Tuesday, September 27, 2011

PMRAM, MPPMJ & PPMS Selar Tindakan Karikatur Utusan Yang Mempersendakan Hudud

Posted by UPP DPMZ On 7:44 AM


KAHERAH, 27 Sept - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) , Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan ( MPPMJ ) dan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) menyelar tindakan karikatur Utusan Malaysia yang diterbitkan pada hari ini membawa unsur mempersendakan hudud.

Monday, September 26, 2011

MASCUP '11 Kedudukan Terkini Semua Kumpulan, Zagazig Menerajui Kumpulan C

Posted by UPP DPMZ On 12:50 PM


KUMPULAN A

KUMPULAN B

KUMPULAN C

KUMPULAN D

Saturday, September 24, 2011

Kemenangan Pertama Isyarat Fokus Misi Bawa Pulang Piala MASCUP "11 Ke Bumi Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 9:59 PM



TAJAMMU' AWAL, 24 September 2011- Pembukaan MASCUP '11 pada tahun ini telah dimulakan dengan perlawanan  pembukaan antara pasukan Badan Pengurus PMRAM dan YDP/Pengerusi pada awal pagi tadi. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Mansuhkan AUKU : PMRAM Sokong Cadangan GAMIS

Posted by UPP DPMZ On 5:33 PM


KAHERAH, 23 Sept  - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini menyokong penuh kenyataan terkini Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) berkenaan gesaan kepada pihak Kerajaan agar mengkaji semula dan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Friday, September 23, 2011

Mufakkir Islam Syeikh Muhammad al-Ghazali dalam Kenangan

Posted by UPP DPMZ On 10:53 PM



KAHERAH , 21 Sept - Satu nadwah penting telah dianjurkan oleh Rabithah 'Alamiah Likharijiy al-Azhar dengan kerjasama Ittihad Syabab wal Ansor al-Azhar bagi memperingati mufakkir Islam Syeikh Muhammad al-Ghazali pada 18 September yang lalu.

Hedonisme : Ummah Hilang Jati Diri

Posted by UPP DPMZ On 10:42 PM



Konsert Jom Heboh, Raja Lawak, Maharaja Lawak, Akademi Fantasia, Mentor, My Starz, Malaysian Idol, One In A Million, dan sebagainya .

Sekalung Tahniah Buat Mahasiswa/Wi Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 12:15 AM



Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada kepada Allah SWT atas kurniaan Iman dan Islam serta peluang dalam melaksanakan tugas selaku hamba , selaut pujian juga kita panjatkan atas nikmat kejayaan yang telah diberikan setelah mengharungi jerit payah dalam peperiksaan yang mendatang , selawat dan salam buat Junjungan Besar   Baginda SAW sebagai ikutan dan tauladan ummat sepanjang zaman , dan kaum kerabat serta para sahabat yang bersama-sama dalam medan perjuangan Islam yang penuh dengan cabaran serta mehnah dan tribulasi yang mendatang.

Wednesday, September 21, 2011

Risalah Ila Syababil Ummah Siri 2, Mencapai Hadaf DPMZ

Posted by UPP DPMZ On 1:52 PM


ZAGAZIG, 20 September 2011- DPMZ di bawah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan telah menganjurkan Diskusi Kitab yang telah  disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zahari Bin Ali bertempat di Dewan Dar Wehdah pada malam tadi.

Monday, September 19, 2011

Kerjasama Antara PMRAM Dan UTHM

Posted by UPP DPMZ On 7:37 AM



KAHERAH, 18 Sept - Peserta Program Mobiliti Universiti Tun Hussin Onn Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah Mesir sekitar jam 2.00 petang semalam dengan disambut oleh beberapa orang wakil daripada Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM.

Senarai Rakan Muslim DPMZ Sesi 2011/2012

Posted by UPP DPMZ On 7:16 AM


Krisis Somalia: Sumbangan Kali Kedua Diserahkan

Posted by UPP DPMZ On 7:05 AM



KAHERAH, 17 Sept -  Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) terus menyatakan komitmen terhadap krisis yang melanda rakyat Somalia apabila sumbangan kali kedua diserahkan.

Sunday, September 18, 2011

Wacana Perdana Isu Semasa, Medan Mematangkan Mahasiswa Cakna Keadaan Sekeliling

Posted by UPP DPMZ On 2:28 AM



ZAGAZIG, 17 September- DPMZ di bawah anjuran Unit Penerangan dan Penarbitan telah menganjurkan wacana perdana isu semasa yang bertajuk "Mesir & Israel, Realiti dan Tribulasi" pada malam tadi bertempat di Dewan Dar Wehdah.

Saturday, September 17, 2011

Tasfiah : DPMZ Mendoakan Kejayaan Mahasiswa Pengajian Islam Tahun Akhir

Posted by UPP DPMZ On 12:10 PM



ZAGAZIG, 17 Sept - Mahasiswa pengajian Islam tahun akhir yang berbaki satu atau dua subjek bakal menduduki peperiksaan tasfiah yang bakal menjelang dalam beberapa hari lagi.

Friday, September 16, 2011

Majlis Khusus Untuk Graduan Dan Mahasiswa Cemerlang

Posted by UPP DPMZ On 8:50 PM


KAHERAH, 16 Sept - Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman mengumumkan bahawa PMRAM akan mengdakan satu majlis khusus untuk graduan dan mahasiswa cemerlang.

Sunday, September 11, 2011

Daurah Kitab Sempena Pelancaran Madrasah Imam Syafie

Posted by UPP DPMZ On 3:40 AM



ZAGAZIG, 10 September 2011- Pihak DPMZ di bawah Unit Pengetahuan Dan Pendidikan telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan majlis pelancaran Madrasah Imam Syafie yang dimulakan dengan majlis Daurah Kitab pada petang tadi di Dewan Darul Wehdah.

Friday, September 9, 2011

RAMAH '11 PMRAM- Kemeriahan Dikongsi Bersama

Posted by UPP DPMZ On 1:03 AM


KAHERAH, 8 Sept - Menyambut Syawal diperantauan semestinya berbeza sekali dengan berada ditanah air sendiri, namun begitu kemeriahan menyambut Syawal tetap dirasai bersama.

Mahasiswa Selangor Meninggal Dunia

Posted by UPP DPMZ On 12:39 AM


KAHERAH, 8 Sept - Seorang mahasiswa PMRAM cawangan Selangor, allahyarham Haizrul Azizy Idros telah kembali ke rahmatullah di Hospital Ta'min Sihhi, Rabaah malam semalam.   

Wednesday, September 7, 2011

Projek Pembinaan Kediaman Baru Di Selatan Baitul Maqdis

Posted by UPP DPMZ On 2:26 AM




06 SEPTEMBER 2011
Laporan jam 03:00 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 02:00 petang, waktu Mesir
Jam 08:00 malam, waktu Malaysia

Tuesday, September 6, 2011

Somalia : PMRAM Serah Sumbangan Kutipan Kali Pertama

Posted by UPP DPMZ On 8:18 PM




Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan, Saudara Syeikh Mohd Mujahid berkata bahawa serahan pertama bagi kutipan sumbangan untuk Somalia telah pun dilakukan semalam, pada jam 2 petang.


Serahan tersebut diserahkan oleh wakil PMRAM kepada sebuah NGO yang yang menguruskan sumbangan khusus sempena isu Somalia yang berlaku.

Sebanyak LE 10,000 telah pun diserahkan untuk serahan kali pertama ini. Kutipan dari setiap BKAN dan DPM dikumpulkan dan diserahkan pada PMRAM.

Baki kutipan akan diserahkan selepas RAMAH '11.

Beliau juga menyatakan bahawa kutipan untuk Somalia akan diteruskan lagi sehingga RAMAH '11 pada 7 September.

Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM akan meletakkan tabung di RAMAH '11 bagi sama-sama mengajak ahli yang hadir untuk menyumbang.

"Isu Somalia sekarang merupakan isu utama dalam konteks kemanusiaan pada hari ini. PMRAM juga akan meneruskan kutipan sehingga 7 September ini. Insyaallah, serahan kali kedua akan dilakukan selepas 7 September," ujar Saudara Syeikh Mohd Mujahid.

SUMBER: 

http://www.pmram.org

Sunday, September 4, 2011

PMRAM Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Noramfaizul

Posted by UPP DPMZ On 1:39 PM


Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) Saudara muhamad Zuhaili Bin Saiman merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang merupakan jurukamera Bernama TV yang maut akibat terkena tembakan peluru sesat di Mogadishu, Somalia

Syawal Dirai, Ukhuwah Terpatri Dalam HAFIZ 1432 H

Posted by UPP DPMZ On 2:30 AM



ZAGAZIG, 3 SEPTEMBER 2011- Kehangatan Aidilfitri pada tahun ini diraikan lagi dengan sambutan Haflah Aidilfitri Zagazig 2011 (HAFIZ 1432 H) bertempat di Dewan Darul Wehdah pada pagi tadi. Program anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan dengan kerjasama Unit Kebudayaan Kesenian dan Sukan ini mendapat sambutan yang hangat oleh ahli DPMZ. Majlis sambutan Aidilfitri pada tahun ini tampak berbeza dan lebih meriah dari tahun-tahun sebelumnya.

Thursday, September 1, 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri- Semarak Gelombang Ukhuwah Sesama Ahli

Posted by UPP DPMZ On 10:03 PM


ZAGAZIG, 1 September 2010-  Bahang kemeriahan Aidilfitri tidak kurang hebatnya di Zagazig dengan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang di anjurkan oleh ahli imarah Dar Salam pada petang sehingga malam tadi.

Sahabat