Monday, July 13, 2009

Kolokium Ilmuan DPMZ Membawa Kefahaman Islami

Posted by UPP DPMZ On 11:36 PM No comments

Kolokium Ilmuan siri 3 & 4 atau singkatannya dipanggil “program Q” di peringkat Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq (DPMZ) berlangsung dengan jayanya pada 28 jun 2009 bersamaan 5 Rejab 1430 H, bertempat di dewan Dar Salam. Program tersebut bermula jam 12.50 tengah hari dan berakhir 10.00 malam. Jumlah peserta yang hadir pada program Q kali melebihi 50 orang.

Dalam program Q siri 3 & 4 ini terdapat empat slot yang merangkumi di dalamnya tiga kertas kerja dan satu kitab yang perlu dihadam bagi setiap peserta yang hadir. Kertas kerja yang pertama kepentingan melibatkan diri dalam amal ijtima’ie. Manakala kertas kerja yang kedua ialah Amar Makruf Nahi Mungkar, seterusnya kertas kerja ketiga Nasionalisme. Sebuah kitab turut didiskusikan dalam program Q kali ini. Kitab yang dimaksudkan ialah Hatta Ya’lama Syabab. Beberapa kelainan telah dirangka untuk program Q kali ini berbanding tahun-tahun sudah. Antaranya program ini dilaksanakan dalam bentuk santai dan tidak terlalu berat untuk memberi keselesaan kepada peserta. Antaranya juga kertas kerja dibentangkan oleh peserta sendiri dalam bentuk kumpulan.

Slot pertama bagi program Q kali ini bermula dengan diskusi kitab Hatta Ya’lama Syabab yang dikupas oleh Al-fadhil Ustaz Muhammad Zahid bin Abu Bakar. Di dalam kitab ini terdapat beberapa item-item penting yang di bincangkan iaitu Allahu Ghayatuna, al-Rasulu Qudwatuna, al-Quranu Dusturuna, al-Jihadu Sabiluna, al-Mautu fi Sabilillah Asma Amanina dan Wa Akhiran Syakhsiyyah Ya Syaba. Seterusnya peserta berhenti rehat seketika untuk solat zohor dan menikmati sedikit jamuan ringan.

Slot kedua pula diteruskan lagi dengan pembentangan peserta berkisar mengenai kepentingan melibatkan diri dalam amal ijtima’ie. Slot ini Berjaya menarik perhatian peserta yang membentang satu modul “Pulau Islam” yang disediakan dan dapat mencungkil kefahaman mereka berkaitan amal ijtima’ie. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan berada di bawah bimbingan fasilitator masing-masing. Al-Fadhil Ustaz Faizuddin Ghazali (Pengerusi DPMZ) sebagai penta’lik kepada apa yang dibentangkan oleh para peserta. Para peserta kemudiannya beristirehat untuk solat Asar dan menjamu hidangan nasi yang disediakan oleh Unit Persegaran.

Slot yang ketiga adalah slot pembentangan kertas kerja oleh Al-Fadhil Ustaz Zuhdi bin Mat Piah dari Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) yang bertajuk Amar Makruf Nahi Mungkar. Cara penyampai Al-Fadhil pembentang sungguh menarik perhatian para hadirin apa tidaknya bahasa yang disampaikan mudah, lembut dan tidak terlalu tinggi. Seolah-olah meluahkan hasrat hati dan harapan agar bebanan berat memikul amanah Allah menegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar dikongsi bersama dengan para peserta.

Slot yang terakhir diisi dengan pembentangan kertas kerja bertajuk “Nasionalisme” yang dibentangkan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Abdul Rahim bin Kamarul Zaman. Beliau banyak menyentuh tentang sejarah Nasionalisme yang meracuni akidah umat Islam sejak berzaman ia direncana oleh musuh-musuh Islam dan fahaman-fahaman lain yang bersangkutan dengannya. Slot ini ditangguhkan seketika untuk solat Maghrib kemudian disambung kembali selepas itu.

Sebelum majlis ditutup, dua hadiah telah diberikan sebagai penghargaan kepada peserta terbaik kolokium dan persembahan terbaik semasa membuat pembentangan. Pihak juru sebulat suara bersetuju memilih dua orang peserta terbaik seorang dari peserta ikhwat dan seorang dari peserta akhawat. Peserta ikhwah diterima oleh Ustaz Muaz bin Hassan manakala peserta akhawat diterima oleh saudari Doktorah Safiyyah binti Mokhdi.

Pihak majlis beserta ahli jawatankuasa program kolokium kali ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama menjayakan Kolokium Ilmuan siri 3 & 4 pada tahun ini dan memohon kemaafan atas segala kekurangan.

Majlis ditutup dengan bacaan tasbih kifarah dan surah al-Asr dan menikmati sedikit jamuan ringan

0 comments:

Sahabat