Wednesday, December 26, 2012

Takziah Buat Saudara Wan Muhammad Khairul Anam Sekeluarga

Posted by UPP DPMZ On 9:23 AM No comments

Assalamualaikum wbt. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Setiap yang bernyawa pasti akan mati, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.



Barisan AJKT DPMZ serta seluruh warga DPMZ mengucapkan takziah kepada Saudara Wan Muhammad Khairul Anam Wan Mustapha (Tahun 5, Kuliah Perubatan Universiti Zagazig) sekeluarga di atas pemergian bondanya (Puan Siti Khadijah Ishak)  yang pergi menemui Rab Izzati. Pihak DPMZ mendoakan semoga arwah bonda beliau ditempatkan bersama para solihin dan para anbiyail mursalin di syurga Allah.


Semoga Saudara Khairul Anam dapat tabah dan sabar dengan ujian ini. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar. Bersama-sama kita sedekahkan Al-fatihah serta memberikan semangat kepada beliau agar dapat menempuhi ujian ini.




0 comments:

Sahabat