Sunday, August 26, 2012

Bertemu Jodoh, DPMZ Rakamkan Ucapan Tahniah Buat Saudara Luqman Ramli Dan Isteri

Posted by UPP DPMZ On 10:45 PM No comments



Perkahwinan adalah merupakan satu ibadah suci yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi. Dalam perkahwinan itu sendiri mengandungi banyak hikmah dan keistimewaan. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka dia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.

Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:


"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang."

Baru-baru ini DPMZ menerima khabar gembira ketika dimaklumkan salah seorang daripada ahlinya telahpun bertemu jodoh dan menempuh ke gerbang perkawinan. Beliau yang dimaksudkan ialah Saudara Luqman Ramli yang merupakan Mahasiswa tahun 3 Kuliah Usuluddin Jabatan Aqidah & Falsafah yang telah bertemu pendamping hidupnya iaitu Saudari Siti Nur Najuwa Burhan.

Majlis pernikahan tersebut belansung dengan lancar dan penuh harmoni di masjid yang juga kampung halaman pengantin perempuan iaitu di Pekan Kodiang, Kedah.

Tahniah diucapakan dari pihak DPMZ kepada kedua-dua mempelai dan semoga ikatan pernikahan ini menjadi satu medan untuk melipatkgandakan amal ibadah di samping menjadi satu titik permulaan menuai pahala ketikamana sudahpun bergelar suami-isteri.

DPMZ mendokan semoga ikatan yang terjalin berkekalan hingga ke akhir usia dan mendapat keberkatan dari Allah di dunia mahupun akhirat.

"Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai ini seperti engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti engkau satukan hati Muhammad saw dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua, pengantin laki-laki dan perempuan dalam kebaikan."

0 comments:

Sahabat