Monday, May 31, 2010

Posted by UPP DPMZ On 9:06 PM No comments

Ganas..... angkatan laut Israel menyerang kapal Mevi Marmara (gambar sekadar hiasan)

Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) dengan ini mengutuk keras tindakan yang dilakukan oleh tentera Israel yang telah menyerang konvoi 7 buah kapal bantuan kemanusiaan yang membawa muatan 10,000 tan bantuan kemanusiaan serta 700 orang aktivis bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia ke Gaza.Serangan tersebut telah menyebabkan 16 orang syahid.12 orang rakyat Malaysia dipercayai berada di dalam konvoi tersebut.
Konvoi kapal tersebut kemudiannya dibawa ke Haifa, Israel.Serangan tersebut membuktikan bahawa Zionis Israel merupakan sebuah entiti yang wajib disisihkan oleh seluruh masyarakat dunia.DPMZ juga menggesa seluruh kelompok masyarakat terutamanya ahli DPMZ untuk memboikot barangan Israel dan negara-negara yang menyokongnya.Semoga seluruh aktivis kemanusiaan yang terlibat diselamatkan oleh Allah SWT dari kekejaman Zionis Israel.Semoga Allah melindungi rakyat Palestin dan memberi bantuan kepada para pejuang rakyat Palestin. 

Zalim..... Komando Israel menggempur aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata

0 comments:

Sahabat