Tuesday, September 24, 2013

AGM 20 Merealisasikan Kesatuan DPMZ

Posted by UPP DPMZ On 11:51 PM No comments

ZAGAZIG, 23 September 2013 - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig 2012/2013 telah mengadakan 'The 20th Annual Grand Meeting (AGM 20)' yakni Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-20 DPMZ bertempat di Zagazig Malaysian Students Hall. Ini adalah program terakhir dan kemuncak DPMZ sesi kali ini. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Saudara Muhammad Syazwan Bin Hamzah selaku perasmi AGM 20 DPMZ dan merupakan Naib Presiden II merangkap Lajnah Muhafazah PMRAM 2013. Simbolik gimik perasmian tersebut melambangkan 20 tahun DPMZ masih tetap berdiri teguh di bumi Zagazig dan menjadi persatuan induk mahasiswa Malaysia yang memberi kebajikan kepada warga Malaysia di sini.

Selesai majlis perasmian, AGM 20 tangguh seketika untuk memberi laluan solat Zohor dan bersambung semula jam 1 petang. Saban tahun mesyuarat agung tahunan diadakan bertujuan untuk ahli DPMZ memberi kritikan dan pandangan serta muhasabah dan cadangan kepada pimpinan DPMZ supaya sesi akan datang lebih baik.

Sebelum mesyuarat tamat, ucapan penangguhan daripada Ahli Jawatankuasa DPMZ sesi 2012/2013 di bawah kepimpinan Saudara Mohd Shobri Bin Mat Yaakub, Pengerusi DPMZ. Beliau mengharap agar ahli dapat membantu pimpinan pada masa akan datang dan bersama-sama mempertahankan kesatuan Islam di kalangan mahasiswa/wi Malaysia di bumi Zagazig ini.

Majlis berhenti seketika untuk memberi laluan solat Asar terlebih dahulu, kemudian majlis diambil alih oleh pihak SPR DPMZ 2013 bagi mengumumkan saf kepimpinan DPMZ sesi 2013/2014 seramai 5 orang di bawah kepimpinan Saudara Muhammad Nasuha Bin Mohd Zakariah. Beliau mengharapkan kepada semua ahli agar dapat memberikan kerjasama dan kepercayaan kepada pimpinan yang baru serta berharap agar saling membantu dalam membawa kebajikan kepada warga Malaysia di Zagazig.

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan kepada yang berjaya dalam imtihan baru-baru ini dan penyampaian anugerah khas serta sijill penghargaan kepada ahli DPMZ sebagai tanda penghargaan daripada DPMZ.

Akhir sekali, sekalung jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli yang hadir kerana telah menjayakan 'The 20th Annual Grand Meeting (AGM 20)' pada kali ini. Tahniah dan takziah kepada kepimpinan baru AJKT DPMZ sesi 2013/2014. Semoga kalian dapat menjalankan amanah sebaik mungkin dan sentiasa memberi kebajikan kepada ahli.


“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”

0 comments:

Sahabat