Friday, August 24, 2012

Isu Kehilangan Carta Organisasi BKPJM, DPMZ Menggesa Individu Terbabit Segera Tampil Membuat Pengakuan dan Memohon Maaf.

Posted by UPP DPMZ On 9:19 PM No comments


Berikutan isu Kehilangan carta ogranisasi Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM), Pihak Dpmz turut menggesa kepada individu yang terlibat supaya segera menyerahkan kembali carta organisasi tersebut kepada YDP Bkpjm, Saudara Muhammad Yazid Hanzir.

Ini berikutan kejadian seumpama ini sudah dua kali berlaku, sikap kebudak-budakan ini tidak seharusnya ditonjolkan sehingga menyebabkan kehilangan sesuatu elimen yang penting dalam sesebuah organisasi.

Presiden PMRAM, Saudara Abd Aziz Ali turut meluahkan rasa kecewanya di laman facebook berikutan kejadian tersebut. " kesatuan yang cuba dirobek oleh golongan yang berhati busuk. Ayuh seluruh mahasiswa Mesir kita bersatu atas dasar mempertahankan hak." ujar beliau.

Hingga ke saat ini masih belum ada individu yang mengaku bertanggungjawab dalam hal tersebut. Maka dengan itu pihak Bkpjm mengambil langkah serius dengan menggesa kepada sesiapa yang terlibat untuk tampil membuat pengakuan kepada YDP serta menyerahkan kembali carta organisasi tersebut.

Tempoh diberikan hingga jam 11.59 malam ini, dan sekiranya tiada yang berani tampil bertanggungjawab, pihak Bkpjm sendiri akan mengambil inisiatif lain dengan mangadakan munajat perdana besar-besaran untuk mengadu dan menyerahkan kepada Allah swt berhubung kejadian tersebut.

Pihak Dpmz turut mengkritik individu yang melakukan hal tersebut kerana ianya bukan sahaja mencemari kemuliaan bulan syawal ini, bahkan sengaja menimbulkan isu yang baru. Sepertimana yang kita sedia maklum sebelum ini, pelbagai kejadian melibatkan Bkpjm dengan beberapa individu yang masih belum menemui titik  penyelesaiannya.

Namun walau apa jua kejadian yang menimpa Bkpjm, mereka tidak bersendirian, seluruh cawangan Pmram, DPM mahupun BKAN akan turut bersama di belakang Bkpjm menangani isu berkaitan mahasiswa mahupun organisasi.

Pihak Dpmz selaku rakan taakhi bagi Bkpjm akan sentiasa menyokong segala bentuk usaha Bkpjm dalam merpertahankan kesatuan, organisasi dan juga kebajikan kepada ahli. Ini berdasarkan salah satu usul Dpmz yang telah disepakati bersama bagi sesi ini iaitu, bersama-sama Pmram dalam menangani isu yang berkaitan dengan mahasiswa.

' Memartabat Keilmuan, Memimpin Kesatuan '

0 comments:

Sahabat