Saturday, February 25, 2012

Syiah al-Khomeiniah (Bahagian 1)

Posted by UPP DPMZ On 2:48 AM


TERJEMAHAN KITAB
(AL-KHOMEINIAH)
karangan oleh : Saied Hawwa

PENDAHULUAN KITAB

Sesungguhnya cinta kepada Ahli Keluarga Nabi s.a.w. merupakan kefardhuan kepada tiap-tiap muslim lelaki dan perempuan. Akan tetapi telah tersebarnya pengaruh dan dakyah-dakyah pelik sepanjang sejarah dengan pelbagai pegangan aqidah yang fasid dan pendirian-pendirian yang buruk lagi jahat.

Sejak munculnya Ayatullah al-Khomeini,[1] ramai yang beranggapan bahawa dia pemimpin yang berkarisma dan akan membawa proses penjernihan dan membebaskan ajaran-ajaran Syiah daripada aqidah-aqidah yang palsu dan tipu.

Namun dia terus menggubal kerajaannya dengan menyebarkan fahaman Syiah secara meluas dengan pelbagai penyelewengan dan pengubahsuaian yang pelik-pelik.

Maka seharusnya bagi setiap penuntut ilmu membongkarkan kebenaran dan menjelaskan keadaan sebenar tentang kelampauan dan kebiadaban mereka terhadap Islam, Rasul dan umatnya. Ianya supaya kita tidak tertipu dan dijauhi daripada penyelewengan tersebut yang akan membawa kepada gugurnya keimanan kita.

NASIB SAUDARA KITA DI SYRIA.

Posted by UPP DPMZ On 12:02 AM


Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya iaitu Basyar Al-Assad yang telah memerintah negara itu selama 11 tahun.

Hafez Al-Assad berpegang pada ajaran Syiah Nusairiyah yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada golongan Muslim Sunni. Kerajaan Syria dilindungi dan didokong secara sulit oleh Iran yang terkenal dengan fahaman Syiah, bahkan hafez sendiri merupakan seorang pelampau Syiah.

Syria terdiri dari tiga puak iaitu 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie,  10 peratus lagi beragama kristian manakala 84 peratus daripadanya dari golongan Muslim Sunni.


KRONOLOGI

Revolusi di Syria bermula disebabkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang berumur 13 tahun dalam lingkungan 28 orang yang telah menconteng sesuatu di dinding sekolah mereka.

Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah "RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN". Dalam masa yang sama slogan ini telah dilaungkan oleh negara-negara jiran Syria yang lebih awal mengalami revolusi. Hal ini amat ditakuti oleh kerajaan syria dan dengan segera merekan mengambil tindakan.

Apabila hal ini telah diketahui oleh pasukan keselamatan Syria, mereka menangkap kanak-kanak tersebut dan yang amat menyedihkan, mereka telah disiksa dengan cara yang kejam iaitu dengan mencabut kuku kaki dan tangan mereka.

Manakala kerajaan pula meletakkan syarat sekiranya ingin kanak-kanak tersebut dibebaskan, rakyat perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini. Perkara ini merupakan suatu yang amat menghinakan bagi rakyat Syria, lantas berlakulah revolusi di Syiria sehingga ke hari ini.

KEZALIMAN

1) Dalam masa 42 hari sejak bermulanya revolusi, diberitakan seramai 4000 rakyat Syria telah terbunuh.

2) Seramai 39000 rakyat cedera dan mereka dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang rawatan.

3) Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh oleh tentera Assad di wilayah Doma.

4) 9000 rakyat Syria ditahan oleh pasukan tentera Basyar Al-Assad.

5) 413 orang rakyat telah syahid di dalam penjara.

6) Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Mereka telah dirogol di hadapan abang, ayah, anak dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7) Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid Al-Walid telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera Assad. Akan tetapi beliau bertindak melawan tentera tersebut. Akibatnya beliau dibunuh dan telah dipotong 4 kerat. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8) Mengucapkan TAKBIR merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh tentera zalim ini, apatah lagi bagi Assad sendiri.

9) Ucapan Syahadah ditukar kepada nama Basyar Al Assad laknatullah.

10) Basyar Assad  juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh golongan daripada Muslim Sunni. 84% daripada posisi kepimpinan Regim Basyar Assad dipelopori oleh kaum keluarganya sendiri. Tiada posisi bagi golongan Sunnah Wal Jamaah, Kezaliman terhadap wanita dan kanak-kanak terlalu dasyat melebihi Israel.

PERANAN KITA SELAKU MUSLIM YANG MENGAKU BERSAUDARA.

* Mendoakan saudara kita di Syria dan seluruh negara Islam.

* Menghulurkan bantuan kepada mereka dari segala segi.

* Memainkan isu tentang Syria bagi menyedarkan saudara kita yang lain tentang kezaliman yang sedang bergelora di bumi Syria,

* Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di Syria.

Ingatlah wahai saudaraku, Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasaalam bersabda yang bermaksud:

"Barang siapa yang mengambil tahu hal orang islam yang lain, maka mereka bukaanlah dari kalangan kami."


"SAUDARA KITA DI SYRIA"

Saudaraku...
Kau ditindas...
Kau dizalimi...
Kau disakiti...
                                                                                     
Setiap sendu tangisanmu...                                                     
Setiap jerih pekikmu...
Setiap titis darahmu...
Setiap sakit di badanmu...
Kami sama-sama merasai...
Kau saudara kami...
Kau ahli keluarga kami...
Kita semua ibarat Sebatang tubuh...
Kiri dicubit, kanan terasa...

Percayalah saudaraku...
Nusrah Allah sentiasa bersamamu...
Semangat juangmu mengalir dalam jiwa-jiwa kami...
Ayuh bersama kita selami penderitaan,,
Saudara kita di bumi Syria...

Sunday, February 12, 2012

SUKEZ '12 MESKIPUN MELABUHKAN TIRAI, AGENDA TETAP DITERUSKAN.

Posted by UPP DPMZ On 1:42 AM


ZAGAZIG, 11 Februari 2012- SUKEZ '12 telah melabuhkan tirai setelah berlansung sejak 8 februari lalu. Program berkonsepkan sukan keluarga itu telah berakhir dengan jayanya pada pagi tadi bertempat di Nadi Riadhi zagazig meskipun pada awalnya dirancang akan berlangsung di Stadium Syarqiah, akan tetapi atas masalah teknikal, lokasi program terpaksa ditukar di kawasan berhampiran. Walaubagaimanapun program tersebut bejalan dengan baik dan lancar.

Apa yang menarik pada Sukez kali ini ialah jemputan taakhi dari Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM)  untuk turut sama mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.

Beberapa acara telah dipertandingkan oleh pihak penganjur,  antaranya ialah isi air dalam botol, bawa bola pingpong mengguankan sudu, dan belon berair. Selain itu acara padang juga turut berlangsung iaitu bolasepak 7 sebelah. 

Pasukan dari tuan rumah (Zagazig) terdiri dari rumah merah, hijau, biru dan kuning. Manakala dari BKAN Perak pula, mereka telanh menghantar 2 pasukan iaitu Skuad Perak A dan Skuad Perak B untuk bersama-sama bersaing bagi merebut gelaran juara bolasepak Sukez '12.

Johan keseluruhan Sukez '12 pada tahun ini telah dirangkul oleh kontinjen dari rumah hijau, manakala tempat kedua telah disandang oleh rumah biru diikuti dengan rumah kuning ditempat ketiga dan rumah merah mendapat tempat keempat.

Bagi acara padang pula, kehadiran wakil dari taakhi BKAN Perak tidak sia-sia kerana telah berjaya mengungguli johan perlawanan bolesepak 7 sebelah iaitu dari pasukan Skuad Perak A. Manakala wakil tuan rumah merangkul gelaran naib johan iaitu dari rumah hijau dan tempat ketiga disandang oleh Skuad Perak B.

Dalam pada itu, gelaran peserta terbaik sepanjang Sukez '12 ini berlansung telah disandang oleh Saudara Marwan Zulkifly, mahasiswa tahun 1 perubatan dari rumah biru. Beliau dipilih sebagai peserta terbaik disebabkan komitmen yang beliau berikan kepada rumah pasukan yang beliau wakili dan juga komitmen sepanjang program ini berlansung sejak hari pertama lagi.

Tahniah DPMZ ucapkan kepada semua peserta yang begitu besungguh-sungguh memastikan program Sukez '12 pada kali ini berjalan dengan lancar dan berusaha membawa rumah sukan masing-masing untuk merangkul kemenangan meskipun kurang bernasib baik.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada BKAN Perak selaku taakhi bagi DPMZ kerana bersama-sama menyokong sekaligus membantu dan menghantar wakil bagi bersama-sama menjayakan program sukan keluarga tahunan yang DPMZ anjurkan ini.

Semoga semangat berpasukan dan berukhuwah tidak berakhir di sini sahaja. Bersukan merupakan satu wadah dan pendekatan yang DPMZ ingin bawa bagi merealisasikan kelangsungan silaturrahim sesama ahli dan pimpinan terus dipupuk dan dijadikan batu asas untuk DPMZ terus membawa misi dan visi yang direncanakan selama ini.








Saturday, February 11, 2012

SYRIA TERUS BERMANDI DARAH.

Posted by UPP DPMZ On 1:48 AM



Isu kemanusiaan yang berlaku di Syria akibat kekejaman dan keganasan rejim Basyar Al-Asad terhadap seluruh rakyat Syria yang berlaku sejak beberapa bulan lalu telah menjadi isu antarabangsa utama pada waktu ini.

Isu ini menjadi semakin tegang dan bertambah buruk akibat daripada kedegilan regim Basyar Al-Asad untuk akur terhadap kebangkitan seluruh rakyat Syria yang ingin beliau turun daripada takhta pemerintahan sebagaimana yang telah berlaku kepada beberapa regim pemerintahan negara-negara Timur tengah yang turut mengalami revolusi kebangkitan rakyat seperti Tunisia, Mesir dan Libya.

Menurut media-media antarabangsa, isu yang sedang berlaku di Syria adalah isu yang sangat besar dan menjadi isu serangan berdarah yang paling parah melibatkan rakyat dalam seluruh revolusi yang berlaku setelah hampir 11 bulan demonstrasi meletus di negara tersebut melibatkan angka kematian melebihi daripada 6000 orang dan berterusan sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, seluruh masyarakat dunia pada hari ini telah menyatakan sokongan bersama-sama revolusi kebangkitan rakyat Syria.Bahkan lebih daripada 40 ribu tentera Syria turut berpaling tadah daripada regim Basyar Al-Asad di samping kumpulan Para Ulama' di Syria dan seluruh dunia yang menyatakan kebersamaan dalam isu yang besar ini.

Seramai 107 orang Ulama' dunia temasuk Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi bersetuju dengan satu kenyataan yang menyeru seluruh rakyat untuk mendokong perjuangan rakyat Syria untuk bebas daripada regim Al-Asad, bergabung dengan tentera Syria yang berpaling tadah daripada regim Al-Asad,serta menyeru negara-negara Arab  dan Islam untuk bertindak dalam isu ini.

Atas nada kebersamaan dalam isu antarabangsa ini, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyeru seluruh mahasiswa dan mahasiswi untuk sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Syria serta mendoakan mereka agar diberi kekuatan untuk menghadapi kezaliman regim Basyar Al-Asad dan melakukan solat hajat khusus untuk isu yang berlaku terhadap rakyat Syria pada ketika ini.

"PMRAM mengharapkan agar seluruh mahasiswa dan mahasisiwi melakukan solat hajat secara berterusan dan mendoakan kesejahteraan rakyat Syria.Buat permulaan, solat hajat akan dilakukan di seluruh cawangan BKAN dan DPM bermula esok.

Kepada Allah SWT kita berdoa dan memohon agar saudara seaqidah kitadiberikan kemenangan dan kebebasan hak-hak merek sebagaimana rakyat yang lain", ujar saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 ketika dihubungi. 

Sumber : (PMRAM)

Friday, February 10, 2012

SUKEZ DPMZ, MEREALISASIKAN UKHUWAH DALAM BERIADAH.

Posted by UPP DPMZ On 12:37 AM


ZAGAZIG, 8 FEBRUARI- Bersempena cuti musim dingin ini pihak DPMZ di bawah Unit Kebudayaan, Kesenian & Sukan telah menganjurkan Sukan Keluarga Zagazig (SUKEZ) dengan bertemakan "Riang Ria Dihari Keluarga". Program Riadah santai ini telahpun bermula sejak 8 februari dan akan tamat pada 11 februari ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, seluruh ahli akan dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing sepertimana yang telah disusun oleh pihak penganjur. 

Bagi peringkat Ikhwah, penganjur telah membahagikan kepada 4 kumpulan iaitu, biru, merah, hijau dan kuning. Manakala bagi peringkat Akhwat pula, mereka juga dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu, merah, biru, pink dan juga kuning.

Walaubagimanapun sukan untuk peringkat akhawat telah bermula pada 8 februari dan tamat pada hari yang sama, berlainan dengan peringkat ikhwah, sukan akan berlangsung pada 8 dan 11 februari kerana banyak acara yang dipertandingkan.

Antara sukan yang dijalankan pada hari pertama ialah, bola tampar dan pingpong (ikhwah), manakala bagi akhwat pula acara yang dipertandingkan berbentuk sukaneka. Antaranya ialah, bawa bola pingpong mengguanakan sudu, belon air berminyak, lari 3 kaki berhalangan, telefon buruk dan kupas bawang menggunakan jari. 

Selain sukaneka, acara sukan padang juga dipertandingkan untuk akhwat iaitu futsal dan basketball. Bagi peringkat akhawat, johan keseluruhan telah diumumkan iaitu dari kumpulan biru, manakala johan bagi acara futsal pula telah dirangkul oleh kumpulan pink dan johan basketball pula dari kumpulan biru. Saudari Nurizzati Azyan bt Mohd Zaki telah berjaya merangkul gelaran peserta terbaik bagi sukez peringkat akhwat.

Sukan bagi peringkat ikwah pula dimenangi oleh rumah kuning bagi acara bola tampar manakala bagi acara pingpong pula johan dirangkul oleh kumpulan hijau. Walaubagaimanapun, johan keseluruhan belum diumumkan lagi kerana masih berbaki banyak acara termasuk sukaneka pada hari penutup nanti iaitu pada 11 februari ini.

DPMZ mengucapkan tahniah kepada rumah sukan masing-masing yang berjaya mahupun tidak kerana  pada hakikatnya semua ahli tidak kira dari kumpulan mana sekalipun telah berjaya memberikan komitmen dalam program SUKEZ kita pada tahun ini. Bukan kejuaraan sebagai motif utama kita, di sebalik kita beriadah peluang untuk kita saling mengenali dan melebarkan ukhuwah sesama kita amat luas terbuka.

Maka dengan itu, DPMZ amat berharap dengan penganjuran program santai seperti ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh ahli untuk saling berkerjasama dalam berpasukan, bersukan untuk kesihatan diri di samping kita menjadikan nilai ikhuwah sesama kita kian mantap dari yang sebelumnya.






Wednesday, February 8, 2012

NIKAH KHITBAH, SATU INISIATIF BERCOUPLE SECARA HALAL.

Posted by UPP DPMZ On 5:22 PM




Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Monday, February 6, 2012

IHYA' SUNNAH, BERSAMA SUSURI SUNNAH PENUTUP SEGALA NABI.

Posted by UPP DPMZ On 1:32 AM


ZAGAZIG, 5 Februari 2012 - Bersempena Sambutan Maulidurrasul 1433H, Unit Biah Solehah di bawah kendalian Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ telah mengambil inisiatif bijak dengan menganjurkan satu majlis menyambut ulang tahun kelahiran Baginda Rasululullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang di beri nama "Ihya' Sunnah" pada 12 Rabiul awal 1433H bersamaan Februari 2012. Majlis tersebut telah dilangsungkan di Masjid Salam sekitar jam 8 malam dan berakhir pada jam 11 malam.

Saturday, February 4, 2012

SUKEZ '12 bakal menanti warga DPMZ...

Posted by UPP DPMZ On 1:53 AM

  Sila klik image ini, untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum wbt...

Makluman kepada semua warga DPMZ yang dikasihi sekalian, InsyaAllah pihak DPMZ akan mengadakan Sukan Keluarga Zagazig 2012 (SUKEZ '12) yang saban tahun diadakan untuk memperkukuhkan lagi silaturrahim sesama Mahasiswa Malaysia yang berada di Bumi Zagazig samada Pengajian Islam mahupun Pengajian Sains Kesihatan (Perubatan dan Farmasi).

Wednesday, February 1, 2012

Menghayati Peristiwa Kelahiran Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam

Posted by UPP DPMZ On 4:44 PM



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t…

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Agung yang memiliki seluruh Alam. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, di atas segala nikmat yang telah dianugerahkanNya kepada kita semua. Semoga dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan, dapat kita tingkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Kalam Pembukaan Muzakarah Berkelompok

Posted by UPP DPMZ On 2:31 PM



Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Institusi Muzakarah Berkelompok yang telah dibina bagi membentuk peribadi muslim yang cemerlang telah menjadi tunjang belakang PMRAM. PMRAM yang diasaskan pada 1930 hasil daripada kesedaran masyarakat Melayu di bumi Mesir terhadap kepentingan berpersatuan, telah mula membentuk konsep ini.

Sahabat