Thursday, December 18, 2008

Kemeriahan Aidil Adha Di Bumi Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 10:38 AM No comments

8,9 Disember 2008 – Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha (SHAHADAH 08) yang dianjurkan bersama oleh Unit Sambutan dan Rehlah dan Unit Dakwah dan Pembangunan Insan. Majlis bermula dengan solat Aidiladha secara berjemaah di Istad Syarqiah diikuti dengan ibadah korban iaitu 3 ekor unta hasil sumbangan yang telah diberikan oleh ahli DPMZ sendiri. Unta pertama disembelih oleh seorang arab diikuti oleh Us Mumtaz bin Harun dan yang terakhir oleh Us Putra bin Rozki Hashim.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan aktiviti gotong-royong. Gotong-royong di sebelah ikhwah bertempat di dewan Dar Salam dan untuk bahagaian akhawat pula telah diadakan di kediaman akhawat yang berdekatan dengan Dewan Dar Salam. Majlis telah berlangsung sehingga ke petang, kemudian pada malamnya pihak jawatakuasa program telah menyediakan sedikit jamuan makan iaitu sup tulang.

Pada hari kedua, pada jam 8 pagi majlis telah dimulai dengan alunan takbir raya oleh ahli DPMZ secara berjemaah. Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Program yang telah dirasmikan oleh Ustaz Syafiq bin Zulakifli selaku BP PMRAM yang turut hadir memeriahkan program pada hari tersebut. Selepas majlis perasmian,majlis diteruskan lagi dengan penyampaian burdah dan qosidah yang diketuai oleh Us Husni Ginting dan persembahan drama oleh barisan AJKT Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah, antara hadiah yang disampaikan adalah seperti Anugerah bait mithali, Ahli rakan muslim terbaik, dan lain-lain lagi. Kemudian majlis diakhiri dengan jamuan makan,menu - menu yang istimewa seperti masak rendang dan masak merah berserta dengan kuih-muih dihidangkan kepada ahli DPMZ. Majlis berakhir dengan suasana ukhwah fillah diantara semua ahli-ahli DPMZ dari golongan azhari dan perubatan.

0 comments:

Sahabat