Friday, February 19, 2010

SUKEZ 2010 : Secebis Memori Bersama Menggamit Ukhuwwah Selamanya

Posted by UPP DPMZ On 11:36 PM No comments

SUKEZ 10 bermula..... Timbalan Presiden PMRAM Us Shahrizan Hazimie menyempurnakan gimik perasmian

ISTAD SYARQIAH, 13 FEBUARI 2010 : Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan (UKKS) DPMZ telah mengadakan aktiviti tahunan DPMZ iaitu Sukan Keluarga Zagazig (SUKEZ).Program dimulakan pada jam 8 pagi  dengan upacara perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan Hazimie.
Di dalam ucapan perasmiannya, beliau memberitahu para peserta supaya memberi keseimbangan di dalam semua aspek kehidupan seorang mahasiswa kerana terdapat sesetengah mahasiswa yang hanya menumpukan pada satu aspek sahaja seperti sukan, thaqafah dan persatuan tanpa memberi tumpuan kepada kesemuanya dengan baik.Beliau juga memberitahu para peserta bahawa mahasiswa yang berjaya merancang kehidupan dengan baik akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat pada masa hadapan.

          Pertandingan terbahagi kepada 2 iaitu sukaneka dan bola sepak.Peserta pada tahun ini dibahagikan kepada 6 pasukan iaitu merah,hijau, putih, hitam, biru dan kuning.Sukaneka mempunyai 4 acara iaitu potong kentang, baling belon dalam baldi berpasukan, lari ikat kaki berpasukan dan penalti batu.Pertandingan dilangsungkan dengan suasana penuh ukhuwwah apabila mahasiswa lama dan baru berganding bahu menggembleng kemenangan pasukan masing-masing. Acara sukaneka dimenangi oleh Rumah Putih.

          Selepas itu, acara bola sepak diadakan dengan dijalankan secara liga 2 kumpulan.Acara ini dimulakan dengan perlawanan sumbangsih yang dimenangi oleh Skuad Zagazig setelah menewaskan Skuad AJKT 2-0.Rumah Hijau mendapat tempat ketiga selepas menewaskan Rumah Hitam melalui penentuan penalti selepas kedudukan terikat 0-0 selepas tamat masa sebenar.Rumah Merah pula menjadi juara bola sepak selepas menewaskan Rumah Putih 2-1 di dalam perlawanan akhir.Perlawanan berlangsung dengan agak seimbang akan tetapi Rumah Merah berjaya mengambil kesempatan dari kealpaan benteng Rumah Putih apabila membolosi gawang mereka dengan 2 gol sumbangan Fakhrurazi Abd Yamin dan Aiman Kamaluddin pada separuh masa pertama.Rumah Putih yang menjadi pilihan juara dalam acara ini cuba bangkit semula dan berjaya menjaringkan 1 gol melalui Fahmi Odeni.Rumah Merah terus mengukuhkan benteng pertahanan sambil penjaga gol mereka turut menyelamatkan beberapa percubaan bahaya.Tiupan wisel penamat oleh pengadil, Us Lokman Sulaiman mengesahkan kemenangan Rumah Merah.Selepas itu, Majlis Penutup diadakan dan semua pasukan mendapat hadiah.DPMZ berharap semua peserta dapat menjadikan sukan sebagai satu jalan untuk mengukuhkan tali persaudaraan sesama Muslim demi membentuk `Satu Fikrah Satu Amal`.

 
Gila kentang..... Us Hazri Sarman mencipta rekod potongan ubi kentang terpanjang
  
 Basah kuyup..... acara baling belon berjaya mendapat perhatian ramai peserta

  
 Pasukan AJKT.... tewas dalam perlawanan Sumbangsih

  
 Hitam bergaya..... rumah hitam mendapat tempat ketiga dalam acara bola sepak

  
Putih pilihan..... rumah putih sekadar naib juara acara bola sepak

  
Kuning ceria..... rumah kuning tumbang dalam pergelutan
 
  
Hijau damai..... rumah hijau ketiga dalam acara bola sepak

  
 Menang sorak pasukan tergadai..... rumah biru tewas dek dilanda badai ombak ganas acara bola sepak

 
Garang mencatat kemenangan..... rumah merah yang beraksi sebagai pasukan `underdog` melakar kejutan dalam perlawanan akhir

0 comments:

Sahabat