Monday, August 27, 2012

Kenyataan Rasmi DPMZ Terhadap Isu BKPJM

Posted by UPP DPMZ On 12:41 AM No comments




Firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat 113 yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu kepada orang-orang yang zalim , menggauli mereka dan meredhai perbuatan mereka yang menyebabkan kamu kamu disentuh api neraka , dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah SWT , lalu kamu tidak akan ditolong”.


Allah SWT mengharamkan diri –Nya daripada berlaku zalim ke atas hamba-hamba-Nya dan melarang mereka daripada menzalimi sesama mereka. Dengan itu Dia mengharamkan setiap manusia daripada menzalimi orang lain , bahkan berlaku zalim itu sendiri haram secara mutlak. Sejak akhir-akhir ini penganiyayaan terhadap mahasiswa terus berlaku. Ini berpunca daripada sikap tidak senang melihat slogan keramat ‘ KITA PMRAM ‘ yang menjadi lambang kesatuan mahasiswa Islam di Mesir.

 Mutakhir ini , kita melihat isu pencabulan hak terhadap kesatuan ‘ KITA PMRAM ‘ khususnya isu yang berlaku terhadap Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Mesir (BKPJM). Antara isu-isu pencabulan yang telah berlaku terhadap BKPJM seperti isu campak borang yang telah berlaku kepada salah seorang mahasiswa negeri Johor saudara Muhammad Yassarudin Bin Shamsul , arahan mengosongkan pejabat ,  arahan untuk tidak dibenarkan melakukan aktiviti dan program di rumah negeri.

Justeru , pihak DPMZ menyifatkan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan pejabat HEP Anak Johor Mesir adalah tidak wajar dan mencabuli hak mahasiswa. Pihak DPMZ bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada kepimpinan BKPJM yang diketuai saudara Muhammad Yazid Hanzir dan menganggap ia adalah isu yang berkaitan pencabulan terhadap mahasiswa dan ia mesti dipertahankan oleh semua mahasiswa / wi  Islam Mesir. BKPJM merupakan satu-satunya persatuan yang menaungi seluruh anak-anak johor yang menuntut di bumi Mesir dan telah berdaftar secara rasmi dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) malah ia ditubuhkan semenjak 1982 sebelum kedatangan pegawai HEP secara rasmi di rumah negeri BKPJM.

Justeru , pihak DPMZ menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada BKPJM dan bersedia dalam apa jua bentuk tindakan dan arahan bersama  dalam mengatasi isu pencabulan yang telah berlaku. Ini bertepatan dengan tindakan menjayakan usul yang telah disepakati pada Mesyuarat Agung Tahunan DPMZ kali ke-18 yang lalu yang berbunyi “DPMZ bersama-sama dengan PMRAM dalam isu mahasiswa” . Oleh hal yang demikian pihak DPMZ mengharapkan kepada semua khususnya mahasiswa / wi  Islam  Zagazig supaya mengambil sikap prihatin dan cakna terhadap isu pencabulan ini kerana isu mahasiswa adalah isu bersama.

“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”

Mohd Zainullah Mohd Pauzi
Pengerusi
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2011 / 2012

0 comments:

Sahabat