Tuesday, September 23, 2014

PEMBUKAAN MADRASAH IMAM SYAFIE: KENALI SAHABAT RASULULLAH SAW

Posted by UPP DPMZ On 12:00 AM No comments


ZAGAZIG, 21 September 2014- PMRAM Cawangan Zagazig telah menganjurkan Madrasah Imam Syafie dibawah Unit Pengetahuan Dan Pendidikan DPMZ sesi 14/15. Pembukaan MIS ini, setelah tamat tempoh tawaquh sempena Imtihan yang lalu. Program bermula pada jam 5.30 Petang bertempat di Zagazig Malaysian Students Hall. Tajuk pada hari berkenaan adalah "Kisah Para Sahabat". Pengisi pada kali ini adalah AF Ust Muhammad Akramin B. Mohd Ishak iaitu Graduan Usuluddin Jabatan Dakwah Universiti Al Azhar Zagazig.





Pengisi menyentuh berkenaan dengan pengorbanan sahabat pada permulaan Islam yang disebut pada Surah Taubah ayat 100, yang berlaku pada penghijrahan di antara kaum muhajirin dan ansar. Pengisi juga turut menyebut nama sahabat yang paling utama dikalangan sahabat iaitu Saidina Abu Bakar As- Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab. Pengisi turut menyatakan agar hadirin mencontohi sahabat kerana sahabat juga pernah melakukan kesilapan serta mampu bertaubat dan kembali bersama dengan perjuangan Rasulullah SAW.


Selain itu , Pengisi turut mengenalkan sahabat dikalangan para wanita yang menjadi contoh tauladan di dalam perjuangan Islam, seperti Sumayyah wanita pertama syahid. Anak kepada Saidina Umar iaitu Saiditina Hafsah turut diceritakan kisah kehidupannya agar hadirin-hadirat dapat mengenali peribadinya yang terpuji. Kisah yang paling memberi kesan adalah sahabat yang bernama Talhah B Ubaidillah yang mana disebut 10 orang yang dijanjikan syurga dan kehidupanya yang sangat panjang dari sezaman dengan Nabi SAW hingga Khulafa' Rasyidin. Beliau sangat pemurah dengan kekayaanya dan Sabda Rasulullah berkenaan beliau,  "Barangsiapa yang ingin melihat syahid yang sedang berjalan di muka bumi ini, lihatlah pada Talhah ibn Ubaidillah"

Program tamat sekitar jam 7 dan kedatangan warga Malaysia memberangsangkan. Semoga kita mendapat manfaat dari kelas pengajian ini dan menyampaikan pada yang lain.

"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"




0 comments:

Sahabat