Wednesday, May 28, 2014

Ceramah Umum Isra' Dan Mikraj

Posted by UPP DPMZ On 1:51 PM No comments


ZAGAZIG, 26 MEI 2014 - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah menganjurkan program sempena Hari Kebesaran Islam iaitu Peristiwa Isra' Dan Mikraj yang berlangsung di Masjid Salam di Zagazig. Program ini dianjurkan dibawah Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan sesi 2013/2014 di dalam bentuk ceramah umum. Ceramah berkenaan disampaikan oleh Bendahari Kehormat Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2014 Saudara AF Ustaz Muhamad Amri Bin Ouma.

Ceramah tersebut menyentuh kaitan peristiwa Isra' Dan Mikraj dengan realiti kehidupan sebagai pelajar dan juga pendakwah. Kita seharusnya berjiwa besar dalam membawa Islam dan mengutamakan ilmu agama serta memahamkan masyarakat terutama keluarga. Kesedaran perlu timbul dan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh tauladan di dalam kehidupan seharian serta cara berdakwah yang berkesan.


Kehadiran warga Malaysia pada program berkenaan amat memuaskan tidak kiralah ikhwah mahupun akhawat. Ini membuktikan bahawa kesedaran kita di dalam menghayati sejarah Nabi S.A.W mulai segar di komuniti Zagazig. Semoga kita thabat di dalam menuntut ilmu dan menyampaikan pada sahabat-sahabat yang tidak bersempatan pada hari program.


Program tamat sekitar jam 7.00 petang. Semoga manfaat yang diperolehi hari ini akan terus menerangi kegelapan yang selama ini membuatkan kita keliru dengan kebenaran yang palsu mahupun benar. Wallaua'lam.


"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"









0 comments:

Sahabat