMRAM telah menerima aduan berkenaan kekeliruan penafsiran undang- undang Tubuh PMRAM dan mengakui terdapat kekeliruan yang berlaku pada penafsiran Undang-undang Tubuh PMRAM pada Bab 4(B) Badan Pengurus, Fasal 26 (2) Keanggotaan, yang menyebut;
Posted by UPP DPMZ
On 2:56 AM
KRONOLOGI PROVOKASI PENUKARAN
BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM)
KEPADA SUATU KOMUNITI BARU YANG DIBERI NAMA
IKATAN MAHASISWA ANAK MELAKA (IMAM)
28.12.2010 (Selasa)
11.00 pagi
• Bertempat di kediaman rasmi Y.Bhg TYT Prof Madya Dr. Fakruddin Bin Abdul Mukti, YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam telah menyatakan di dalam ucapannya untuk menukar persatuan yang sedia ada ( BKKIMM ) kepada persatuan baru yang tiada kaitan dengan PMRAM yang dianggap sebagai persatuan yang mirip kepada parti pembangkang.
Posted by UPP DPMZ
On 2:31 AM
Assalamualaikum wbt. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Setiap yang bernyawa pasti akan mati, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.