ZAGAZIG, 29 Ogos 2013 - Dewan
Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah mengadakan ‘Usrah Gabungan Mahasiswa
Malaysia Al-Azhar’ di bawah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ 2012/2013 bertempat
di Zagazig Malaysian Students Hall yang melibatkan 26 pelajar.
Usrah ini
diadakan bertujuan bagi mengeratkan ukhuwwah sesama mahasiswa Pengajian Islam baik
Fakulti Usuluddin mahupun Fakulti Bahasa Arab dan turut hadir bersama beberapa mahasiswa
pengajian Sains Kesihatan yang masih berada di Zagazig.
Program
bermula selepas asar dengan merewang dan menyiapkan peralatan membakar.
Pembahagian tugas diberikan bagi memudahkan segala persiapan serta aktiviti
membakar yang akan diadakan pada malamnya.
Selepas
itu, solat maghrib berjemaah serta doa qunut nazilah dan solat sunat hajat
diadakan bagi mendoakan kesejahteraan mesir dan
membantu orang yang dizalimi serta menghancurkan kezaliman. Selain itu, ia
bertujuan mendoakan kecemerlangan mahasiswa Al-Azhar tahun 4 yang akan menghadapi
peperiksaan tasfiyah serta natijah-natijah yang masih belum
keluar lagi.
Beliau mengharapkan
peranan sebagai seorang Al-Azhari perlu ditingkatkan dan juga berharap agar
dapat meneruskan pembelajaran di Mesir biarpun berlaku krisis pergolakan.
Akhir
sekali, jamuan makan dan sesi bergambar diadakan. Semoga Usrah Gabungan
ini diberkati oleh Allah SWT dan akan lebih erat ukhuwwah sesama mahasiswa
Malaysia di bumi Zagazig serta menjadikan kita umat Islam yang sentiasa cakna perihal
umat Islam di dunia.
“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”
0 comments:
Post a Comment