Thursday, June 2, 2011

PMRAM Desak Agar Video "Marilah" Dikenakan Tindakan

Posted by UPP DPMZ On 9:41 PM No comments


KAHERAH, 2 Jun- Persekutuan  Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengecam ke atas klip video "Marilah" nyanyian Prema Yin kerana mempunyai unsur lucah dan adegan yang keterlaluan.

Klip video arahan Gambit Saifullah tersebut mencetus kontroversi di kalangan masyarakat Malaysia khususnya umat Islam, bahkan beliau memberikan alasan yang jelek apabila menganggap adegan di dalam klip video tersebut sebagai adegan 'biasa' di kalangan masyarakat Malaysia.

Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menyifatkan alasan yang diberikan sebagai suatu yang kurang sopan kerana menggambarkan masyarakat Malaysia sebagaimana masyarakat yang berbudaya kuning.

Bahkan Presiden PMRAM meminta pihak kerajaan mengenakan tindakan yang keras terhadap klip video serta mana-mana pihak yang terbabit dalam menyebarkannya bagi menghalang gejala yang tidak sihat bagi berterusan berlaku.

"Kita melihat klip video tersebut begitu keterlaluan dengan adegan yang mempunyai unsur lucah. Bahkan ia memberikan imej buruk umat Islam di Malaysia khususnya apabila ia disebarkan di luar. Kita mengharapkan mana-mana klip video yang keterlaluan dan melanggar tata tertib akhlak Islam dikenakan tindakan yang keras sebagai pengajaran bersama," tegas beliau ketika dihubungi.

PMRAM memohon agar pihak kerajaan dapat menjaga suasana harmoni dan tatatertib akhlak Islam di kalangan masyarakat Malaysia dan mengharapkan apa jua hiburan yang bertentangan dengan syarak disekat dengan lebih awal.

Sumber : http://www.pmram.org/v2

0 comments:

Sahabat