Wednesday, June 18, 2014

Penawar Bagi Hati Siri IV (Edisi Ramadhan)

Posted by UPP DPMZ On 6:11 PM No comments


ZAGAZIG, 17 JUN 2014 - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sesi 2013/2014 dibawah anjuran Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan sekali lagi mengadakan Diskusi Kitab berkenaan Penawar Bagi Hati Siri IV bagi warga Malaysia khususnya yang berada di bumi Zagazig. Ia adalah kesinambungan Diskusi sebelum ini yang mana Pendiskusi asal AF Ust Jamiluddin Murad Al-Yamani tidak dapat hadir dan digantikan oleh AF Ust Muhammad Firdaus Shaharudin iaitu Mantan Pengerusi Tanta 2012/2013.

Program berjalan sekitar jam 5.30 petang dan bertempat di Masjid Salam. Pengisian kali ini menyentuh berkenaan bahayanya sifat marah, dengki dan kedekut. Ia turut menyentuh cara untuk menghindari tiga sifat berkenaan dan turut memberi penekanan bahawa semua sifat berkenaan adalah perkara mendatangkan dosa, sia-sia dan membinasakan diri jika tidak diletakkan pada tempat yang betul.


Sesi soal jawab turut dibuka kepada warga Malaysia yang hadir agar kefahaman berkenaan masalah hati terjawab dengan sempurna. Kehadiran ikhwah dan akhawat memuaskan serta mendapat perhatian yang baik. Ini menunjukkan bahawa komuniti Zagazig mula sedar bahayanya pada hati jika wujud sifat-sifat mazmumah di dalam diri.


 Program tamat sekitar jam 7.30 petang waktu tempatan. Semoga manfaat majlis ilmu sebegini akan memberi kesan yang baik dan melahirkan hati-hati yang bersih dari segala kekotoran serta mewujudkan biah solehah yang berkesan.


"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN" 

0 comments:

Sahabat