Wednesday, March 30, 2011

Mahasiswi Diacu Pisau, Telefon Dirampas

Posted by UPP DPMZ On 11:07 AM

Gambar hiasan

KAHERAH, 29 Mac - Seorang mahasiswi telah diacukan sebilah pisau ketika sedang menunggu kawannya di luar rumah sewa yang berdekatan dengan Kompleks Haiyyu A'syir pagi tadi.

Monday, March 28, 2011

Kelas Tafaqquh Fiddin Membuka Tirai

Posted by UPP DPMZ On 8:26 AM




ZAGAZIG, 27 Mac - Selepas menyepi untuk beberapa ketika dalam tempoh revolusi Mesir tempoh hari, kelas pengajian tafaqquh fiddin kembali berjalan dengan jayanya di Dewan Darul Wehdah jam 7 malam tadi.

Saturday, March 26, 2011

PEKELILING KESELAMATAN TERKINI DI MESIR

Posted by UPP DPMZ On 10:05 AM

PEKELILING KESELAMATAN
 

1. Sila patuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).
2. Sila patuhi arahan perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir yang bermula jam 12 malam hingga 6 pagi. Namun, diminta untuk berada di dalam kediaman masing-masing selewat-lewatnya jam 10 malam.
3. Sentiasa membawa pasport dan pengenalan diri lain ketika keluar rumah, dan digalakkan membawa kad PMRAM bersama-sama.
4. Dilarang menyertai sebarang perhimpunan atau aktiviti yang berbaur politik.
5. Elakkan mengulas sebarang isu politik yang berlaku di Mesir dengan warga Arab tempatan.
6. Tidak digalakkan keluar seorang diri samada siswa atau siswi.
7. Pastikan kediaman dikunci rapi sebelum keluar.
8. Jangan terpedaya dengan dakwaan warga Arab tempatan sebagai “mabahis”.
9. Sebarang aktiviti PMRAM Cawangan, hendaklah diadakan di premis masing-masing, selepas merujuk kepada Lajnah Perancang PMRAM dan tidak dibenarkan dibuat di luar buat masa ini.
10. Sebarang masalah, boleh terus menghubungi nombor telefon Presiden PMRAM di talian +20113771841.
 

Pengajian Tafaqquh Fiddin akan Bermula

Posted by UPP DPMZ On 10:04 AM



Assalamualaikum…

Firman Allah SWT dalam Surah Yunus ( ayat 122 ): “ Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu semuanya ( ke medan perang ). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya .“

Thursday, March 24, 2011

Informasi Terkini Sekitar Suasana Di Mesir

Posted by UPP DPMZ On 9:14 AM

KAHERAH, 23 Mac - Pemangku Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menasihati kepada semua pihak terutama mahasiswa/wi Malaysia yang belajar di Mesir agar mengikuti perkembangan Mesir dari semasa ke semasa. Ia bagi membolehkan mahasiswa/wi tidak 'buta suasana' dan tertipu dengan fakta-fakta salah yang cuba diselewengkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.
 
Perintah Berkurung

Selepas pengunduran mantan Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 11 Februari yang lalu, perintah berkurung masih lagi dikuatkuasakan oleh pihak tentera. Perintah berkurung adalah bermula pada jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi.

Wednesday, March 23, 2011

Makluman Terkini di Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 3:04 PM

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t

Pertama-tamanya dan selama-lamanya kita memanjat kesyukuran ke hadrat illahi limpah dan kurnianya dapat kita selamat kembali di bumi anbia,  Mesir untuk meneruskan pembelajaran di sini. Ahlan wa sahlan saya ucapkan kepada mahasiswa/wi Malaysia yang selamat tiba di Zagazig bagi menyambung semula pembelajaran di sini baik mahasiswa Pengajian Islam mahupun mahasiswa/wi Pengajian Sains Kesihatan.

Di kesempatan ini juga, saya ingin memaklumkan beberapa maklumat penting, khususnya mahasiswa/wi Malaysia yang berada di Zagazig dan juga di Tafhana Ashraf tentang keselamatan dan keadaan atau suasana di Zagazig sekarang.

Saturday, March 19, 2011

Terima Kasih Kepada Semua Pihak Yang Terlibat

Posted by UPP DPMZ On 9:47 AM

KAHERAH, 18 Mac – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghulurkan bantuan dan kebajikan kepada mahasiswa/wi Malaysia di Mesir semasa isu demonstrasi rakyat Mesir pada 25 Januari yang lepas.

Pihak PMRAM juga melahirkan rasa bersyukur atas keprihatinan yang telah ditunjukkan oleh pihak kerajaan Malaysia yang telah membawa pulang lebih 9000 mahasiswa Malaysia yang menuntut di Mesir atas dasar menjaga keselamatan dan kebajikan mereka daripada bahaya ekoran tercetusnya demonstrasi di Mesir.

Thursday, March 17, 2011

Makluman Pengurusan Visa Bagi Mahasiswa/wi Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 11:08 PM


Kepada mahasiswa mahasiswi Zagazig yang masih belum memperbaharui visa, anda digesa untuk menguruskan urusan visa tersebut dengan segera bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Makluman Jadual Perkuliahan Bagi Pengajian Islam

Posted by UPP DPMZ On 10:56 PM

Makluman kepada semua mahasiswa Pengajian Islam Zagazig, sesi perkuliahan telah mula berlangsung bermula 14 Mac yang lalu.

Sehubungan dengan itu mahasiswa Pengajian Islam yang kini telah berada di bumi Zagazig dapat menghadirkan diri ke kuliah. Sebarang urusan perkuliahan, kad pelajar dan sebagainya juga boleh dilakukan di kuliah masing-masing.

Dimaklumkan juga bahawa peperiksaan bagi pengajian Islam untuk fasa baru ini dijangka bakal diadakan pada pertengahan bulan Jun atau di awal bulan Julai. Diharapkan kepada semua mahasiswa dapat mempersiapkan diri dengan sebaiknya bagi mengharungi sesi pembelajaran dan terus giat menuntut ilmu, bukan hanya di ambang peperiksaan sahaja.

Tuesday, March 15, 2011

Selamat Kembali Ke Bumi Mesir

Posted by UPP DPMZ On 7:06 PM

PMRAM mengucapkan selamat kembali ke bumi anbiya' kepada seluruh mahasiswa Islam Mesir yang telah pulang ke Malaysia dalam Operasi Piramid baru-baru ini.

Ops Piramid bertujuan membawa pulang rakyat Malaysia yang menuntut atau menetap di Mesir. Operasi ini dilaksanakan bertujuan untuk mengelak sebarang kecelakaan berlaku kepada rakyat Malaysia disebabkan ketidakstabilan yang berlaku di Mesir.

Gempa Bumi & Tsunami : PMRAM Merakam Takziah

Posted by UPP DPMZ On 5:02 PM

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) merakamkan ucapan takziah atas musibah yang menimpa mangsa gempa bumi dan tsunami di negara Jepun baru-baru ini.

Kejadian gempa bumi yang melanda ini merupakan krisis terburuk di Jepun sejak Perang Dunia Kedua.

Sehingga kini, angka kematian semakin hari semakin bertambah sehingga dinyatakan ribuan jiwa yang terkorban dan kehilangan tempat tinggal.

Bencana yang telah melanda Jepun tempoh hari, menarik simpati pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dalam mengambil pemerhatian yang serius berkenaan dengan isu kemanusiaan.

Gempa yang berukuran 8.9 skala ritcher yang mengakibatkan tsunami itu menyebabkan kerosakan dan kemusnahan yang teruk serta kematian yang amat menyayat hati.
 


Sumber: www.pmram.org

Sahabat