Thursday, March 29, 2012

Perbahasan Hukum Wanita Keluar Rumah Pada Waktu Malam

Posted by UPP DPMZ On 9:39 PM



Muqaddimah

Agama Islam menitilkberatkan kehormatan dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Perkara ini jelas kelihatan pada hukum yang digariskan dalam memartabatkan kaum hawa seperti etika pemakaian, bahagian harta pusaka dan lain-lain. Itulah ajaran suci yang diajarkan kepada umatnya setelah golongan wanita ditindas dan diabaikan sebelum kedatangan Islam.

Saturday, March 24, 2012

TANDA PRIHATIN, PMRAM SERAH SUMBANGAN KEPADA SYRIA.

Posted by UPP DPMZ On 10:06 PM



KAHERAH, 24 Mac 2012 : Jawatankuasa Kempen Prihatin Syria yang dilancarkan di bawah kelolaan PMRAM pada 16 Februari lalu telah berjaya mengumpulkan sumbangan kewangan sebanyak LE 88,500. Sumbangan derma itu termasuk sumbangan mahasiswa dan mahasiswi Perubatan dan Pengajian Islam. 

Salah seorang Anggota Jawatankuasa Kempen Prihatin Syria, saudara Muhammad Abdul Malik Abdul Karim telah menyerahkan bantuan kewangan tersebut kepada pihak Ikhwan Muslimin. 

Sebelum itu, simbolik penyerahan sumbangan derma dari PMRAM kepada Jawatankuasa Kempen Prihatin Syria diadakan di Pejabat PMRAM yang diserahkan oleh Naib Presiden III merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM saudara Ahmad Huzaifah Bin Fauzi kepada saudara Abdul Malik.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil kerajaan peralihan di Kaherah. Dalam isu Syria, ketegasan PMRAM dengan jelas mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh rejim Basyar dan menyatakan sokongan penuh kepada revolusi rakyat Syria yang lebih 40 tahun di bawah cengkaman kuku besi keluarga Asad. 

Saudara Muhammad Abdul Malik yang juga Penasihat PMRAM 2012 berkata, pihaknya akan terus membuka sumbangan derma bagi pusingan kedua. 

Sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan, jawatankuasa kempen masih mengharapkan sumbangan berterusan kepada tabung kemanusiaan Syria ini memandangkan situasi di Syria masih belum ada tanda-tanda akan berakhir. 

Bahkan pihaknya merancang akan terus menjelajah ke PMRAM cawangan-cawangan sebelum satu program yang dinamakan Kemuncak Jelajah Syria akan diadakan pertengahan April depan.

DPMZ mengucapkan tahniah kepada PMRAM atas usaha berterusan dalam membantu saudara kita di seberang sana. Hal ini membuktikan PMRAM adalah merupakan satu gerakan mahasiswa yang sentiasa cakna dan menitik beratkan kebajikan bukan sahaja kepada ahli bahkan kepada sesiapa sahaja yang menanggung kesulitan dan musibah sepertimana yang dialami oleh saudara kita di Syiria.



Sunday, March 18, 2012

HARI KE-2 K'19, RESPON AHLI SANGAT MENGGALAKKAN.

Posted by UPP DPMZ On 3:03 AM



ZAGAZIG, 17 MARCH 2012- Hari ke 2 Karnival 19 tahun DPMZ berlangsung lebih meriah dari yang sebelumnya. Sambutan dari ahli yang sangat menggalakkan menggambarkan hadaf utama program ini hampir tercapai.

Sesi pagi bermula dengan sukan tradisional di peringkat ikhwah dan akhwat. Pelbagai acara yang dipertandingkan berjaya menarik minat ahli untuk turun padang bersama-sama menjayakan program tersebut.

Antara acara yang dipertandingkan diperingkat ikhwah ialah galah panjang, sepak raga, bola beracun, tuju selipar dan acara tarik tali. Manakala acara diperingkat akhwat pula antaranya ialah, ting-ting, zero-point dan nenek-nenek.

Walaubagaimanapun lokasi sukan tradisional berbeza iaitu ikhwah di Istad Syarqiah manakala akhwat pula di Istad gamaah.

Disebelah malam pula majlis Seminar Ilmuan Islam terus berlansung seperti hari sebelumnya. Ustaz Akli Mat Saman Abdullah Al-Azhari telah dijemput untuk membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk Pembedahan Menurut Islam.

Beliau  merupakan Pensyarah Kuliah Syariah, Kolej Universiti Insaniah Kedah dan merupakan graduan master Universiti Al-Azhar Kaherah tahun 2006 dan kini sedang menulis Thesis Phd dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti yang sama.

Pembentangan yang mantap dari beliau berjaya memukau seluruh hadirin yang hadir dan menarik minat ahli untuk mendalami ilmu perubatan selari dengan konsep islam yang telah digariskan. 

Kehadiran ahli yang lebih ramai dari hari sebelumnya jelas menunjukkan program-program ilmiah tidak dikesampingkan walaupun masih kepenatan bersukan pada pagi sebelumnya. 







Friday, March 16, 2012

KARNIVAL 19 TAHUN DPMZ MEMBUKA TIRAI.

Posted by UPP DPMZ On 9:49 PM


ZAGAZIG, 16 MARCH 2012- Majlis pembukaan Karnival 19 tahun DPMZ (K'19) berjaya direalisasikan pada malam semalam bertempat di Dewan Dar Salam. Majlis perasmian K'19 tersebut telah dirasmikan oleh Saudara Solihuddin Mohd Jahar selaku Penasihat 2 Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig DPMZ.

Program yang direncanakan selama seminggu ini membuka tirai dengan Seminar Ilmuan Islam yang disampaikan oleh Ustaz Mujahid Mohd Fadzil. Beliau yang merupakan graduan Usuluddin Jabatan Aqidah & Falsafah Universiti Al-Azhar Kaherah telah membentangkan satu kertas kerja iaitu Perandingan Agama.

Kehadiran ahli yang agak ramai memeriahkan lagi majlis perasmian dan pembentangan kertas kerja tersebut. Ini merupakan permulaan yang baik dan isyarat awal bahawa program seperti ini memang dinanti-nantikan oleh seluruh ahli DPMZ.

Program seperti ini juga merupakan kebajikan dalam bentuk ilmiah dan thaqafah untuk ahli di samping meraikan ahli untuk bersama-sama dalam menjayakan agenda yang dibawa oleh DPMZ.

Program yang berlansung selama seminggu ini dijangkan akan berakhir pada 21 march akan datang. Masih banyak lagi majlis serta pengisian bermanfaat disediakan untuk ahli sepanjang program ini berlansung.




SYRIA, Aku Kisah???

Posted by UPP DPMZ On 8:20 AM


Sahabat. Apa yang telah terjadi di Syria saat ini? Kalian tau? Sahabat. Mungkin kita seringkali menitiskan air mata kerana kecewa dengan cinta, dilukai oleh kawan, sahabat, saudara atau orang lain. Namun pernah kita menangisi nasib saudara kita disebuah negara yang terjajah, dihina namun mempunyai "nasab" dengan diri kita. Ya, "nasab" Islam telah menghubungkan kita.

MUKTAMAR SANAWI PMRAM KE-79, 3 USUL MENJADI PEMBAWAKAN SESI INI.

Posted by UPP DPMZ On 8:08 AM


ZAGAZIG, 16 MARCH 2012- Seramai 23 perwakilan yang mewakili pihak DPMZ telah dihantar bagi menyertai Muktamar Sanawi PMRAM kali ke- 79 dan Hewi PMRAM kali ke-25 bertempat di dewan Nadi Riadi, Hayyu Sadis Kaherah.

Seperti tahu-tahun sebelumnya, Muktamar pada kali ini berlansung dengan jayanya, seramai 600 orang perwakilan dari seluruh pelusuk BKAN dan DPM berkumpul bagi mencapai kata sepakat untuk meneruskan survival PMRAM pada sesi akan datang.

Majlis yang penuh gilang gemilang itu bermula sekitar jam 8 pagi dan tamat sekitar jam 11 malam. Pentadbiran PMRAM sesi 2012 telah berjaya membawa 3 usul yang disepakati dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-79 iaitu :

1. Mengembalikan Hak PMRAM di ARMA
2. Memperkasakan hubungan baik antara mahasiwa Pengajian Islam dan Sains Kesihatan
3. Bersama menjayakan slogan " KITA PMRAM " dengan tindakan :
- Mempertahankan hak mahasiswa Islam 
- Memperkasakan kesatuan di seluruh cawangan.

Salah satu daripada usul tersebut telah dibahaskan sendiri oleh Presiden PMRAM sesi 2012 iaitu saudara Abdul Aziz Ali dan diterima sebagai salah satu pembawakan PMRAM untuk sesi ini.

Struktur organisasi PMRAM juga telah bertukar pada malam tersebut yang mana 10 orang badan pengurus  baru telah dilantik manakala 5 orang badan pengurus sebelum ini dikekalkan. Untuk jawatan Presiden, Saudara Abdul Aziz Ali diamanahkan sebagai pengemudi PMRAM bagi sesi ini.  Beliau juga telah membawa satu tema baru PMRAM ini iaitu, " MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN ."

Sebelum majlis pada malam itu ditangguhkan, Mantan Presiden PMRAM sudara Zuhaili Saiman berkesempatan untuk mengumumkan DPM dan BKAN terbaik untuk sesi 2011 serta perwakilan tebaik pada muktamar tersebut.

Bagi DPM terbaik, PMRAM telah memilih DPM MAQAZ sebagai Dewan Perwakilan Mahasiswa Terbaik dan BKAN Selangor pula  mengungguli Badan Kebajikan Anak Negeri terbaik bagi sesi lepas, manakala di peringkat HEWI PMRAM, Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah dipilih sebagai DPM terbaik bagi sesi lepas.

Untuk perwakilan terbaik pula, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah dipilih di peringkat PMRAM sebagai perwakilan terbaik, Manakala di peringkat HEWI PMRAM, DPMZ sekali lagi dipilih sebagai perwakilan terbaik Muktamar Sanawi PMRAM untuk sesi ini.

Dikesempatan ini, pihak DPMZ mengucapkan Tahniah dan takziah kepada seluruh pimpinan PMRAM dan HEWI bagi sesi 2012 yang diketuai oleh saudara Abdul Aziz Ali. Semoga amanah yang disandarkan dapat dijalankan sebaik mungkin dan membawa PMRAM di peringkat yang lebih tinggi demi memastikan survival kebajikan anak-anak melayu di perlembahan nil ini dapat diteruskan dan dibaik pulih dari masa ke semasa.

DPMZ SERAH SUMBANGAN, TANDA CAKNA MASALAH AHLI.

Posted by UPP DPMZ On 1:50 AM

ZAGAZIG, 16 MARCH 2012- Sebagai tanda prihatin dan penuh rasa tanggungjawab, pihak DPMZ di bawah Unit Tabung Kebajikan & Kemanusiaan sentiasa berusaha memberikan kebajikan yang terbaik buat ahlinya.

Baru-baru ini DPMZ telah memberikan sumbangan kepada seorang ahli yang ditimpa musibah iaitu Saudara Imaduddin misran, mahasiswa tahun 1 kuliah Perubatan Universiti Zagazig yang menderita jangkitan kuman di bahagian kulit beliau.

DPMZ telah mencari inisiatif dengan mengumpul sumbangan yang dikutip dari seluruh ahli bagi sama-sama membantu untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh beliau.

Hasilnya L.E 600 berjaya dikumpul dan diserahkan kepada beliau. Saudara Muhamad Nasuha Zakariah selaku Timbalan Setiausaha Agung DPMZ selaku Unit tabung kebajikan dan Kemanusiaan DPMZ meluangkan masa bertemu dan sekaligus menyerahkan sumbangan tersebut kepada beliau.

Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan akan lebih memudahkan dan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung sebagi contoh dari sudut kos rawatan dan sebagainya.


Wednesday, March 14, 2012

Nantikan Karnival Perayaan 19 Tahun DPMZ (K19)

Posted by UPP DPMZ On 1:49 AM



DPMZ akan mengadakan Karnival Perayaan 19 Tahun DPMZ (K19 DPMZ) bermula 15-21 Mac 2012 dengan bertemakan "Mengimbau sejarah keagungan". Pelbagai acara menarik bakal disediakan buat seluruh warga Zagazig pada K19. Antaranya ialah Seminar Ilmuan Islam, Hari Kebudayaan, Malam Kesenian Islam dan Majlis Walimatul Urus (MAWAR) pada hari terakhir program untuk meraikan pasangan pengantin baru.

Berikut adalah tentatif program :

Sunday, March 11, 2012

KENYATAAN RASMI DPMZ BERKAITAN ISU PENARIKAN ZAKAT MAHASISWA TERENGGANU.

Posted by UPP DPMZ On 8:14 PM



Melihat kepada tindakan Yayasan Terengganu yang telah menamatkan pinjaman terhadap 9 orang mahasiswa Keluarga Penuntut Terengganu adalah sama sekali tidak wajar. 

Pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) mewakili seluruh mahasiswa/wi di bumi Zagazig melahirkan rasa kesal terhadap perkara yang berlaku. Bahkan tindakan yang dikenakan menunjukkan seolah-olah akta AUKU ingin diwujudkan di bumi mesir ini secara tidak langsung.

Pihak DPMZ menganggap tindakan yang telah dikenakan akan merencatkan lagi sesi pembelajaran terhadap mahasiswa tersebut terutamanya dalam isu pembayaran yuran yang memerlukan kos pembayaran yang tinggi khususnya mahasiswa perubatan.

Tindakan yang telah diambil oleh pihak Yayasan Terengganu seolah-olah menunjukkan ada tangan-tangan yang cuba campurtangan terhadap isu penarikan pinjaman ini.

Justeru , alasan yang diberikan sama sekali tidak relevan berikutan penarikan terhadap pinjaman yang diberikan dan ini akan menimbulkan lebih banyak persoalan daripada kalangan masyarakat terhadap isu tersebut. 

Oleh hal yang demikian , pihak DPMZ akan bersama-sama dengan PMRAM dan seluruh PMRAM cawangan terhadap isu penarikan pinjaman terhadap mahasiswa Terengganu ini kerana isu mahasiswa adalah isu kita bersama.

Tuesday, March 6, 2012

Ragam Kita, Isu Syria

Posted by UPP DPMZ On 4:15 PM


Tayangan-tayangan video YouTube dari rakyat Syria sendiri menjadi isu yang sangat hangat. Mereka dibunuh, disembelih, dibakar, dipijak dan dihina oleh rejim Bashar Asad.

Namun, ia tidak mendapat liputan yang sangat luas dari Al-Jazeera. Kita tidak tahu mengapa, namun kita mengharapkan semua umat Islam prihatin terhadap Isu ini.

Friday, March 2, 2012

Syiah al-Khomeiniah (Bahagian 3)

Posted by UPP DPMZ On 5:12 PM

Nasihat al-Mursyied Saied Hawwa
terhadap pengaruh Khomeinisma


Ibn Umar pernah menyebut tentang keadaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. :“Sesungguhnya kami telah hidup dalam satu jangka masa yang kami telah membawa keimanan dalam diri sebelum Al-Quran (sebelum al-Quran memperincikan secara menyeluruh tentang manhaj / sistem kehidupan)”.

Fasa-fasa pemerintahan Islam menurut Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam

Posted by UPP DPMZ On 9:41 AM



Sempena memperingati peristiwa yang berlaku pada tanggal 3hb Mac 1924 iaitu Kejatuhan Khilafah Islamiyah, maka marilah sama-sama kita menyingkap sorotan sejarah yang berlaku kepada umat Islam pada kegemilangan, keruntuhan dan kebangkitan Islam itu sendiri. 

KONVENSYEN DPM KALI KE-4 MELAKAR SEJARAH BUAT SELURUH DPM, BKAN & PMRAM.

Posted by UPP DPMZ On 3:20 AM


ZAGAZIG, 1 MARCH 2012- Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah berjaya merealisasikan satu sejarah baru setelah berjaya melaksanakan satu program yang menggabungkan seluruh cawangan BKAN dan DPM iaitu Konvensyen DPM Kali ke- 4 ataupun ABADI' 12 yang bertempat di Dewan Muktamarat Kubra Universiti Zagazig pada hujung februari lepas.

DPMZ selaku tuan rumah bagi Konvensyen sesi ini berasa amat bertuah kerana terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi seluruh pelusuk cawangan DPM dan BKAN yang bernaung di bawah PMRAM untuk memastikan program yang dirancang sekian lama itu dapat dijalankan dengan baik dan berjaya.

Thursday, March 1, 2012

Syiah al-Khomeiniah (Bahagian 2)

Posted by UPP DPMZ On 9:01 AM


BAB KEDUA : Pendirian-pendirian Pelik Syiah yang di Asaskan oleh al-Khomeini


Pelbagai cerita dan kisah yang menunjukkan Syiah bersekongkol dengan pengkhianat-pengkhianat agama sehingga sanggup bergabung tenaga dengan golongan kafir semata-mata menjayakan misinya, lebih-lebih lagi mencetuskan pertembungan yang hebat dengan kelompok Ahli Sunnah wal Jamaah.

Sahabat