Saturday, August 25, 2012

Rumah Terbuka Mutazawwijin, Meriahkan Lagi Suasana Syawal Di Bumi Zagazig.

Posted by UPP DPMZ On 11:42 PM No comments


ZAGAZIG 25 Ogos 2012- Kemeriahan Aidilfitri masih lagi hangat dirasakan setelah buat julung kalinya Unit Bait Muslim (UBM) DPMZ menganjurkan rumah terbuka dan menjemput seluruh ahli untuk bersama-sama meraikan kemeriahannya.

Majlis bermula dengan bacaan tahlil dan solat jenazah ghaib, dan kemudiannya seluruh hadirin dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah istemewa yang disediakan sendiri di peringkat UBM. Hampir keseluruhan ahli hadir bagi meraikan dan memeriahkan lagi suasana rumah terbuka tersebut.

DPMZmerupakan antara cawangan PMRAM yang mempunyai bilangan Mutazawwijin yang agak ramai berbanding Dewan Perwakilan Mahasiswa yang lain, dan kesempatan ini digunakan sebaik mungkin untuk menyatukan seluruh ahli yang sudah berkahwin dalam satu unit dan usrah, iaitu Usrah Bait Muslim.


"Berdasarkan peratusan mutazawwijin, alhamdulillah pada tahun ini kami berjaya mengadakan beberapa program termasuk usrah diperingkat UBM sendiri, dan kami di peringkat UBM juga berjaya untuk menggabungkan seluruh mahasiswa/wi yang sudah berkahwin untuk membentuk satu kesatuan di bawah payung DPMZ." ujar saudara Abd Hadi Zuki yang merupakan Pengarah Unit Bait Muslim bagi sesi ini.

Pada tahun ini kita dapat lihat satu peningkatan positif dari UBM sendiri kerana peratusan keberjayaan mereka pada sesi ini amat memberansangkan. Tahniah DPMZ ucapkan dan semoga momentum positif seperti ini dapat dikekalkan pada sesi akan datang.






0 comments:

Sahabat