Saturday, February 4, 2012

SUKEZ '12 bakal menanti warga DPMZ...

Posted by UPP DPMZ On 1:53 AM No comments

  Sila klik image ini, untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum wbt...

Makluman kepada semua warga DPMZ yang dikasihi sekalian, InsyaAllah pihak DPMZ akan mengadakan Sukan Keluarga Zagazig 2012 (SUKEZ '12) yang saban tahun diadakan untuk memperkukuhkan lagi silaturrahim sesama Mahasiswa Malaysia yang berada di Bumi Zagazig samada Pengajian Islam mahupun Pengajian Sains Kesihatan (Perubatan dan Farmasi).


Pelbagai acara sukan yang menarik menanti anda dan jangan lepaskan peluang ini seperti bola sepak padang, bola tampar dan ping pong (acara bagi Mahasiswa) serta bola keranjang, futsal dan sukaneka (acara bagi Mahasiswi). Bertemakan 'Riang Ria di Hari Keluarga' dapat merapatkan ikatan tali persaudaraan sesama Islam dengan aqidah yang sahih dan dapat mengelakkan persengkataan atau permusuhan yang berlaku. 

Semoga Sukan Keluarga Zagazig kali ini, titik mula penyatuan yang terbaik bagi Mahasiswa/wi Malaysia yang berada di Bumi Zagazig ini. Ini juga dapat memberi natijah yang baik dan mengekalkan Biah Solehah di kalangan kita iaitu suasana Islamik mengikut garis panduan syariat Islamiyah. Berikut adalah senarai rumah sukan DPMZ 2011/2012 yang disediakan oleh Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan DPMZ sesi ini (ikhwah sahaja) :








0 comments:

Sahabat