Thursday, February 18, 2010

Perhatian!! Makluman Keselamatan

Posted by UPP DPMZ On 3:58 PM No comments




Assalamualaikum wbt.

Seluruh ahli Zagazig yang disayangi sekelian, sejak akhir-akhir ini kita sering diberitakan mengenai kes-kes  yang melibatkan warga Malaysia yang berlaku disekitar kita. Antara yang berlaku ialah kes kecurian  motor, handset, beg duit dan sebagainya, Dan yang paling merungsingkan kita ialah kes cabul yang dilakukan oleh warga arab yang tidak berakhlak terhadap akhawat-akhawat kita.

 

Sehubungan dengan itu ana mengesa kepada seluruh mahasiswa/wi diseluruh Zagazig agar berjaga-jaga dan mematuhi segala arahan yang ditetapkan demi menjaga keselamatan kita bersama. Berikut adalah diantara garis panduan serta peraturan yang perlu dituruti bagi mengelakkan perkara in berlaku :

1) Umum

- Tidak membenarkan arab yang tidak dikenali memasuki ke dalam rumah.
- Tidak menunjukkan barangan berharga di hadapan khalayak ramai seperti hanset, laptop dan lain-lain.
- Pastikan beg duit diletakkan di bahagian yang dirasakan selamat bagi mengelakkan dicuri.
- Tidak berkunjung ke rumah arab yang tidak dikenali atau baru sahaja dikenali. 
- Pastikan pasport atau kad pengenalan diri sentiasa ada bersama.
- Tidak memberitahu kedudukan rumah kepada arab. 

2) Akhawat

- Tidak berjalan berseorangan diri di waktu siang.
- Tidak menaiki teksi berseorangan diri.  
- Tidak dibenarkan keluar selepas waktu maghrib kecuali bersama musyrif (  bergantung mengikut peraturan yang telah ditetapkan )
- Pastikan berpakaian yang menutup aurat dan tidak ketat mencolok mata.


Sebarang masalah yang berlaku, hendaklah dimaklumkan secepat mungkin kepada ana atau exco yang berdekatan. Semoga kita semua dijauhkan serta dipelihara oleh Allah swt dari sebarang kejadian yang tidak diingini aminn..

p/s : Akhwat pastikan tidak menaiki teksi yg bernombor plat 2819. berbahaya!!!!



Pengerusi DPMZ
sesi 2009/2010


0 comments:

Sahabat