Monday, October 12, 2009

Berita Tergempar : 7 Ahli DPMZ Terlibat Dalam Kemalangan

Posted by UPP DPMZ On 12:11 PM No comments




LEBUHRAYA SYARQIAH-KAHERAH, Ahad, 11 Ogos 2009 : Seramai 7 orang ahli DPMZ telah terlibat di dalam sebuah kemalangan melibatkan tremco yang dinaiki oleh mereka dan sebuah lori treller.Mereka yang terlibat adalah mahasiswa Perubatan Syamsul Bakri (Ketua Organisasi Perubatan Zagazig), Abdul Hadi Mohd Zuki (AJK OPZ), Abdul Hakim dan Wan Zaimu Nazmeer serta mahasiswa Pengajian Islam iaitu Solihuddin Mohd Jahar(Timbalan Pengerusi DPMZ), Muhd Alhidayat Khalid dan Anas Zharif Harun (AJKT DPMZ).Tremco yang dinaiki mereka bertolak sekitar jam 6 malam dan bahagian hadapan tremco tersebut remuk dirempuh lori treller.Kesemua penumpang dipercayai terselamat.Dr Syamsul Bakri mengalami kecederaan di leher serta mukanya dan kini sedang berada di Hospital Universiti Zagazig dan 3 orang yang lain hanya mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Hamdi Said dan dijangka akan keluar pada hari ini.Marilah kita mendoakan agar kesemua mereka yang terlibat disembuhkan oleh Allah.

0 comments:

Sahabat