Thursday, August 23, 2012

FAIEZ 1433 H, MENGIMBAS MEMORI AIDILFITRI DPMZ.

Posted by UPP DPMZ On 2:08 AM No comments


ZAGAZIG, 22 OGOS 2012- Sambutan Aidilfitri di Zagazig pastinya lebih meriah dari tahun-tahun sebelumnya, Dengan berkonsepkan 'Retro' dan bertemakan 'Menggamit Memori Syawal Dirai' , syawal kali ini disambut dengan penuh meriah dan membangkitkan suasana yang lebih ceria.

Majlis bermula seawal jam 9 a.m dan telah dirasmikan oleh Saudara Zulhafeez Zahidi yang merupakan Timbalan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM. Turut hadir juga beberapa orang Badan Pengurus PMRAM serta Badan Pengurus Hal Ehwal Wanita Islam, (HEWI PMRAM)  serta  rakan taakhi Dpmz iaitu Pmram Cawangan Damanhur.

Pelbagai pengisian menarik  telah disusun sepanjang majlis berlangsung, antaranya ialah tazkirah dhuha daripada badan pengurus Pmram, tayangan video memori aidilfitri, persembahan Ajkt Dpmz, Persembahan dari usrah mutazawwijin dan lebih menarik lagi ialah persembahan sajak yang dijemput khas dari Tanta.

Majlis sambutan Aidilfitri pada tahun ini merupakan antara yang terbaik pernah dianjurkan oleh Dpmz dan rata-rata ahli memberikan respon yang baik serta ucapan tahniah juga diberikan kepada Dpmz kerana berjaya membawa satu kelainan bagi aidilfitri pada tahun ini.

Konsep retro yang dibawa juga berjaya menarik minat ahli untuk bersama-sama menjayakan majlis tersebut dengan berpakaian hari raya yang mengikut konsep dan tema. 






0 comments:

Sahabat