Wednesday, December 26, 2012

Kelahiran Baru Di Bumi Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 9:33 AM No comments



Asma Nafisah, Puteri Sulung Saudara Syamsul Bakri Osman dan Saudari Nur Safiyah Mukhidi

 ZAGAZIG, 21 Disember 2012 - Saudara Muhammad Khairi Jubir, selaku Timbalan Setiausaha merangkap Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sesi 2012/2013 bersama Ajkt DPMZ yang lain telah berkunjung ke rumah Saudara Abdul Hadi Mohd Zuki dan Saudara Syamsul Bakri Osman mahasiswa tahun akhir Fakulti Perubatan, Universiti Zagazig.

 

Kunjungan tersebut bertujuan untuk menziarahi mereka di atas kelahiran puteri sulung pada bulan November yang lalu. Pada masa yang sama, pihak DPMZ telah menyampaikan sumbangan Dana Ehsan DPMZ kepada mereka berdua yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Khairi. 

Pihak DPMZ sekali lagi mengucapkan tahniah di atas kelahiran baru tersebut dan semoga mereka sekeluarga dirahmati oleh Allah SWT. 



Penyerahan Sumbangan Dana Ehsan kepada Saudara Abdul Hadi Mohd Zuki

Penyerahan Sumbangan Dana Ehsan Saudara Syamsul Bakri Osman
 









0 comments:

Sahabat