Thursday, June 2, 2011

Husni Mubarak Dan Anak-anaknya Ke Mahkamah Jenayah 3 Ogos 2011

Posted by UPP DPMZ On 8:06 PM No comments

Sahabat karib..... bekas Presiden Mesir Husni Mubarak dan bekas Perdana Menteri Israel 
Ehud Olmert pada 2007

     Mahkamah Rayuan Kaherah melalui Hakim Syed Abdul Aziz Umar memerintahkan bekas Presiden Mesir Husni Mubarak, anaknya iaitu Alaa` dan Jamal serta ahli perniagaan yang juga rakannya Hussin Salim hadir ke mahkamah pada 3 Ogos 2011 bagi memulakan sesi perbicaraan mengenai kes jenayah yang telah dilakukan. Mereka dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan penyelewengan harta negara, rasuah serta pembunuhan ratusan rakyat semasa berlakunya Revolusi 25 Januari lalu. 


     Akhbar As-Syorouk melaporkan Hakim Syed Abdul Aziz Umar memerintahkan perbicaraan dijalankan di Mahkamah Jenayah Kaherah Utara, Tajammuk Khamis setelah meneliti semula keadaan di Kaherah dan telah mendapat keizinan daripada Hakim Adil Abdul Salam Jumaah, Ketua Mahkamah Jenayah Kaherah Selatan. Perbicaraan ini akan diadili oleh Ketua Hakim Mahkamah Jenayah Kaherah Utara, Hakim Ahmad Fahmi Rifa`t dan hakim yang lain iaitu Hakim Yahya Ramadhan dan Asim Basiuni. 

     Sementara itu, menurut laporan akhbar Al-Masry Al-Youm Hakim Syed Abdul Aziz Umar juga menjelaskan jika berlakunya sebarang masalah sesi perbicaraan berkemungkinan akan ditukar ke Mahkamah Tentera yang terletak di antara laluan Kaherah-Ismailiyyah. Bagaimanapun, Husni Mubarak dilaporkan berkemungkinan tidak akan menyertai sesi perbicaraan hari pertama kerana masalah kesihatan. Hakim-hakim Mesir mengkritik perkara tersebut dengan mengatakan bahawa beliau diwajibkan hadir mengikut lunas undang-undang kehakiman Mesir.

 Alaa Mubarak..... seorang yang berprofil rendah berbanding adiknya

 Jamal Mubarak..... dikatakan bakal menggantikan Husni sebagai Presiden Mesir

  Saat bahagia..... Husni Mubarak bersama isterinya Suzanne, kedua anaknya dan 
menantunya Heidi Rasekh

 Sinis..... seorang demonstran menggayakan "penamat bagi Mubarak"

0 comments:

Sahabat