“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa’ : ayat 58)
Khamis, 31 mei 2012- Satu kejadian rompakan telah berlaku yang melibatkan sebuah rumah mahasiswi Malaysia awal pagi tadi di kawasan penempatan pelajar Malaysia iaitu Salam Saidnawi pada jam 6.30 pagi tadi.
Perompak yang disyaki warga tempatan itu walaubagaimanapun tidak dapat diberkas buat masa ini. Jumlah kerugian dilaporkan bernilai 4200 Ringgit Malaysia kerana diberitakan beberapa alat elektronik antaranya komputer riba, telefon bimbit , i-pod hilang dalam kejadian pagi tadi.
Difahamkan juga cara yang digunakan oleh perompak tersebut ialah dengan masuk melalui tingkap rumah Mahasiswi yang berada di tingkat bawah imarah Mahasiswi Malaysia. Walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pihak DPMZ memandang serius kes-kes seumpama ini dan sentiasa berusaha agar ianya tidak berulang pada waktu akan datang. Dalam pada itu juga seuruh Mahasiswa/mahasiwi Malaysia dinasihatkan agar terus meningkatkan tahap keselamatan diri dan rumah lebih-lebih lagi dalam musim peperiksaan pada masa ini.
Oleh yang demikian Pihak DPMZ juga telah mengambil tindakan membuat laporan polis sebagai satu langkah keselamatan demi memastikan isu keselamatan ini lebih terjamin dan dapat diselesaikan bersama.
Sehubungan dengan itu DPMZ telah menggariskan beberapa langkah keselamatan khusus untuk mahasiswa/mahasiswi yang bermukin di bumi Zagazig.
Berikut merupakan langkah keselamatan yang perlu dipertingkatkan demi memastikan kejadian seumpama ini dapat dielakkan pada masa akan datang :
(KESELAMATAN DIRI)
Mahasiwa/wi mestilah sentiasa berwaspadadan berjaga-jaga dalam isu keselamatan diriwalau di mana saja berada dan segala barang kepunyaan peribadi seperti dompet, telefon bimbit, passport dan dokumen pengenalan diri mestilah dijaga dengan sebaiknya. (Berdasarkan situasi Mesir selepas revolusi berlaku)
Sebarang kes kemalangan jiwa yang berlaku perlu dimaklumkan segera kepada Pengerusi DPMZ.
Di galakkan kepada Mahasiswi agar berjalan secara berkumpulan.
Mahasiswi mestilah berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.
(KESELAMATAN RUMAH)
Pastikan pintu utama rumah dan tingkap sentiasa berkunci samada berada di rumah mahupun sebaliknya.
Sebarang urusan perumahan yang berkaitan dengan warga arab mestilah dimaklumkan kepada unit Perumahan DPMZ untuk diambil tindakan. (Berdasarkan kes-kes kecurian dan gangguan seksual yang telah berlaku di kediaman terutamanya kediaman mahasiswi.
Tidak sewenang-wenangnya membenarkan mana-mana warga arab masuk ke dalam rumah.
Tidak sewenang-wenangnya membuka pintu rumah melainkan setelah mengenal pasti pengunjung yang datang. (Jika melibatkan warga arab mestilah menghubungi Unit Perumahan DPMZ)
Digalakkan kepada Mahasiswa/wi membuat sebarang notis kepada pengunjung yang datang berdasarkan kreativiti penghuni tersebut. ( contoh: ketuk pintu 3 kali dan memberitahu nama)
Orde Baru
Dunia (New World Order) adalah satu pemerintahan yang bersistemkan kapitalis
Amerika yang cuba untuk menguasai dunia hari ini. Pemerintahan Orde Baru Dunia
adalah seruan globalisasi yang bermula di Amerika Syarikat.
Ruang
lingkup pentarbiahan Rejab kini semakin menghampiri kita. Sedar ataupun tidak
ia memberikan kita satu isyarat dalam membuat persediaan menghadapi
pentarbiahan Ramadhan.
Perkataan Rejab terdiri
daripada huruf Ra Jim Ba. Gabungan tiga huruf bermaksud menyokong
sesuatu atau menguatkan sesuatu. Dikatakan masyarakat Arab menamakan bulan
tersebut sebagai Rejab kerana pada masa itu mereka membuat sokongan pada
pokok-pokok kurma yang hampir tumbang. Mereka memuliakan bulan ini dengan
beberapa cara.
Pertama dan selamanya, setinggi-tinggi syukur
ke atas Allah Subhanahu wa Taala kerana sehingga kesaat ini masih lagi kita
diberi peluang untuk menikmati segala kenikmatan dan selawat dan salam buat junjungan
mulia Rasulullah SAW.
Sabtu, 19 Mei 2012 - Majlis
Solat Hajat Perdana DPMZ telah diadakan di Rumah Saudari Siti Khadijah Jusoh
Khadidi (Imarah Mama Fatimah) khusus mahasiswi Malaysia yang berada di Bumi Zagazig.
Majlis ini dikelolai oleh Unit Biah Solehah DPMZ sesi 2011/2012 di bawah
anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ sesi ini.
Umat Islam di tanah air sering dikejutkan dengan 'berita panas' yang kerap kali mengguris luka di hati rakyat,bahkan isu yang datangkan boleh memberikan kesan kepada akidah umat. Minggu ini kita dikejutkan lagidengan kontroversi kedatangan Irshad Manji yang dikatakan akan mengadakan program pada 18 Mei lalu.
Lalu pelbagai pihak tampil menyatakan bantahan terhadap wanita ini, program yang dijadualkan berlansung diUniversiti Monash Bandar Sunway pada hari Jumaat 18 Mei 2012 antara jam 1 hingga 2 tengah hari yangbertajuk "Moral Courage: Creating Space for Islam & Democracy".
Siapakah Irshad Manji?
Irshad Manji adalah seorang wanita berumur 49 tahun berkelahiran dari Uganda, Afrika Timur. Beliauseorang jurnalis, juga seorang penulis dari Kanada dan pengacara sebuah badan progresif dan reformasi Islam.Beliau presiden dan pengasas kumpulan Moral Courage Project. Sebuah organisasi yang banyak bergerakmempromosikan bagaimana berfikiran kritis, berbeza pendapat dan perdebatan dalam agama Islam. Moral Courage Project adalah sebuah badan yang berada di tengah-tengah jaringan non muslim dan reformis muslim.
Ayahnya berasal dari Gujarat dan ibunya dari negara Mesir. Ketika berusia empat tahun, keluarga IrshadManji berpindah ke Kanada. Irshad Manji dibesarkan dan bersekolah aliran Islam, dia mempelajari Islam melalui perpustakaan dan juga belajar bahasaArab selama sekitar 20 tahun. Namun fahaman yang di perolehinya telah menyeleweng dan secara jelas dia telah membawa fahaman liberal kepadaumat islam.
Pemikiran Dan Perjuangan Irshad Manji
Kontroversi yang timbul tentu sekali ada asbab yang boleh memberi kesan kepada masyarakat Islam, kalau tidak, mana mungkin ada pihak yang tampilmenyatakan bantahan. Sekilas pandang secara luarannya kita sudah boleh menilai dan agak pelik bagaimana seorang wanita berambut pendek yangmengamalkan homoseksual boleh menulis buku "Allah, Kebebasan dan Cinta". Sudah tentu tulisannya mengundang seribu tanda tanya dan prasangkaantara ilmu yang ditulis dengan perihal dirinya dirinya.
Benar kata orang, manusia tidak boleh dihukum dari sudut luarannya, namun apa yang dizahirkan, itulah garis petujuk kepada realiti bagaimanadalamannya. Apatah lagi kalau yang sudah terang lagi bersuluh kesalahannya. Irshad Manji secara terbuka mengaku bahawa dia adalah lesbian.
Tulisan Irshad Manji banyak mengelirukan dan menyeleweng dari hukum Syarak. Malah Irshad Manji kerapkali mempertikaikan dan menghina Islam.Irshad Manji adalah seorang pejuang seks bebas, dan pergerakannya dipromosikan oleh golongan gay dan lesbian di rata-rata laman-laman sosial danlaman web. Irshad Manji merupakan lesbian dan mengamalkan homoseksual secara terbuka.
Dalam soal kefahaman agama, Irshad Manji mengatakan lelaki Islam hanya dialu-alukan hadir ke solat jumaat dan solat boleh dibuat bila-bila masasahaja dan ia merupakan ciptaan manusia.
Irshad Manji menghina baginda Nabi Muhammad SAW sebagaimana di dalam bukunya 'Beriman Tanpa Rasa Takut: Tentangan Umat Islam Saat Ini',katanya : "Sebagai seorang pedagang buta huruf, Muhammad bergantung pada para penulis untuk menulis kata-kata yang didengarnya dari Allah. Kadang-kadang Nabi sendiri mengalami penderitaan yang luar biasa untuk menguraikan apa yang ia dengar. Itulah bagaimana ayat-ayat syaitan, ayat-ayat yang memuja berhala yang dikatakan pernah diterima oleh Muhammad dan ditulis sebagai ayat rasmi untuk al-Quran. Nabi kemudianmencoret ayat-ayat tersebut, menyalahkan tipu daya setan sebagai penyebab kesalahan catat tersebut. Walaubagaimanapun, ahli falsafah muslimsudah berabad-abad lama mengisahkan cerita ini dan ini telahpun memperlihatkan keraguan yang sudah lama ada pada kesempurnaan al-Quran"
Didalam bukunya yang lain "Beriman Tanpa Rasa Takut: Tentangan Umat Islam Saat Ini" Irshad Manji mengungkapkan kisah bernada penghinaanterhadap Nabi Muhammad SAW dengan menuduh Rasulullah SAW telah mengubahsuai al-Quran dan keraguan terhadap al-Qur'an melalui riwayatlemah dan palsu, dan ini telah menjadi peluang kepada orientalis untuk menyerang al-Quran dan Nabi Muhammad SAW yang sudah pasti menjadikesukaan mereka.
Irshad Manji telah banyak mengadakan seminar-seminar di rata-rata negara dengan memperjuangan seks bebas dan pergaulan bebas. Salah satuseminar yang dianjurkan berjudul “Menggugat Normativiti Tubuh dan Seksualiti : Iman, Cinta dan Kebebasan” yang bertujuan memberikanpendedahan pengamalan seks bebas kepada masyarakat.
Baru-baru ini Irshad Manji menganjurkan program seminar dan diskusi bukunya di Jakarta, 4 Mei 2012. Program tersebut telah ditentang keras olehmasyarakat islam Indonesia. Ratusan masyarakat islam Indonesia keluar berhimpun di luar dewan seminar dengan laungan protes supaya programtersebut dibatalkan. Akhirnya berlaku ketegangan dan protes bantahan tersebut telah dihadiri oleh pihak polis, akhirnya program tersebut terpaksadibatalkan. Setelah itu Irshad Manji sekali lagi mengajurkan programnya pada 9 Mei 2012, namun program itu juga mendapat bantahan umat islamIndonesia dan terpaksa dibatalkan. Kedatangan Irshad Manji ke Indonesia untuk mengadakan seminar dan diskusi tersebut ditaja oleh Yayasan danLSM Liberal-Kapitalis.
Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) telah membantah penganjuran program Irshad Manji dengan sekeras-kerasnya dan turut menyebarkan risalahkepada warga Indonesia dengan menyatakan "sesiapapun yang melindungi Irshad Manji akan berhadapan dengan umat Islam dan MMI". ProggramIrshad Manji tersebut juga mendapat tentangan hebat daripada Front Pembela Islam (FPI) Indonesia yang menyebabkan ia terpaksa dibatalkan.
Irshad Manji di dalam bukunya "Allah, Liberty and Love", menjelaskan bagaimana seseorang menjadi berani jika ada induvidu atau pihak yang inginmenutup mulut agar tidak berkata-kata. Buku ini sebagai panduan untuk menjadi seorang tokoh dunia yang mempunyai keberanian. Namun perludisedari, keberanian yang dimaksudkan adalah keberanian mempertahankan idea yang dihasilkan sendiri sekalipun bertentangan dengan Islam. Makakerana itu golongan yang bersama-sama dengan Irsyad Manji akan menjadi lebih yakin untuk mengamalkan seks bebas dan membuat andaian sendiriterhadap agama.
Persis sebegitulah kefahaman yang disuntik kepada sesiapa yang mengikuti program bersama Irshad Manji, sebagaimana terjadi kepada Ahmad Dhani,seorang ketua kumpulan muzik Dewa 19, dari Indonesia yang telah secara jelas telah menyokong dan mengikuti Irshad Manji.
Beliau berpandangan bahawa golongan mereka sebenarnya golongan yang MERDEKA berfikir, bukan dikonkong oleh agama, sebagaimana yang dipetik daripadaTwitternya. Kata para ulama, golongan yang sesat, dan merasakan dia adalah betul adalah golongan yang teramat sukar untuk dibersihkan akidahnya.
Semalam, 19 Mei 2012, Irshad Manji telah melancarkan bukunya "Allah, Liberty and Love" di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor dan Kuala Lumpur. Buku pertama Manji, "The Trouble with Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith" sebelum ini telah diharamkan di Malaysia selepas lapan tahun berada di pasaran.
Pihak bertanggungjawab perlu mengambil cakna dan tidak membiarkan perkara ini terus berleluasa dan berlarutan. Hari ini masih ada, api yangkecil jangan dibiarkan membakar tuan baru ingin mencari pemadamnya.
Golongan mahasiswa dan mahasiwa tidak boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat perkara ini merebak. Mahasiswa adalah penggantikepada kepimpinan negara, dan isu ini seharusnya dipikul bersama. Moga Allah selamatkan kita semua dan menjauhkan anak bangsa daripada turutterjerumus ke lembah kejahilan dan jauh daripada hidayah Allah SWT.
"Mahasiswa Mendepani Isu Sejagat" "Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Saudara Ahmad Huzaifah bersama Saudara Muhamad Nasuha
Jumaat 18 Mei 2012 - Naib Presiden III,
Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2012, Saudara Ahmad Huzaifah Bin Fauzi
bersama Timbalan Setiausaha, Unit Kebajikan dan Kemanusiaan DPMZ 2011/2012,
Saudara Muhamad Nasuha Bin Mohd Zakariah telah berkunjung dan menziarahi ahli
DPMZ, Saudara Mohd Shafiq Bin Paridin, Tahun 6 Kuliah Perubatan Universiti
Zagazig.
Topik
"kebebasan" antara satu topik hangat yang dipermainkan dalam media
massa di mana negara dunia sekalipun kerana ia merupakan isu sejagat.
Hari
ini, di Malaysia, isu 'kebebasan' yang dibawa oleh Irshad Manji juga
wajib dibantah oleh umat Islam. Hal ini demikian kerana beliau yang
jelas mempamerkan ketokohan liberalnya dengan terang mengakui seorang
lesbian bahkan seringkali menaikkan isu kebebasan yang mutlak.
Justeru,
dalam isu ini pihak MANHAL PMRAM satu pendedahan berkenaan kebebasan
bagi memahami konteks kebebasan menurut perspektif Islam.
Memang
tidak dapat dinafikan setiap orang inginkan hiburan atau sebarang bentuk
hiburan yang dapat mengurangkan kebosanan seseorang apabila banyak masa
terluang tanpa sebarang aktiviti atau program yang bermanfaat.
Zaman
yang serba moden dan maju dengan dunia globalisasi yang penuh dengan maklumat
tanpa sempadan yang ditakrifkan oleh cendekiawan barat amatlah jelas terpancar
kegeniusan dan kebijaksanaan mereka untuk melebarkan pengaruh negatif dalam
kalangan remaja.
Jika
dapat kita perhatikan bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi wabak negatif
sebegini terbawa-bawa sehingga keperingkat pengajian tinggi. Penggunaan
teknologi atau internet sukar untuk dikawal jika seseorang individu itu sendiri
kurang kesedaran agama.
Pertama sekali, Alhamdulillah diucapkan kerana kita telah ditemukan
lagi dalam laman blog ini. Selawat dan
Salam ke atas junjungan kita Rasulullah SAW yang mana nama baginda adalah yang
paling lama dan paling ramai disebut dan diucap oleh penduduk dunia mahupun langit
sejak dahulu hingga sekarang. Bersyukur juga kita kerana diberi nikmat terbesar
yang kita kecapi selama ini hasil perjuang Rasulullah SAW, Para Sahabat Baginda
serta Para Pejuang seluruhnya iaitu nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah dengan
nikmat Iman dan Islam inilah yang menemukan kita di dalam satu ikatan Aqidah Islamiah
yang insyaAllah akan kekal hingga ke Akhirat kelak hendaknya, amin.
1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b.
Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam
perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya,
iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah
manusia – manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti
himar (keldai). Maka pada zaman
Assalamualaikum wbt. Innalillahi wa inna
ilaihi rajiun. Setiap yang bernyawa pasti akan mati, daripada Allah kita datang
dan kepada Allah jua kita kembali.
Memang
tidak dinafikan bahawa di zaman yang canggih ini perbagai jenis media telah
dihasilkan. Manusia sekarang tidak hairan dengan kecanggihan yang wujud
sekarang. Media cetak dan media elektronik memang telah mempengaruhi kehidupan
manusia di dunia ini. Media-media inilah yang berperanan untuk menyebarluaskan
maklumat terkini.